Dec 26, 2008

HR bawah tempurung

Pagi pagi datang kerja mesti awal. Bukan sebab rajin yang betul betul rajin. Tapi kalau lambat jalan dah jem. Parking pun nanti kat ceruk ceruk ulu banat je ada. Pastu nak berlari lari anak pulak kejar masa. Belum mula kerja kalau dah berpeluh nampak kurang manis. Mood boleh terganggu.

Pak guard memang sporting. Walaupun Nepal. Gurau gurau tepuk tumbuk tiap tiap pagi tu adalah wajib. Dari mula start kerja sorang je yang aku 'aim'. Ye la. Apa apa hal nanti senang. Nak kuar kejap ke termasuk lewat ke. Tak payah isi macam macam borang. Cop sana cop sini. HQ kat Sweden pun tak macam ni. Kata nak cost reduction. Tak payah la bazir kertas. Bazir dakwat. Bazir masa. Bazir tenaga. Dah macam amalan syaitan pulak. Mana mana tempat aku pernah kerja HR memang berlaga angin dengan aku. Dia rasa peraturan sejak berpuluh tahun dulu tu adalah yang terbaik. Semua orang kena ikut.

Bodoh. Sombong. Hadhari.

Apa guna teknologi? Apa guna komputer? Apa guna internet? Apa guna otak? Yang paling penting. Sampai bila nak duduk bawah tempurung? Negara maju semakin maju. Kita? Kenapa dah berpuluh tahun setiap kali nak keluar ke nak cuti ke nak beranak ke mesti kena isi borang. Borang pulak macam sial entah berapa kali ulang photostat. Padahal semua staf ada email kompeni. Komputer sorang satu.

Apa la salah kalau aku nak keluar pergi ke JPJ misalnya. Aku email je kat bos aku. Kalau bos luluskan dia reply balik kat aku dan aku boleh terus keluar dengan senang hati. Kan senang? Kan semua data keluar masuk di auto rekod setiap kali swipe punch card tu? Apa kejadahnya nak isi 'masa keluar', 'no kenderaan', dan lain lain benda bodoh lagi dekat borang tu? Lepas tu isi lagi kat pondok guard. Itu belum masuk campur masa borak dengan guard. Cari pen tak jumpa. Pen takde dakwat. Sumpah seksa. Pastu bila dah balik kena isi pulak 'masa masuk'. Tandatangan sana sini. Macam bangsat.

Aduh. Kenapa la guard Nepal tu boleh tak datang pulak hari ni.....

Dec 22, 2008

sebab lu kaya?

Ape pun gua minta maaf kalau ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan. Bukan niat gua nak kutuk ape pun. cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!

Wah!!! Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta...Harta juta-juta...buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat tinggi la...sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?..Atau memang taknak campur dengan masyarakat?...Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta...harta juta-juta...tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?...Sebab apa?...

SEBAB LU KAYA!!..

Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan...ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???... Nasi bungkus lu orang buang bagi babi makan?..nasi bungkus ape standard...Sebab apa?...

SEBAB LU KAYA!!

Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk...nak tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...Sebab apa lu jadi macam ni??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh ribu..!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???

SEBAB LU KAYA!!!

Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!...ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu tanah persendirian...lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman??..Sebab apa?..

SEBAB LU KAYA!!!

Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu kene ingat...ada yang lagi Maha Kaya...ada yang lagi Maha Besar...

SEKARANG SAPA KAYA?

*gua jumpa kat tko/v8. sapa punya. wallahualam

Dec 20, 2008

aku bukan musuh harta



Oi RTM. Lu nak ban lu ban la. Ada lagi ke orang nak tengok RTM?
RTM ban lagu. Pakatan Rakyat boikot RTM. Dunia luar pandang ke RTM? Haha. Bodoh macam bik mama.

tahniah mawi - ekin



[VIDEO DALAM NI]

sekali pandang macam majlis anjuran pas pun ada. nampak tag atas tu? =]

Dec 18, 2008

selamat aku

The Swedish government invests 2.6 billion euro (28 billion SEK) in support for the Swedish automotive industry. 280,000 euro of the package goes to a government owned research- and development institute.
"Positive and in line with previous discussions," says Anders Kärrberg, Director Governmental Affairs.

Today, the Swedish Minister of Industry Maud Olofsson and the Minister of Economics Anders Borg held a press conference, presenting the Swedish Government's support package for the automotive industry.

