Jul 26, 2009

al fatihah

Hari ini gua sedih. Sangat sedih. Seorang pengarah filem yang gua tabik hasil kerjatangan beliau telah meninggalkan kita. Yasmin Ahmad telah meninggal dunia semalam. 25hb Julai 2009. Gua tak sampai hati nak padam link blog storyteller yang gua suka baca kat sebelah ni. Biarlah dulu. Walaupun gua tau blog storyteller itu tak akan di update sampai bila bila.

Kebetulan. Pada tarikh yang sama. Pada tahun 1998. Gua juga telah kehilangan seorang adik kandung yang sangat rapat dengan gua. Ketika itu usianya baru 15 tahun. Dan gua hanya tua setahun.

Semalam gua tak boleh tidur. Gua terpaksa bercerita kepada teman serumah yang tak jemu jemu bertanya kenapa gua tak ceria seperti biasa biasa. Semua syak yang gua tengah gaduh dengan tunang gua. Untuk mengelakkan mereka fikir yang bukan bukan. Maka gua ceritakan segalanya.

Kisah kisah suka duka. Pahit manis. Rindu dendam. Tepuk tampar. Senyum tangis. Ketawa ria. Ketika arwah adik gua masih hidup. Sebelum dia. Meninggalkan gua. Dan kami sekeluarga. Buat selama lamanya.

Damailah. . .


Notasemut: Gua anak sulung. Walaupun jiwa berontak gua tinggi, suka lari dari roadblok, dan mampu terajang pintu sampai pecah, kalau gua sedih, mata gua tetap berkaca.

Jul 24, 2009

now showing













Picture credit: From Perak With Love

Jul 22, 2009

esok hari jadi musuh ketat gua, najib

Maka, tepat pukul 12.00am 23 Julai (tengah malam ni), gua akan pakai pakaian hitam selama 24 jam sebagai tanda kebencian yang teramat sangat terhadap beliau.

Hark ptuih!


60 lelaki bengap dihalau

Kira-kira 60 penyokong Umno dan parti komponen BN menyertai demonstrasi di hadapan pusat membeli belah Ampang Point untuk menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock dan tidak mahu ianya dipolitik oleh parti pembangkang.

Perhimpunan selama kira-kira 15 minit diketuai oleh ketua Umno bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Ia disertai ahli Umno dari bahagian Ampang, Gombak dan Pandan. Manakala ahli MCA, MIC, PPP dan Gerakan pula adalah dari bahagian Ampang.

Perhimpunan itu berlangsung selama 15 minit. Mereka membawa kain rentang yang bertulis 'Umno bahagian Ampang yakin kredibiliti SPRM dan polis untuk teruskan siasatan' dan 'Umno bahagian Ampang menyokong tindakan SPRM dan polis".

Mereka juga membawa poster yang antaranya bertulis 'Jangan ganggu tugas SPRM dan polis, teruskan siasatan' dan 'Pembangkang jangan alihkan isu!!!'. Mereka turut melaungkan 'Hidup Umno' dan 'Hidup Melayu'.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ismail menegaskan sokongan kepada SPRM yang menurutnya mempunyai imuniti sewajarnya dalam menjalankan siasatan.

Katanya, mereka juga memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada polis dalam menjalankan siasatan secara adil dan profesional.

Polis arah bersurai. Lembu lembu balik kandang masing masing.



Cerita penuh: Malaysiakini


Jul 21, 2009

najib cakap tak serupa bikin

Sikit sikit 1Malaysia, hari hari berita ada cakap 1Malaysia, iklan pun ada 1Malaysia, radio pun selalu cakap pasal 1Malaysia, suratkhabar pun gila 1Malaysia, macam gampang. Tapi, pernah tak lu orang tengok sendiri website 1Malaysia si Najib-tantuya tu? pernah bukak?

Tadi gua saja gatal tangan nak usha apa perkembangan terbaru website jijik tu. Kali terakhir gua bukak masa September 2008. Ada gua Prt Scr gambarnya di sini.

Dan ini yang terbaru..


Korang perasan tak? Dalam dia duk heboh sana sini 1Malaysia sampai gua rasa nak muntah, tapi dia tak masukkan langsung pilihan bahasa Tamil untuk bacaan mereka mereka yang berbangsa India. Apa jadah? Website Malaysiakini pun ada sediakan 4 bahasa pilihan untuk tatapan warga Malaysia. Apa cerita Najib Razak? Patutla Mahathir selalu hentam lu, lu tak masukkan bahasa ibunda dia. Kah kah kah.


Notasemut: Nah tengok sendiri di sini (tak taula kalau esok lusa dia dah masukkan pulak)



Jul 19, 2009

sprm guna taktik kotor

SPRM DIGUNA UNTUK RAMPAS KERAJAAN SELANGOR

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.

Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.

Kenyataan media ini dikeluarkan pada 17hb Julai 2009 oleh:

Saudara Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan

Saudara Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Saudara Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP




Jul 16, 2009

Gua di SPRM Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

Setibanya gua di tempat kejadian, Plaza Masalam sesak teruk. Nasib baik gua berjaya dapat parking port cantik tiada gangguan hasil dari pengalaman gua pernah bekerja di kompleks ini selama 2 tahun pada satu masa dahulu.

