Feb 21, 2009

anjingku lari gagah berani







Horsepowernya tinggi, dogpowernya lagi tinggi. Kahkahkah!

Feb 19, 2009

kancil ae86

Sumpah. Satu dunia dah tahu betapa 'legend'nya kereta ini. Dari komik, anime, movie sampai ke kehidupan sebenar, kemunculan kereta Toyota AE86 ini di mana mana tetap berjaya menarik perhatian semua orang. Tak kira la kaki drift ke, kaki kereta standard modified tahap gaban ke, kaki sembang kencang kereta pun tak ada ke, malah budak budak yang kaki shuffle pun mengakui kehebatan kereta ini. Menurut pendapat pakar ketika berbual di kedai kopi, AE86 ni perfect untuk drift kerana weight distributionnya: 53:47 (%) front:rear. Tak paham sudah. Gua pun buat buat paham.

Sebelum ini banyak cerita tahyul yang gua dengar mengatakan bahawa Toyota akan keluarkan 'adik' AE86 tapi gua buat dengar tak dengar. Tapi selepas terbaca mengenai cerita yang sama di autoblog. Gua jadi teruja. Teruja baca je. Bukan nak beli pun. Beli sticker pun taknak. Baik gua beli Romlah The Untold Stories.

Selepas Toyota beli Subaru, diorang pakat pakat nak keluarkan 'adik' AE86. Kali ini mungkin lebih hebat. Takkan dah gabung dua nama besar, kereta jadi macam savvy pulak. Hish. Dipendekkan cerita, AE86 generasi baru ni diberi kod nama 086A dan dijangka akan dijual pada 2012. Ah. Baik gua layan bola Euro 2012 nanti. Silap silap anak dah tiga masa tu. Haha. Apapun, gua harap kereta tersebut berjaya. Berjaya seperti 'abang'nya juga. Jangan jadi macam bawah ni sudah. Sardin je gua potong sambil sms pakai tangan kanan, tukar cd pakai tangan kiri.

Feb 17, 2009

bn bakal kecundang

kalau di malaysia mesti dia bakal puteri umno.

budak kecik kat tengah tu siap tutup muka..betapa hinanya ditangkap bergambar bersama kelompok budak dacing.. tak cool langsung! sure saham dia jatuh teruk di sekolah nanti..haha

SAY NO TO UMNO!

Feb 16, 2009

selamatkan raja petra!


"I shall refuse all medical treatment and visits to the hospital. I shall refuse to accept any food and water supplied by the Kamunting authorities. I shall refuse to leave my cell or to meet any of the prison authorities. In short, I shall shut myself out from the world and keep to my own world of my eight feet square cell.

This action will mean I shall survive at the most seven to eight days. By the end of that period I shall be dead. I am prepared for that. They plan to imprison my body for the rest of my life. But I shall release my spirit from my body and will again be free. They can keep my body and they can do whatever they want with it. But they will never be able to keep my spirit. I shall separate my spirit from my body and deny them the pleasure of incarcerating me."
Source: Probably my last message to Malaysians

sejarah semutmalaysia

Notasemut: Gambo budak kencing logo umno di atas telah gua hasilkan hanya menggunakan mspaint dengan bantuan pc Dell hidup-segan-mati-takmau milik Sunway Lagoon admin office semasa gua kerja di situ selama 3 bulan. Gua berhenti kerja sebab Sunway Lagoon bisnes macam gampang. Hari hari ada je customer komplen. Gua rasa makin lama makin tak cool kerja dengan kompeni yang berniaga ala zionis. Tak percaya tanya lebai google. Op cukup, berbalik pada tajuk. Gambo tersebut telah di postkan dengan jayanya buat pertama kali di ruangan komen m2day sebagai hadiah untuk kerajaan kerana menaikkan harga minyak 78sen pada ketika itu. Dan kemudian gua sebarkan ke tko dan beberapa forum lain yang berjaya menyebabkan gua di ban di beberapa tempat. Terima kasih kepada member member yang membantu menyebarkan lagi penghinaan terhadap umno ke serata pelusuk maya hingga ke hari ini. Haha. Nanti boring boring gua nak tukar logo keparat tu dengan kepala najib pulak. Lu jaga baik najib. Gua suka bertindak liar bila hati panas. Siapa suruh lu kacau tanah tumpah darah gua?