The package consists of three main parts:

0.3 billion euro (3 billion SEK). Goes to a government owned company for research and development in the automotive industry.
1.9 billion euro (20 billion SEK). Goes to governmental credit guarantees to companies in the automotive industry. The loans shall be used for conversion to green technologies and will be financed by the European Investment Bank.
0.5 billion euro (5 billion SEK). Goes to bridge loans for companies in the automotive industry that find themselves in financial crisis.
Maud Olofsson says that jobs in the car industry shall stay and be developed within Sweden and that the government will be active, not being an owner, but taking responsibility for the tax payers' money.

"We are taking a long term perspective with this investment. We will have an automotive industry in our country also in 20 years time."

Ha. Lega. Aku dah 80% ready je kalau kena berenti keja awal tahun depan. Tapi berita dalaman terbaru ni berjaya mengurangkan peratus aku kena berenti. Alhamdulillah.

Baru je cita cita nak join venture manage restoran baru bukak dengan seorang awek cun. Belum lagi kot. Kerja aku stabil lagi. Tapi aku akan tetap pantau tahap kualiti restoran tu nanti walaupun tak dibayar gaji. 5 tahun pengalaman kualiti kontrol ni. Korang jaga baik.

Dec 16, 2008

selebriti sms

Bergetar. Bunyi isyarat mesej jenis 3.

Ah sape pulak ni.

Buka kekunci. Mesej Pipiyapong

Alamak. Selebriti sms aku. Kalau kereta dia bateri kong ni kena tolong nampaknya.

Buka mesej.

"Jumaat malam.pukul
1-3 pg. hto usj. main
bola! wajib.sapa tak
datang, dia shukor
adan."


Bedebah!

Dec 12, 2008

Nuffnang best!



Terima kasih Nuffnang Sdn Bhd! Dan terima kasih juga pelawat pelawat yang gatal tangan klik dekat iklan dalam blog aku ni. Nampaknya taktik aku berjaya. Bila aku post benda benda bosan maka semua orang akan bertungkus lumus mengklik pada iklan supaya dapat lari dari kebosanan. Teknik pengalihan tumpuan aku kini berada pada tahap yang membanggakan. Ya. Datuk Shah Rukh Khan pun tak sehebat ini.

Dec 10, 2008

olympus 1040

Apakejadahnya aku pegi beli kamera digital baru tatkala ekonomi dunia tengah meleset? Aku sendiri tidak dapat memberi jawapan tepat untuk soalan tersebut.

Aku suka merayap. Aku suka mencuba setiap barangan yang dipamerkan. Aku suka bertanya bila disapa oleh salesgirl yang peramah. Aku mudah lemas dengan kata kata yang meyakinkan ditambah pula dengan tawaran hadiah percuma yang mencurah curah. Ah. Lagipun aku memang takde kamera. Harapkan kamera henset Sony Ericsson W810i 2.o mega pixel auto focus 4.8mm 1:2:8 sejak awal tahun 2007 lagi.

“abang kalau beli kamera ni dapat free memory kad dua gig.. usb kabel.. AV kabel.. olympus original leather case.. waranti 4 tahun” salesgirl tu cuba cucuk jarum.

“tripod tak dapat?” tanya aku dengan riak wajah tegas.

“itu free gift untuk kamera lagi satu..yang harga seribu stengah..boleh tangkap gambar dalam air” balasnya selamba sambil tunjuk kamera yang dua kali ganda lagi mahal dari kamera merah ni.

“ala boleh la.. sekali seumur hidup je beli ni.. takkan takde lebih” aku cuba mengawal rentak permainan.

“hmmmmm..(lama, pandang kiri kanan) bolehla.. nak bayar cash ke kredit kad?” jawabnya sambil tersenyum nakal.

Lepas tu aku tak ingat apa apa. Sedar sedar aku dah sampai rumah dengan kamera baru. Cis. Aku tewas bergaya.

Dec 9, 2008

selamat berkorban

Perjalanan jauh jadi makin jauh kerana lebuhraya yang sesak. Tol dibayar bukan untuk kelajuan purata 30km/jam. Bagi la diskaun atau tol percuma kalau dah tau lebuhraya sesak. Bodoh.

Setibanya di tempat kejadian. Segala senjata berbahaya sudah tersedia dan setiap ahli diberi taklimat ringkas mengenai operasi yang akan bermula seawal subuh esok.


Khemah yang berjaya dipasang oleh sekumpulan pengakap yang akhirnya menjadi banglo kucing.