Gua terus menangkap gambar bukti yang Pejabat SPRM berada di tingkat 14.

Tingkat 14, yang ada lampu menyala kat atas tu. Mayat ditemui di bawah. Gua diberitahu oleh suara suara angin yang mayat masih berada di tempat kejadian. Dan ahli keluarga serta pemimpin pemimpin pakatan masih tidak dibenarkan masuk untuk melihat.

Geng geng forensik yang gua perati tak macam CSI langsung. Sembang sembang, sengih, sembang sembang, sengih, kejap hilang, kejap muncul. Gua syak diorang curi curi hisap rokok.

Drivernya mula mula pandang kerek dekat gua buat gaya macam nak tangkap. Tapi gua selamba 'tangkap' gambar dia dulu. Lepas tu dia blah. Mungkin pergi mengadu pada pihak atasan.

Lilin yang dipasang secara sukarela oleh orang ramai yang hadir.

Gua tak tolong susun lilin. Tapi gua tolong nyalakan balik lilin yang padam ditiup angin.

Ahli keluarga mendiang dikerumuni wartawan bebas dan orang ramai. Tapi gua tak dengar apa sebab suasana bising dengan bunyi ringtone yang bukan bukan dan suara orang bersembang di sekeliling. Gua lepak luar balik tenangkan fikiran.

Gua dapat feel yang raya dah makin dekat masa snap gambar nih. Haih.

Ya, gua datang pun sebab nak tau kenapa.

Ketibaan Menteri Besar Selangor. Gua tak dengar apa dia cakap sebab slow sangat. Sponsor la speaker time macam ni.

Lexus yang pernah dijadikan isu oleh si lanun Khir Toyo satu ketika dahulu.

Polis buat muka anj!&*% macam biasa biasa. Tapi selamba gua pegi depan tangkap gambar.

MACC = SPRM = Umno = Pembunuh

Teoh Beng Hock. Damailah.

Suasana muram ketika balik. Tapi masih ramai yang belum mahu bersurai kerana mereka dahagakan jawapan dari pihak yang bertanggungjawab.

panas enjin macam nak jalan jauh walhal masalam 3 minit dari rumah gua

BERKUMPUL MALAM INI BERKUMPUL MEMBAKAR LILIN

Bila : Jam 8.30 malam ini

Tempat: Bangunan MACC
Plaza Masalam
Section 9 - Shah Alam
( Bangunan ini di sebelah Hotel Concorde Shah Alam)

TUJUAN : Menuntut kebenaran. Satu Malaysia hendak tahu
apa yang terjadi kepada saudara Teoh Beng Hock
setiausaha politik ekco kerajaan Selangor -
Saudara Ean Yoing Hian Wah.

Sila datang beramai-ramai. Sila bawa bunga dan pakai baju hitam - untuk
dilihat cool macam punk rocker. Juga bawa lilin dan roti canai !

mesej untuk proton dan perodua dari jeremy clarkson

Jul 6, 2009

istana khir toyo (baca: istana rasuah)






Gambar gambar ni gua curi dari blog Anti Khir Toyo. Gua mana ada duit nak sewa helikopter tangkap gambo dari atas. Gambo ni confirm tak akan keluar di TV3suku.

* * * * * * *




Selangor opposition leader Dr Khir Toyo's lavish new home in Shah Alam is now under scrutiny as the property is allegedly beyond his means, or any menteri besar who served for eight years.

DAP's Sekinchan state assemblyperson Ng Suee Lim claimed that the 50,000 sq feet or 0.5 hectre property was constructed at an estimated cost of RM20 million while the land was bought at a price of RM3.8 million.

Source: Malaysiakini

Jul 3, 2009

rosmah puaka part 4

norman - memey. kes silap mata ~_~'

Pegawai JAIS akui pertuduhan Norman-Memey silap

KUALA LUMPUR 3 Julai - Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini diberitahu bahawa pertuduhan berkhalwat terhadap pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey tahun lalu adalah salah dan tidak berasaskan fakta.
Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Rahman Lai Abdullah dalam keterangannya sebagai sebagai saksi pertama pendakwaan bagi kes itu, mengakui pertuduhan itu tidak betul kerana Norman tidak ditemui pada 3 pagi dalam premis yang sama seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan.
Sebaliknya, menurut Abdul Rahman, pelakon itu ditemui dan ditahan ketika berada dalam premis di tingkat atas dari tempat Memey ditemui, yang merupakan sebuah premis berlainan dan mempunyai alamat yang berlainanan.
“Saya tidak nampak mana-mana lelaki semasa (saya) masuk ke dalam rumah (premis dalam kertas pertuduhan) dan saya juga tidak nampak mana-mana lelaki semasa memeriksa tingkat bawah dan ruang udara di tingkat atas rumah,” kata Abdul Rahman ketika disoal balas oleh peguambela Fakhrul Azman Abu Hassan. - Bernama