Dec 7, 2008

semut sweden

Hentian pertama - Schipol Airport Amsterdam. Terus cari tandas. Cantik. Bersih. Nak buang air pun naik segan. Tapi tetap ada kelemahan pada makhluk makhluk macam aku. No Smoking Airport. Kat luar pun tak boleh. Bengang. 12 jam flight campur 3 jam kat airport ni. 15 jam aku tak dapat menikmati tar dan nikotin. Tapi dalam hati aku tak nafi aku puji airport ni. Kat Malaysia depan klinik pakar pun bersepah puntung rokok.


Seksaan kedua, naik kapal terbang kecik ni pulak. Amsterdam - Göteborg. Rasa nak pergi dekat pilot tu suruh dia bawak elok elok sikit. Kejap kona kiri. Kejap kona kanan. Tengah sedap minum dia pegi pecut. Rasa macam tekan minyak full throttle. Apa gila. Memang kapal terbang kecik macam ni ke woi?


Selamat tiba di Göteborg, Sweden. Dari dalam teksi dah nampak dua suspek tengah melayan rokok sambil berbual. Bagus. Line clear. Sempat pekena sebatang buat lepas rindu sambil tunggu teksi. Turun dari teksi terus bergegas ke hotel. Pelik. Banyaknya asap. Aku berhenti. Bernafas pun keluar asap rupanya. Haha. Cuaca 3°C masa tu. Sempat aku main main. Hembus ikut mulut. Keluar wap besar. Hembus ikut idung. Keluar wap terbelah dua. Peh. Aku cuba buat 'O'. Tak jadi.


Masa book hotel ni online lagi memang dah tau yang lokasinya betul betul di atas terminal keretapi dan bas. Tapi, takde bunyi bising langsung! Bangunan hotel tu punya soundproofing memang A. Bas bas pulak takde asap diesel hitam busuk macam bas Regal kat Tapah tu. Macam bangsat. Itu semua hasil puaka gerombolan 50 tahun perintah.

Bawah ni hotelnya. Nampak murah tapi mewah. First Hotel G. Ranking kedua (sekarang) di Göteborg. Check-in. 6 hari 5700 Swedish Kronor. Lebih kurang RM2600. Mahal? Ini antara hotel yang paling murah. Tak sampai 2 minit. Dapat kunci bilik. Special room. Sebab request smoking room. Haha. Tengok resit siap ada username + password. Bagus. Tak payah mintak dia dah bagi. Dia perasan ke aku bawak laptop?


Bilik memang perfect. Lengkap. Selesa. Macam kat showroom IKEA. Penat je aku beriya bergaduh bawa seterika dari Shah Alam. Rupanya dia sediakan. Siap dengan lapiknya sekali. Cuma kurang satu. Tukang seterikanya tak disediakan.



Risau mak ngan abah bila post gambar chiller dalam bilik ni. Bancuh Nescafe 3 in 1 tu lagi layan daaaa.



Cuba access internet dengan password tadi. Sukses. Senyum. Hirup nescafe panas. Nyala rokok sebatang. Makan kuih bahulu mak kasi. Layan tukartiub. Kah kah kah.



Adisa datang. Tunjuk kat mana nak tunggu bas. Bas nombor berapa. Pukul berapa. Dia belikan kad pengangkutan awam (macam touch n go) sebab kad ni boleh pakai masa naik mana mana bas dan tren letrik di seluruh Sweden. Mula mula beli isi ada 100 kronor. Cukup untuk seminggu katanya. Kalau habis boleh topup pakai sms. Gila canggih. Gila mahal. Tapi...

Kat Sweden rupanya gaji member yg sama pangkat adalah lima kali ganda gaji staf di Malaysia. Hasil perbincangan tertutup tanpa disedari pihak pihak tertentu. Mamat yang pecah lobang tu taraf warganegara dia dekat Sweden - Pendatang halal. Dia orang Greece. Adisa pulak orang Bosnia. Kerja takde beza. Lagi rilek ada la. Sweden lagi fleksibel (masa kerja, masa rehat, masa borak, masa makan, masa balik, uniform bebas..) Malaysia?



Hati panas. Kerja tetap kerja. Training tetap training.
Tapi. Kat situ memang tenang. Aman. Tengok pemandangan luar terus sejuk hati. Salji beb. Teringat kampung. Teringat Shah Alam. Paling aku rindu? Panas terik matahari. Serius. Sumpah.


Purata suhu setiap hari 0°C. Tahap beku. Malam terus jadi negatif celcius. Tido pun terpaksa pakai tebal. Satu cara je nak bagi cepat panas. Mandi. Set tombol temperature tu ke tahap kepanasan yang kulit boleh tahan. Pastu on suis 'floor heating'. Peh. Hari hari aku amalkan. Dua kali sehari.



Mula mula ingatkan dah cukup tiga kotak Dunhill King Size Filter De Luxe 20 yang bawak dari Malaysia tu. Rupanya licin. Terpaksa la turun bawah beli. Sekotak Prince 20 ni 49 kronor. Lebih kurang RM20 lebih sekotak. Marlboro 20 pun sama harga. Tapi pilih Prince sebab takde jual kat Malaysia. Layan jugak rasanya. Nasib baik tak pandai baca warning Swedish kat kotak tu. Kalau tak mungkin aku insaf dan berhenti.



Last day sebelum check-out. Cuaca makin sejuk. Nasib baik aku dah nak balik Malaysia. Lapo nasik ni yop! Sepanjang 6 hari makanan aku hanya salad, cereal, macam macam jenis roti, sushi, megi dan serunding. Oh lupa. Kuih bahulu yang mak kasi pun licin.



Tak paham. Siapa yang sanggup kayuh basikal dalam keadaan suhu -2°C. Hati kau keras. Daripada gaya susunan basikal jelas menunjukkan parking ini milik geng gagak hitam Goteborg.



Kapal terbang KLM Royal Dutch Airlines yg selamat membawa aku pulang ke tanah air.