Rumah yang berjaya memuatkan 7 keluarga dari kedah, perak dan selangor. Nampak persamaan antara ketiga tiga negeri tersebut? Kali ini gathering big family kami di Temerloh Pahang. Ya. Pahang juga bakal menjadi milik pakatan suatu hari nanti. Auranya boleh dirasa.

Tangki air yang berkhidmat untuk hampir 50 orang penghuni rumah tanpa sebarang masalah.

Pakar lemang dari Ipoh beraksi dengan penuh yakin tanpa bantuan sesiapa. 


Dan pakar makanan dari Tapah nampaknya sangat berpuas hati dengan juadah makan malam. Kenapa dua mangkuk besar gulai tempoyak ikan patin tu berada di kiri kanan beliau? Sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Pagi yang bersejarah. Angkatan muda memanaskan badan dengan aksi bermain uno dan semangat perjuangan jelas kelihatan melalui uniform yang dipakai sejak subuh. Kepada yang belum dapat sila tempah lebih awal tahun depan. Hubungi ketua keluarga masing masing.


Setelah bertungkus lumus. Akhirnya lembu pertama berjaya ditumbangkan dengan bantuan abang abang pekerja ladang yang diterbangkan khas dari Indonesia. Mereka sangat rajin, peramah dan baik hati. Lembu kedua pun mereka yang tumbangkan dengan taktik yang sangat licik dan menakjubkan. Sesuatu yang harus dipelajari oleh skuad bolasepak kebangsaan.


Kejadian berikutnya dipadam kerana terlalu berdarah untuk ditonton. Namun tiada unsur unsur ngeri pada wajah pemerhati. Mungkin kerana darah tersebut tidak terpercik ke pakaian mereka.


Setelah proses melapah selesai. Daging dibahagikan mengikut kira kira yang telah dibuat. Bukan main hentam. Tiada pengaruh kroni dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.


Jamuan ringan disediakan pihak penganjur (beruniform) untuk semua yang hadir. Terutama abang abang saudara seIslam Indonesia yang berkerja keras bergotong royong melapah dan memotong daging bersama sama ahli keluarga kami. Terima kasih kepada semua yang membantu.


Angkatan kecil pula menghabiskan masa dengan bergurau senda. Pemandangan yang biasanya hanya dapat dilihat di hari raya Aidilfitri.



Antara orang orang kuat 'esprit de corps 2008'. Untuk makluman. Korban di Temerloh ini dibuat selepas Zohor kerana menanti ketibaan paksu pakar sembelih (tengah-beruniform) dari Rawang. Ini kerana pada pagi tersebut paksu ditugaskan menyembelih 5 ekor lembu di kawasan surau berdekatan rumahnya, Bandar Tasik Puteri Rawang. Dan dengan sokongan padu ahli keluarga, paksu berjaya memecut dan tiba di Temerloh tepat waktu makan tengah hari. Alhamdulillah. Dan di sini paksu berjaya menyembelih 2 ekor lembu lagi dengan pisau kesayangannya.



Aku berfikir. Bolehkah kami angkatan muda teruskan kesepakatan dan kerjasama sebegini bila kami seusia mereka nanti?

Dec 7, 2008

semut sweden

Hentian pertama - Schipol Airport Amsterdam. Terus cari tandas. Cantik. Bersih. Nak buang air pun naik segan. Tapi tetap ada kelemahan pada makhluk makhluk macam aku. No Smoking Airport. Kat luar pun tak boleh. Bengang. 12 jam flight campur 3 jam kat airport ni. 15 jam aku tak dapat menikmati tar dan nikotin. Tapi dalam hati aku tak nafi aku puji airport ni. Kat Malaysia depan klinik pakar pun bersepah puntung rokok.


Seksaan kedua, naik kapal terbang kecik ni pulak. Amsterdam - Göteborg. Rasa nak pergi dekat pilot tu suruh dia bawak elok elok sikit. Kejap kona kiri. Kejap kona kanan. Tengah sedap minum dia pegi pecut. Rasa macam tekan minyak full throttle. Apa gila. Memang kapal terbang kecik macam ni ke woi?


Selamat tiba di Göteborg, Sweden. Dari dalam teksi dah nampak dua suspek tengah melayan rokok sambil berbual. Bagus. Line clear. Sempat pekena sebatang buat lepas rindu sambil tunggu teksi. Turun dari teksi terus bergegas ke hotel. Pelik. Banyaknya asap. Aku berhenti. Bernafas pun keluar asap rupanya. Haha. Cuaca 3°C masa tu. Sempat aku main main. Hembus ikut mulut. Keluar wap besar. Hembus ikut idung. Keluar wap terbelah dua. Peh. Aku cuba buat 'O'. Tak jadi.