Feb 14, 2009

sivaji the boss

Undang2 tubuh Negeri Perak tiada peruntukan menukar/memecat SPEAKER DEWAN NEGERI dan BN terbelenggu dengan V.Sivakumar dari DAP. Dlm sidang media di Ipoh,Sivakumar mengesahkan dia kekal sebagai SPEAKER DEWAN Undangan Negeri Perak. Menurut Speaker Selangor Teng Chang Khim,wakil rakyat Tronoh (Sivakumar)juga tidak boleh di buang melalui undi tidak percaya.Katanya lagi.kedua2 perlembagaan negara dan negeri Selangur menyatakan Speaker mesti mengosongkan jawatan SEKIRANYA bila2 masa DEWAN dibubarkan.

Teng, seorg peguam juga mengatakan bahawa Sivakumar boleh mengosongkan jawatannya bila dia tidak lagi menjadi wakil rakyat atau dia TIDAK BERKELAYAKAN atau letak jawatan dengan kerelaan diri.

Oleh itu krisis ini akan berpanjangan,Sivakumar berhak menghalang 3 katak dari memasuki Dewan lantas mengurangkan majoriti BN dalam dewan.
Sekiranya 3 katak ini membawa kes kemahkamah dan menang,yakni mereka masih sah ADUN, TETAPI SIVAKUMAR masih tetap SPEAKER.

Mengenepikan 3 katak ini menyebab kan BN28 dan PR27+1 (speaker)Katakan jika Sivakumar meletak jawatan speaker,Dewan akan di anggap TERGANTUNG kerana PELEMBAGAAN PERAK tidak membenarkan DEWAN bersidang melainkan melantik Speaker baru. Dengan tiada majoriti jelas,MB (haram) zamri tiada pilihan lain melainkan meminta dibubarkan DEWAN dan meminta perkenan SULTAN untuk pilihanraya.(yahooo suka)

Menurut Teng, sentimen meluat pada BN sangat tinggi ,jadi BN akan seboleh2nya mengelak PILIHANRAYA dan mengekalkan SIVAKUMAR sebagai Speaker. Speaker mempunyai kuasa sangat tinggi dan akan menyukarkan pihak BN.Keputusan Speaker dalam "STANDING ORDER" tidak boleh di cabar melainkan satu usul. Satu proses yang sangat sukar dan panjang.

Sememangnya Teng sangat arif dlm hal ini.Pada 25 April 2005 dia telah digantung dari DUN sebab bertelagah dengan speaker.Dalam keadaan mencabar Speaker Selangur Onn Ismail,Teng melempar salinan STANDING ORDER kedalam tong sampah apabila speaker menolak USUL tidak percaya pada KHIR TOYO.

Akibatnya Teng di gantung 30 bulan.



Sumber: m2day

Feb 13, 2009

bakal jadi datuk paling muda

Alfie Patten, 13 tahun (baju hitam) bersama anaknya

Keluarga 'mini'

Cepat sikit susu anak tu. Kerja sekolah tak siap lagi!


Gila. Gua masa umur 13 tahun dulu pun tengah kuat main jugak. Tapi takde pulak sampai main buat anak nih. Ish. Paling jahat pun gua main bola atau main basikal 'cross country' sampai terlajak waktu maghrib. Balik rumah kena sebat. Tu pun gua dah dicop menjadi paksi kejahatan dan secara automatik perbandingan antara sepupu, saudara mara, anak anak jiran, dan budak budak baik seluruh tanah air akan berlaku. Nikmat makan malam juga hilang sekelip mata.

Gua tak dapat bayangkan kalau masa umur 13 tahun gua balik rumah cakap "awek along dah pregnant, pregnant tu mengandung, cikgu BI ajar..". Gua yakin mungkin gua tak dihukum mati. Tapi peluang untuk pekak sebelah telinga seumur hidup atau benjol 3-4 tingkat macam shin chan adalah cerah. TV pecah, tali pinggang putus, rotan patah, meja terbelah dua, almari hancur juga pasti berlaku pada hari hari berikutnya. Mujur awek gua masa tu hanya pandai flying kiss sahaja. Tak ghairah langsung!

