di Perak.. taraf najib di bawah tapak kasut kami!!!
black friday...
Labon Orang Teman (himpunan dialek Perak tengah dan Perak selatan). Cilok dari suteramalaya Terima kasih brader r@duan! Dialek yang semakin hilang.Ucapan ribuan terima kasih kepada penyumbang dialek Perak: Cabey, Dara Pingitan, Roti John, Azizah Norudin, Rosli Bomba, Khairul Ferdaus, Boy, Fauzi, Asri, Hermanz
* Apa ke he = apakah hal * Ate= ?(pemula bicara) * Awok= saya, aku * Ayor= air * Bak= minta * Baruh= * Beda'ah= bohong, tipu (ayat: Kamu jangan beda'ah!) * Bedek= periksa sesuatu * Bedi= sejuk * Bedik= terpejam-pejam(mata) * Begik= degil * Behe= bengkak peha * Berambat= berlari * Bercherah, bercheghoh= 1)Bunyi echo 2) Bunyi akibat sesuatu. (ayat: Bercherah bunyi meroyamnye sampe ke Kuala / padan le bunyi bercherahhh kat kebun tadi, rope2 ade kerete kebe (babi) * Berde'eh= merengus * Bergediok= banyak, ramai * Berjujuih= berbaris-baris, bersusun-susun * Beroyang= biawak air * Berunte= beransur * Bibior = bibir * Bojot= basah * Bolen= telanjang * Bonyeh= basah + lembab + kotor * Bonyok= hempap, tindih, tekan * Buat kerin= buat tak tahu * Bulor, Kebulor= lapar, kemaruk * Bulut= gulung * Cabok= buruk(ayat: basikal cabok pun kena curi..) * Cakcibor= pepatung * Capang= kembang terbuka * Ce= ? ,cuba (ayat: Ce kamu buat dulu, lepas tu aku) * Cebeh=? * Cebok= gayung, bekas cedok air * Ceghoye= cari * Cekoh= pegang, sentuh * Celuih= lepas * Cemei= mata sepet, separuh buta * Cerangap' bercerangap=bersepah,tak tersusun * Cerum-ceram= seram sejuk * Cicor= cicir * Cior= kusyen/tilam kecil untuk majlis akad nikah * Co'et= sikit sangat (ayat: Alah! seco'et je yang dapat) * Cokeh= cari (ayat: Apa dicokeh?) * Conggek= berjalan agak tonggek * Coyer= cari * Cupoi= hujung * Dabe= beg duit, wallet * Dedor = badan suam-suam rasa macam nak demam * Degor, berdegor= bergetar * Deme= mereka * Dengkut= tempang * Deruih= nakal * Engkoh, engkohnya..= rupa-rupanya * ganjak= bergerak sedikit * Ganjey= janggal * Gebor= selimut * Geduak= buah kerdas * Gemor= suka * Getik= menyampah, benci * Ghayan= sawan, tarik * Ghodi, peghodi= kerjakan * Ghonjang, ronjang= jolok * Ghotak= jambatan kayu * Gile sebere= gila tak tentu hala * Godam= hentam * Gogok, togok= minum dengan tergesa-gesa * Gonyoh= tenyeh * Goyor= goyang, gayat * Haghin= ketiak hangit * Hajab= peduli (ayat: Apa hajab aku.Bior lantaknya) * Hakap=tamak * Hambat= kejar * Hameh= badan berbau busuk * Hangat pijor= hangat pijar * Hanyak= pijak * Hanyor= hanyir * Henyut bengut, herot benyut = senget, kemek * Hincit= halau pergi(ayat: Hincit kamu dari sini!) * Hingor= bising * Hogeh= goyang sesuatu untuk tujuan mencabut * Hugu hagan = kusut masai * Hunte= lantak, biarkan * Ingke= seronok sangat * Jabe= uncang * Jakme, Ja'ama = Juz Ama * Jebik= tarik muka, hampir-hampir menangis * Jegey= beliakkan mata * Jelabang= tak mendengar dengan baik * Jelabok= terburai * Jelebo= labi-labi * Jelejeh, berjelejeh, menjelejeh= air keluar dari mulut * Jelepek= letih sangat * Jenuh= selalu, puas, lama * Jerobe=Terpa * Jerobon= timbunan (lebih besar daripada jeromon) * Jerombab= tersungkur * Jeromon= timbunan kecil * Joben = telinga besar * Joghe= jakun * Jongoih=? * Jongong=membuat muka hodoh untuk menyakitkan hati orang * Joren= tajam * Juih= cebik * Kacak@kicak = pijak (ayat: Ce usah kicak lecah tu...kotor) * Kadap= ke hadapan * Kantor= buah pokok kabung, dibuat halwa. biasa ada pada puasa dan hari raya * katup=tutup * Kayor= pergi ke sungai, pergi ke bilik air * Kecek, mengecek= tipu, menipu * Kedan/gedan= penyodok pasir * Kedengkin= kurus sangat * Kelemayor = berair (ayat: mata kamu berkelemayor) * Kelior = ke hilir * Kelolo= lawak. tergesa * Keme, kume = kami * Kemin= penjagaan rapi * Kengkiak= anai-anai hitam kepala besar * Keroko= cakar * Keromut= keredut * Kobek/kebek= mengorek/menekuni * Kokak= gigit * Kome= Merujuk kepada dua orang atau lebih (ayat: kome pergi la mendaftar, tak rugi) * Kopah= kibas * Kuce= kacau(masakan) * Kulu = ke hulu * Kumbah= halau pergi dari tempat itu (ayat: Kumbah kome dari sini, buat semak aje) * Kuncam= terkunci(mulut terkuncam) * Kute= keras, tua * La'eh= lesu, tak bermaya * Labon= cakap * Leboh= terlepas, hilang * Lecah= becak * Legat= mata asyik pandang sesuatu * Lekeh= pandang rendah orang lain * lekor= rasi, menjadi * Lenjun= basah * Lenyor= lembik * Lepor= ruang khas yang ditinggikan dibuat daripada papan auat buluh untuk kerja-kerja kenduri * Lesut=? * Libang libu = runsing * Lugu= jemu * Machun= kosong, tiada * Mangkor= keras * Meghelap= aktiviti menangkap ikan menggunakan daun-daun pisang kering yang dijadikan pukat. dihanyut dan ditarik ke tebing. * Megholoh= tidur * Megholoih, berolos= tembus * Melangut = muka dan mata melihat ke atas * Melantak= makan * Melantong= busuk sangat (ayat: Mak oi..kentut sapa busuk melantong baunya ni?) * Meletin= manis sangat * Melilor= melilau * Mencebak= alat mengorek lubang * Mencicit= lari lintang pukang * Mencobak= tak henti-henti * Mengelebang= seolah-olah melayang (ayat: Mengelebang dia bawak motor) * Mengelinak= berkeliaran * Menghebah, merebas= berak * Mengke= mengkal * Menguet= bergerak-gerak(ayat: Ekor kucing itu menguet) * Menonong/menonen= melulu * Mentelun= seluar * Menyelap= aktiviti perbomohan (sehingga tak sedarkan diri), marah-marah * Merampuih= melawan, memberontak * Merenin=bengkak, berkilat * Merewang= merayau * Merongeh= hisap puting(baby) * Mete= senyap, diam, kaku * Metor/meghetor= berpusing-pusing mencari sesuatu * Mike= kamu, engkau, kau * Minyak geh/ gah/ gas= minyak tanah * Moh= ajak, jemput, jom * Mue= beri muka * Muey= rasa nak muntah * Mulut jelabah= mulut laser, pok pet * Nen= jernih (ayat: heymokk, nen beno ayor sungei ulu kenah) * Ngamput= perihal mencerca (ayat: Ngamput betul dia tu, pinjam duit tak reti nak pulang balik!) * Ngancok= perkataan lucah diucap ketika marah * Ngantor= sejenis adat/permainan di bulan puasa. Menghantar makanan depan pintu rumah jiran tanpa diketahui oleh jiran. * Ngayan=sauk ikan guna alat daripada rotan dan jaring * Ngekek= ketawa dengan kuat * Ngelat= tipu * Ngeledin= bengkok berpintal * Ngelejat= mengelupur * Ngelempang = bergelimpangan * Ngelenyor= gatal(ayat: Anak dara Din tu memang ngelenyor) * Ngelewor= berjalan ke kiri ke kanan * Ngeligih, mengeligih= menggigil kesejukan * Ngelitin, mengelitin= mengelupur(ayat: Atan Sikin mengelitin di tengah padang bola bila kakinya dirembat pemain Kota Lama Kanan) * Ngempor= jalan terkengkang-kengkang (ayat: Mak oi..ngempor jalannya..) * Ngeren=senget * Ngigo ghato= mengigau merepek-repek * Ngobak= menangis (budak-budak) * Ngolek=baring * Ngolen= sampan/bot bergerak-gerak dilanda ombak * Ngonyen, Nyerongen = senyum, sengih * Nguk ngap nguk ngap = berdenyut-denyut * Ngulen peghin= bergolek-golek, berguling-guling * Ngunyap=menguyah * Nohen= buat tak tahu * Not= duit kertas * Nuge= loya * Nungap= mengah * Nyambe= menyambal * Nyampuk= mencelah ketika orang berkata-kata * Nyangat=minuman panas * Nyegholang= perihal warna yang terlalu terang * Nyeluen= suatu keadaan fizikal yang berlebihan luar daripada biasa (ayat: kuku kakinya nyeluen, buruk rupanya) * Nyenggor= panas * Nyerangkang= jatuh terkangkang * Nyerangkong= duduk bertinggung * Nyeronot= menyusup * Nyeronyot= merujuk benda hidup yang banyak dan kecil-kecil (ayat: Menyeronyot ulat dalam telur busuk itu.) * Nyondok= * Nyonggoh= ? * Nyongket= berjalan-jalan, bersiar-sira * Nyongok= bahagian depan terangkat sedikit; ayat; bot tu nyongok sikit * Nyor = kelapa * Paih= lepat pisang, masakan ikan dalam daun pisang * Pantang lepa= ? * Parak= * Parap= pukul orang menggunakan belakang tangan * Pare buang= rak menyimpan alatan dapur * Pasyor= pasir * Pele'ot, terpele'ot= bengkok, remuk * Pelior= kemaluan lelaki * Penala= penampar * Pengilo= bubu besar berbentuk 4 segi * Pengkor= pengkar * Pengor= busuk sangat * Penyegan= pemalas * Pongo= terdedah * Ponyok= renyuk (ayat: Apa ke he kamu ponyok kertas tu?) * Raban teben= tak keruan, tiada terurus * Rabat= panjat * Rabit= cabik * Randuk= berjalan dalam air * Rebe hanyut= perumpamaan penyibuk * Rebeh= senget * Regih= penyapu lidi * Rempit= rotan * Rengkat= tempang * Rengkoh= goyang dengan kuat untuk merempuh * Renyah=leceh * Rigap= cekap * Sange, sangai= penutup hidangan * Sarok= tak sengaja * Segholoh= jatuh, termasuk ke dalam/bawah * Seghoyat= perihal hujan yang sudah berhenti * Seghoyor= seriau * Selaid= torch light * Selayut= bergantungan * Selemoih= kotor berair (ayat: Berselemoih muka budak itu) * Selewen= Tak prihatin, tidak ambil berat, tidak buat dengan betul * Seliang= satu tamparan, satu pukulan * Selimbo, selembo= tusukan kecil ke dalam kulit akibat serpihan kecil daripada kayu, buluh atau pokok * Selimbo, selembo= tusukan kecil ke dalam kulit akibat serpihan kecil daripada kayu, buluh atau pokok * Seluen= pulas (ayat: Aku seluen telinga budak ni karang!) * Sember= pasir * Sengkak= senak(perut) * Siya'= mangkuk tingkat * Skor= rembat, curi(ayat: Siapa yang pernah skor barang kat kedai Tiong kena bertaubat dan mintak ampun balik dengan dia) * Soliek=? * Sonteh= sentap, rentap * Soyok= atap tambahan * Suba= tidak cantik tapi tidak pula hodoh * Taboh= pukul * Tak kose = tak kuasa (ayat: Tak kose teman nak nasihat dia) * Tak ngomben = tak memberi kesan, tiada apa-apa yang berubah (ayat: Dah kapak pokok tu tapi tak ngomben pun) * Tak semiok = tak sihat (ayat: Tak semiok rasa hari ni, tak jadi la pergi Kuala) * Tak sior= tak hendak, tak ingin(ayat: tak sior teman eh!) * Tawor lesyor = tawar (makanan tawar) * Teghoyak= menangis * Teman= saya, aku * Tembi= menyiku * Tembok= jalan tar * Tembun= tembam * Temen= moody, sombong * Tempelen= lempang, tampar (di bahagian pipi/muka) * Tengin= bodoh * Tepek= kuih daripada pisang atau tepung * Terbelih= terjerut * Tereban=buang,humban * Terenjat= terkejut, cemas * Tergeloceh= tergelincir * Terjerombab= tersungkur * Terkayak-kayak= lalu lalang, terkial-kial (ayat: Apa ke he kamu terkayak-kayak depan tv tu!) * Terkolap= terseliuh * Tertomoih=terjurumus (ayat: Muka Usin Bolt tertomoih ke tanah apabila terjatuh ketika acara lari 125 meter) * Tobek= tebuk, lompang (ayat: Nangka dah tobek makan di tupai.) * Toben= tua * Tohor= berkeras, tahan (ayat: Bertohor dia simpan buah deghoyan sampey busuk..langsung idak dibagi nyer dekat teman) * Tojen= kurus kering * Tojey= serangan lisan bertalu-talu * Tongong= bodoh * Torak= kuih dibuat daripada tepung yang dibalut, dimasak dalam daun pisang. di dalamnya ada inti * Torek= bising , berleter (ayat: Torek bapak kamu karang, basuh balik basikal dia.) * Toyok=babi * Tu'i=tolak * Tujey= menyiku * Tumpor= tewas, * Tungo= sejenis kutu yang menggigit badan manusia * Uraih= umpan * Yong= kakak sulung, perempuan * Yop= abang sulung, lelaki
0 .:
Post a Comment