Masa book hotel ni online lagi memang dah tau yang lokasinya betul betul di atas terminal keretapi dan bas. Tapi, takde bunyi bising langsung! Bangunan hotel tu punya soundproofing memang A. Bas bas pulak takde asap diesel hitam busuk macam bas Regal kat Tapah tu. Macam bangsat. Itu semua hasil puaka gerombolan 50 tahun perintah.

Bawah ni hotelnya. Nampak murah tapi mewah. First Hotel G. Ranking kedua (sekarang) di Göteborg. Check-in. 6 hari 5700 Swedish Kronor. Lebih kurang RM2600. Mahal? Ini antara hotel yang paling murah. Tak sampai 2 minit. Dapat kunci bilik. Special room. Sebab request smoking room. Haha. Tengok resit siap ada username + password. Bagus. Tak payah mintak dia dah bagi. Dia perasan ke aku bawak laptop?


Bilik memang perfect. Lengkap. Selesa. Macam kat showroom IKEA. Penat je aku beriya bergaduh bawa seterika dari Shah Alam. Rupanya dia sediakan. Siap dengan lapiknya sekali. Cuma kurang satu. Tukang seterikanya tak disediakan.



Risau mak ngan abah bila post gambar chiller dalam bilik ni. Bancuh Nescafe 3 in 1 tu lagi layan daaaa.



Cuba access internet dengan password tadi. Sukses. Senyum. Hirup nescafe panas. Nyala rokok sebatang. Makan kuih bahulu mak kasi. Layan tukartiub. Kah kah kah.



Adisa datang. Tunjuk kat mana nak tunggu bas. Bas nombor berapa. Pukul berapa. Dia belikan kad pengangkutan awam (macam touch n go) sebab kad ni boleh pakai masa naik mana mana bas dan tren letrik di seluruh Sweden. Mula mula beli isi ada 100 kronor. Cukup untuk seminggu katanya. Kalau habis boleh topup pakai sms. Gila canggih. Gila mahal. Tapi...

Kat Sweden rupanya gaji member yg sama pangkat adalah lima kali ganda gaji staf di Malaysia. Hasil perbincangan tertutup tanpa disedari pihak pihak tertentu. Mamat yang pecah lobang tu taraf warganegara dia dekat Sweden - Pendatang halal. Dia orang Greece. Adisa pulak orang Bosnia. Kerja takde beza. Lagi rilek ada la. Sweden lagi fleksibel (masa kerja, masa rehat, masa borak, masa makan, masa balik, uniform bebas..) Malaysia?



Hati panas. Kerja tetap kerja. Training tetap training.
Tapi. Kat situ memang tenang. Aman. Tengok pemandangan luar terus sejuk hati. Salji beb. Teringat kampung. Teringat Shah Alam. Paling aku rindu? Panas terik matahari. Serius. Sumpah.


Purata suhu setiap hari 0°C. Tahap beku. Malam terus jadi negatif celcius. Tido pun terpaksa pakai tebal. Satu cara je nak bagi cepat panas. Mandi. Set tombol temperature tu ke tahap kepanasan yang kulit boleh tahan. Pastu on suis 'floor heating'. Peh. Hari hari aku amalkan. Dua kali sehari.



Mula mula ingatkan dah cukup tiga kotak Dunhill King Size Filter De Luxe 20 yang bawak dari Malaysia tu. Rupanya licin. Terpaksa la turun bawah beli. Sekotak Prince 20 ni 49 kronor. Lebih kurang RM20 lebih sekotak. Marlboro 20 pun sama harga. Tapi pilih Prince sebab takde jual kat Malaysia. Layan jugak rasanya. Nasib baik tak pandai baca warning Swedish kat kotak tu. Kalau tak mungkin aku insaf dan berhenti.



Last day sebelum check-out. Cuaca makin sejuk. Nasib baik aku dah nak balik Malaysia. Lapo nasik ni yop! Sepanjang 6 hari makanan aku hanya salad, cereal, macam macam jenis roti, sushi, megi dan serunding. Oh lupa. Kuih bahulu yang mak kasi pun licin.



Tak paham. Siapa yang sanggup kayuh basikal dalam keadaan suhu -2°C. Hati kau keras. Daripada gaya susunan basikal jelas menunjukkan parking ini milik geng gagak hitam Goteborg.



Kapal terbang KLM Royal Dutch Airlines yg selamat membawa aku pulang ke tanah air.