Budak Alfie Patten ni memang hati kering. Lu orang boleh baca sendiri kisahnya di sini. Oh. Rekod bapa termuda di Britain masih lagi dipegang Sean Stewart, masa tu umurnya 12 tahun. Bininya Emma Webster, 15, anak jiran sebelah. Tapi dah berpisah 6 bulan kemudian.

Feb 12, 2009

ah balik balik nak agung orang luar.

923 managers have lost their jobs since Fergie took over at Manchester United in November 1986...

Gua baca cerita ni kat NST mukasurat belakang sekali pagi ni. Muka depan dah confirm cerita palsu nak jilat kerajaan. Ya. Sebab tu gua tak baca muka depan. Cerita ni NST cedok bulat bulat dari Daily Mail edisi semalam. Haha. Kata go straight dont belok belok. Celaka. NST pun selalu cilok jugak. Saja gua malas nak ungkit kisah kisah lalu.

Babi. Patutnya bukan cerita Alex Ferguson lu orang NST letak sebagai tajuk besar muka belakang. Patutnya tajuk ni, “Just a bunch of school boys” ataupun “It was school-level football from start to finish”. Haha.

Itulah kata kata tulus ikhlas dari Ken Worden masa tengok game Terengganu lawan Polis itu hari. Nasib baik dia mat saleh. Kalau dia asal dari Kampung Lubuk Katak mungkin dia akan kata "cis, main macam babi" Patutnya kisah benar dalam scene bola Malaysia ni diberi perhatian lebih. Baru terbukak sikit mata sultan bola dan FAM. Ni tidak. Sikit sikit nak agungkan bola orang. Bola sendiri terpinggir malu...


Feb 11, 2009

gua ramai kawan orang asli

Gua tak tau apa. Gua hanya tau BN celaka. Mana mana port rumah bujang gua lepak. Mana mana kedai mamak gua mengeteh. Mana mana gelanggang futsal gua beraksi. Surau masjid tak payah cakap la. Memang spesis gerombolan tak nampak bayang punya. Semua tempat tempat tersebut hampir majoriti umatnya akan kata kerajaan BN macam babi. Ya. BN babi.
Walaupun begitu bukan maksudnya nak hina babi. Babi pun makhluk ciptaan Allah. Tapi gua paham standard rakyat Malaysia kalau dah bengang maksima mesti perkataan babi keluar secara automatik. Sejak pra-sekolah lagi. Member cina gua masa sekolah rendah pun penah maki gua babi sebab gua kutuk dia pakai seluar pendek tak pakai seluar dalam nampak 'burung'. Selamba dia babi kan gua. Tapi gua sengih je balik. Balik rumah baru gua terfikir rupanya semua orang kalau marah sebut babi tak kira bangsa. Nampak ada kesepakatan di kalangan masyarakat.
Ah babi. Ape gua melalut ni. Tujuan asal gua hanya nak copy paste jasa jasa MB Nizar yg gua petik dati malaysiakini tadi. Kesian orang asli Perak dianiaya BN selama celaka tu memerintah dulu. Gua nampak orang asli cool je. Rupanya diorang pun teruk ditindas. Ye la. Mana gua tau. Orang asli takde medium untuk luahkan masalah dan perasaan. Mungkin ada. Tapi tak sampai ke telinga gua. Balik balik cerita orang asli tokey petai kat kampung gua beli Evo 7 je yang budak budak rempit ni hebohkan. Jeles la tu. Hahah gua pun panas jugak. Kaler hitam evonya. Gua syak dia orang asli paling berjaya di Tapah ni.
Nah fakta di bawah ni saja gua paste sebab gua rasa berita ini cool. Kawan kawan orang asli masa sekolah rendah dulu gua rasa paling cool sebab diorang tak pernah mengeluh. Tak pernah mengumpat. Tak pernah busuk hati walaupun komuniti melayu biasanya memandang rendah pada mereka. Sekali lagi, Terima kasih PR Perak...
Kerajaan Pakatan Perak berjaya selesai isu-isu tertunggak...

Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak. Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:

- Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.

- YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.

- Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.

- Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.

- Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.

- Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.

- Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.

Ambiga berkata, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.

"Kita berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini..

"Malah, kita menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik," katanya.
Ini Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga kata. Bukan gua reka. Gua tak tau apa. Gua hanya tau BN celaka...

Feb 9, 2009

sms

lu nk tau huruf ape najib paling takut skrg?

PRK, RPK dan PKR!

Feb 7, 2009

skandal rampasan perak

Menurut sjsandteam:

DOES AZLAN NEED MONEY FOR HIS FAMILY?


Menurut radenjowo:

The government has approved the no-bid contract with Gamuda-MMC for RM 12.5 billion (US$3.73 billion) to double-track the country’s main north-south railway line, a 329 km run from the central city of Ipoh to the Thai border. The MMC part of the consortium is a construction company backed by Syed Mokhtar Al-Bukhary, a long-time backer and fundraiser for UMNO, the largest party in the country’s ruling Barisan National coalition.

Gua ni bukan jenis terus percaya. Gua pegi jumpa lebai google kesayangan TT dan mintak pandangan beliau. Lebai google suruh gua bukak laman ni.

Bukak je. Macam biasa gua terus merayap. Lalu terjumpalah gambo kat bawah ni. Yang lain tu gua tak kenal. Maklumlah gua kawan dengan budak budak bundle. Budak mekanik bengkel bergerak. Budak jual dadah sintetik. Gua tak into bangsa hari hari pakai smart kerja tak pernah berpeluh ni.

Ini bukan photoshop ye. Gua Alt+PrtScr dari sini.

Klik la kasi besor. Lu orang bukan superman



Notasemut: Gua tak paham amende independent-non-exec-director jawatan diorang tu. Kalau indie gua tau la.

Feb 6, 2009

mengenal zambry kadeeeer




Mengenali Calon MB Perak Barisan Nasional yang Baru: Dr Zambery Kadeer

Dengan kata lain, amat kurang kualiti positif yang boleh dikaitkan dengan Dr Zambri berbanding Datuk Seri Ir Haji Muhammad Nizar? Dengan kata lain, susah saya hendak fikirkan satu alasan yang baik untuk menukar Menteri Besar sekarang dengan Dr. Zambery Kadir.

Telah diperkhabarkan kepada saya, bahawa sekiranya perancangan jahat Barisan Nasional berjaya, maka calon Menteri Besar Perak dari Barisan Nasional yang baru adalah Dr. Zambery Kadeer, Wakil Pos (bukan wakil rakyat) dari DUN Pangkor. Malahan, perkhabaran ini wujud sebelum PRU 2008 lalu seperti yang dilaporkan di sini.

Ini adalah dengan persetujuan Pak Lah sendiri yang menyatakan bahawa Tajol Rosli harus diganti natijah dari kekalahan Barisan NAsional tempohari. Lebih lebih lagi, Dr Zambri Abdul Kadir orang pertama mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO beberapa tahun yang lepas. Sekiranya, ditakdirkan BN menang dalam PRU lepas, nescaya, Dr Zambri telah menjadi Menteri Besar Perak Barisan Nasional. Khairy Jamaluddin amat terhutang budi kepada Wakil Pos Pangkor ini.

Perkara ini telahpun dimaklumkan kepada pembesar-pembesar UMNO Perak tetapi masih dirahsiakan bagi mengelakkan krisis dalaman UMNO Perak. Yang penting sekarang ini adalah menumpu segenap usaha untuk menawan kembali Perak dari Pakatan Rakyat dengan membeli ADUN2 Melayu PKR melalui barua mereka Ezam Mat Nor.

Beliau sekarang ini kehulu kehilir menjaja kononnya beliau adalah wakil rakyat BN yang mempunyai majoriti yang paling besar (5k+) berbanding ADUN2 BN yang lain. Kononnya ingin memberitahu secara tidak langsung atas sebab itu beliau layak menjadi Menteri Besar Perak.

