Dec 10, 2008

olympus 1040

Apakejadahnya aku pegi beli kamera digital baru tatkala ekonomi dunia tengah meleset? Aku sendiri tidak dapat memberi jawapan tepat untuk soalan tersebut.

Aku suka merayap. Aku suka mencuba setiap barangan yang dipamerkan. Aku suka bertanya bila disapa oleh salesgirl yang peramah. Aku mudah lemas dengan kata kata yang meyakinkan ditambah pula dengan tawaran hadiah percuma yang mencurah curah. Ah. Lagipun aku memang takde kamera. Harapkan kamera henset Sony Ericsson W810i 2.o mega pixel auto focus 4.8mm 1:2:8 sejak awal tahun 2007 lagi.

“abang kalau beli kamera ni dapat free memory kad dua gig.. usb kabel.. AV kabel.. olympus original leather case.. waranti 4 tahun” salesgirl tu cuba cucuk jarum.

“tripod tak dapat?” tanya aku dengan riak wajah tegas.

“itu free gift untuk kamera lagi satu..yang harga seribu stengah..boleh tangkap gambar dalam air” balasnya selamba sambil tunjuk kamera yang dua kali ganda lagi mahal dari kamera merah ni.

“ala boleh la.. sekali seumur hidup je beli ni.. takkan takde lebih” aku cuba mengawal rentak permainan.

“hmmmmm..(lama, pandang kiri kanan) bolehla.. nak bayar cash ke kredit kad?” jawabnya sambil tersenyum nakal.

Lepas tu aku tak ingat apa apa. Sedar sedar aku dah sampai rumah dengan kamera baru. Cis. Aku tewas bergaya.