Dec 26, 2008

HR bawah tempurung

Pagi pagi datang kerja mesti awal. Bukan sebab rajin yang betul betul rajin. Tapi kalau lambat jalan dah jem. Parking pun nanti kat ceruk ceruk ulu banat je ada. Pastu nak berlari lari anak pulak kejar masa. Belum mula kerja kalau dah berpeluh nampak kurang manis. Mood boleh terganggu.

Pak guard memang sporting. Walaupun Nepal. Gurau gurau tepuk tumbuk tiap tiap pagi tu adalah wajib. Dari mula start kerja sorang je yang aku 'aim'. Ye la. Apa apa hal nanti senang. Nak kuar kejap ke termasuk lewat ke. Tak payah isi macam macam borang. Cop sana cop sini. HQ kat Sweden pun tak macam ni. Kata nak cost reduction. Tak payah la bazir kertas. Bazir dakwat. Bazir masa. Bazir tenaga. Dah macam amalan syaitan pulak. Mana mana tempat aku pernah kerja HR memang berlaga angin dengan aku. Dia rasa peraturan sejak berpuluh tahun dulu tu adalah yang terbaik. Semua orang kena ikut.

Bodoh. Sombong. Hadhari.

Apa guna teknologi? Apa guna komputer? Apa guna internet? Apa guna otak? Yang paling penting. Sampai bila nak duduk bawah tempurung? Negara maju semakin maju. Kita? Kenapa dah berpuluh tahun setiap kali nak keluar ke nak cuti ke nak beranak ke mesti kena isi borang. Borang pulak macam sial entah berapa kali ulang photostat. Padahal semua staf ada email kompeni. Komputer sorang satu.

Apa la salah kalau aku nak keluar pergi ke JPJ misalnya. Aku email je kat bos aku. Kalau bos luluskan dia reply balik kat aku dan aku boleh terus keluar dengan senang hati. Kan senang? Kan semua data keluar masuk di auto rekod setiap kali swipe punch card tu? Apa kejadahnya nak isi 'masa keluar', 'no kenderaan', dan lain lain benda bodoh lagi dekat borang tu? Lepas tu isi lagi kat pondok guard. Itu belum masuk campur masa borak dengan guard. Cari pen tak jumpa. Pen takde dakwat. Sumpah seksa. Pastu bila dah balik kena isi pulak 'masa masuk'. Tandatangan sana sini. Macam bangsat.

Aduh. Kenapa la guard Nepal tu boleh tak datang pulak hari ni.....