Tapi, apa yang beliau tidak beritahu ialah undi pos dalam DUN beliau adalah lebih kurang 10k. Ertinya, ada kemungkinan orang biasa yang mengundi beliau tidak lebih 2k. Kalau ditolak undi Pos, sepatutnya Dr Zambery telah tewas di DUN Pangkor. Tapi dasar manusia lidah bercabang seperti Dr Zambery Kadeer tak tau malu.

Ini juga bermakna, Perak akan mempunyai Menteri Besar pertama yang bukan berketurunan Melayu. Ini kerana Dr Zambery Kadeer adalah seorang yang mempunyai silsilah bukan dari Tanah Melayu. Saya tidak tahu adakah ini diizinkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Harus ada seseorang yang memeriksa fakta ini.

Dr. Zambery juga satu masa dahulu adalah seorang penyokong Anwar yang setia. Malangnya, beliau telah ditangkap ISA dan sewaktu dalam ISA beliau telah berjaya di brain washed oleh Special Branch menjadikan beliau seperti orang mereng sekarang ini. Beliau juga telah menjual maruah serta prinsip perjuangan beliau apabila selepas dibebaskan dari ISA, beliau telah menyertai UMNO dan menentang Anwar Ibrahim.

Sebelum ISA beliau nafi Anwar meliwat, selepas ISA beliau sokong pula tuduhan Anwar meliwat. Memang la Dr Zambery ni lidah bercabang.

Juga sewaktu menjadi exco dalam kerajaan Negeri Perak dahulu, tiada apa kejayaan yang beliau bawa melalui portfolio beliau. Dengan kata lain, Dr Zambery tidak lebih dari seorang exco “mengabih boreh” seperti exco2 UMNO yang lain. Kerja dia ambik gaji dan datang mesyuarat sahaja. Kerja lain semua terbengkalai.

Mengikut Ketua Pemuda PKR Lumut, saudara Yusry Yaakub di dalam kenyataannya baru-baru ini, bahawa terdapat 18 kes rasuah yang melibatkan Dr Zambery yang bakal didedahkan sedikit masa lagi.

Soalnya sekarang mahukah rakyat negeri Perak Dr Zambery Kadeer sebagai Menteri Besar mereka yang baru?

Sumber: Kedahlanie

Feb 5, 2009

buat raja raja satu dunia

Bukan gua cakap. Hang Jebat cakap...


"Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"



"A fair king is a king to obey, a cruel king is a king to fight against".



Feb 4, 2009

perak dirampas najib!

Lima orang Adun Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan tiga dari DAP - telah keluar parti dan menjadi calon bebas sehingga ini. Ekoran itu, kerusi Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tinggal 27, sama dengan jumlah kerusi BN (27) dan lima Adun bebas. Kelima-lima dipercayai akan memihak kepada BN untuk menubuhkan kerajaan baru Perak.(mkini)

Lu orang tengok apa dah jadi bila Najib Monggol ambil alih tempat Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak.(baca sini: Sah Najib ganti Tajol...Zahid timbalan) Dia Menteri Kewangan beb. Apa ada hal.. harkkk ptui!!!!

Feb 1, 2009

osman jailu dan jamaluddin radzi

N14 CHANGKAT JERING
Jumlah Pengundi: 24,864
Peratusan Kaum: M: 63.55% C: 25.80% I: 10.58% L: 0.06%
1. Mohd. Osman Mohd. Jailu (PKR) (9,411)
2. Datuk Mat Isa Ismail (BN) (8,309)
Majoriti: 1,102
Jumlah undi: 18,054
Peratus mengundi: 72.61%
Undi rosak: 334
Penyandang: Datuk Mat Isa Ismail (BN)
(Majoriti: 4,764 undi)

N59 BEHRANG
Jumlah Pengundi: 18,552
Peratusan Kaum: M: 57.09% C: 23.44% I: 19.25L: 0.22%
1. Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) (6,771)
2. Datuk M. Ramasamy (BN) (5,744)
Majoriti: 1,027
Jumlah undi: 13,027
Peratus mengundi: 70.22%
Undi rosak: 512
Penyandang: R. Apalanaidu (BN)
(Majoriti: 3,748 undi)