Dec 9, 2008

selamat berkorban

Perjalanan jauh jadi makin jauh kerana lebuhraya yang sesak. Tol dibayar bukan untuk kelajuan purata 30km/jam. Bagi la diskaun atau tol percuma kalau dah tau lebuhraya sesak. Bodoh.

Setibanya di tempat kejadian. Segala senjata berbahaya sudah tersedia dan setiap ahli diberi taklimat ringkas mengenai operasi yang akan bermula seawal subuh esok.


Khemah yang berjaya dipasang oleh sekumpulan pengakap yang akhirnya menjadi banglo kucing.

Rumah yang berjaya memuatkan 7 keluarga dari kedah, perak dan selangor. Nampak persamaan antara ketiga tiga negeri tersebut? Kali ini gathering big family kami di Temerloh Pahang. Ya. Pahang juga bakal menjadi milik pakatan suatu hari nanti. Auranya boleh dirasa.

Tangki air yang berkhidmat untuk hampir 50 orang penghuni rumah tanpa sebarang masalah.

Pakar lemang dari Ipoh beraksi dengan penuh yakin tanpa bantuan sesiapa. 


Dan pakar makanan dari Tapah nampaknya sangat berpuas hati dengan juadah makan malam. Kenapa dua mangkuk besar gulai tempoyak ikan patin tu berada di kiri kanan beliau? Sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Pagi yang bersejarah. Angkatan muda memanaskan badan dengan aksi bermain uno dan semangat perjuangan jelas kelihatan melalui uniform yang dipakai sejak subuh. Kepada yang belum dapat sila tempah lebih awal tahun depan. Hubungi ketua keluarga masing masing.


Setelah bertungkus lumus. Akhirnya lembu pertama berjaya ditumbangkan dengan bantuan abang abang pekerja ladang yang diterbangkan khas dari Indonesia. Mereka sangat rajin, peramah dan baik hati. Lembu kedua pun mereka yang tumbangkan dengan taktik yang sangat licik dan menakjubkan. Sesuatu yang harus dipelajari oleh skuad bolasepak kebangsaan.


Kejadian berikutnya dipadam kerana terlalu berdarah untuk ditonton. Namun tiada unsur unsur ngeri pada wajah pemerhati. Mungkin kerana darah tersebut tidak terpercik ke pakaian mereka.


Setelah proses melapah selesai. Daging dibahagikan mengikut kira kira yang telah dibuat. Bukan main hentam. Tiada pengaruh kroni dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.


Jamuan ringan disediakan pihak penganjur (beruniform) untuk semua yang hadir. Terutama abang abang saudara seIslam Indonesia yang berkerja keras bergotong royong melapah dan memotong daging bersama sama ahli keluarga kami. Terima kasih kepada semua yang membantu.


Angkatan kecil pula menghabiskan masa dengan bergurau senda. Pemandangan yang biasanya hanya dapat dilihat di hari raya Aidilfitri.



Antara orang orang kuat 'esprit de corps 2008'. Untuk makluman. Korban di Temerloh ini dibuat selepas Zohor kerana menanti ketibaan paksu pakar sembelih (tengah-beruniform) dari Rawang. Ini kerana pada pagi tersebut paksu ditugaskan menyembelih 5 ekor lembu di kawasan surau berdekatan rumahnya, Bandar Tasik Puteri Rawang. Dan dengan sokongan padu ahli keluarga, paksu berjaya memecut dan tiba di Temerloh tepat waktu makan tengah hari. Alhamdulillah. Dan di sini paksu berjaya menyembelih 2 ekor lembu lagi dengan pisau kesayangannya.



Aku berfikir. Bolehkah kami angkatan muda teruskan kesepakatan dan kerjasama sebegini bila kami seusia mereka nanti?

11 comments:

pipiyapong said...

peh..havoc juga lu punya raya korban. gua punya raya korban lepak mamak je.itu pun ada 2-3 ekor kutu meja sebelah sambut dengan minum beer..

sEmut said...

bukan tiap tiap tahun sambut meriah macam ni. semua tunggu arahan majlis tertinggi..

meja sebelah mabuk takpe lagi. suspek meja lu pun ada yang turut serta. wa dengar sekarang dia magician.

Whitemusk2508 said...

wah2..seronok nya..meriah yg amat..lagi2 dpt tgk yg budak2 tu melepak..sangat bahagia..eh, boleh tau tak, ni sape ek? huhuh..poineer KP gak ke?

sEmut said...

pioneer. kelas c. adik ed. huhu

Whitemusk2508 said...

hoh? kelas C? Kelas ngan aku la jugak tu..sape ek? waduh2..xdapat nak teka la..dahla dlm ni xnampak langsung pon gabar dak kp..adik ed...errmmm...huhuuhuh..xdapat xdapat..tolong la bgtau..

sEmut said...

hehe. adik ed yang pernah kena gantung sekolah. kalo dah tau jangan bising bising tau. tak tau gak pegi tanye ed.. =P

Whitemusk2508 said...

ooo..yg ade kawan baik yang same size jugak tu ye? betol ke tekaan aku ni? huhuuh

sEmut said...

haha. betoi sangat la tu. dah duk diam diam. kem salam kawan kawan.

Whitemusk2508 said...

ooo..ngko rupenye..cmne life skrang? dah kawen ke? lame la xdengar berita ko..ingatkan dok oversea ke..huhuhu

sEmut said...

life. ok je.
kawin. soon.
berita. xpenah beli utusan.
oversea. baru seminggu dah homesick.

gath kat kp aritu jadi ke? ko pegi?

Whitemusk2508 said...

ahaha..homesick lsgi tua-tua cmni..gath tak jadi pon..ramai yg ada hal masing2..maklumle ramai yg da ade family.duit pon diorang dah pulangkan semula