Mar 8, 2009

KERANDA 152 - bahasa ibunda dan air mata


KERANDA 152

Anak Melayu
panas dadamu membakar baju
kita arak keranda 152 ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
tiap pintu dan jendela sudah dijaga
bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
namamu telah diseru
jawablah
sebelum lidahmu jadi bisu

- Usman Awang (1967)



MALAM ITU DI BALAI BUDAYA


Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata
Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'
Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
'Bakar Perlembagaan 152'
Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'
Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
'Dada kami sedia dibakar'
Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA
- Usman Awang 3 Mac 1967

"Rupa-rupanya begini caranya untuk
menyelamatkan bahasa,"

- A Samad Said

3 comments:

redspider crystal said...

linguistiknyer semut ni..

sEmut said...

jepun jerman itali korea tu ada pakai english dalam sains dan matematik masa sekolah? jangan harap!

teknologi diorang power jugak kan?

redspider crystal said...

td pg kat Hotfm isu yang semut cakap ni.
ada sorg pemanggil ni poyo o je cam nak marah2
konon menyokong sgt hasrat kerajaan tuk english in Science & Math.
Nada tu agak-agak dahlah. Yang nak tinggi2 suara tu wat pe..cam nak tempeleng pun ada. antara perbualannya:-
DJ:Ape pndpt ttg isu bhs inggris dlm mat&sains kt sekolah ni?

Pemanggil:saya menyokong sgtlah klau bhs inggris digunakan dlm nak mengajar mat&sains ni(ringtone level 1). Saya setuju sgt(ringtone level 2). Cuba tgk datuk2 (dalam hati spider;ai, apehal lak nk tgk datuk2 ni)pun....blablabla(x ingat dia ckp pe yg kat sini, tp yg pasti ringtone level dah tahap 3), sebab tu bhs inggeris tu penting.

DJ:Cuba tgk Jepun misalnya, diaorg hanya menggunakan bahasa mereka, tapi boleh jadi maju dgn teknologi-teknologi canggih.

Pemanggil:Yang tu..(ringtone tahap 4, tapi macam nak gagap2 sikit), ok, dia memang maju, tapi sebelum tu dulu-dulu diaorang belajar komputer tu macamna?(time ni tahap ringtone dah 5/maksima)guna bahasa apa. diaorg blajar guna bhs inggeris gak kan!!

tak taulah spider nak tergelak ke apa, tapi sengih gaklah sorang2 dalam kereta. DJ tu ckp ape tau,"Wah, terror betul (sape ntah nama dia,lupa) tentang sejarah jepun yer.."

Spider mmg tak tau sejarah jepun, tapi cam ade yang auta je dlm 'fakta' pemanggil tu.

p/s: kaji sejarah Malaysia dulu.