Jul 26, 2009

al fatihah

Hari ini gua sedih. Sangat sedih. Seorang pengarah filem yang gua tabik hasil kerjatangan beliau telah meninggalkan kita. Yasmin Ahmad telah meninggal dunia semalam. 25hb Julai 2009. Gua tak sampai hati nak padam link blog storyteller yang gua suka baca kat sebelah ni. Biarlah dulu. Walaupun gua tau blog storyteller itu tak akan di update sampai bila bila.

Kebetulan. Pada tarikh yang sama. Pada tahun 1998. Gua juga telah kehilangan seorang adik kandung yang sangat rapat dengan gua. Ketika itu usianya baru 15 tahun. Dan gua hanya tua setahun.

Semalam gua tak boleh tidur. Gua terpaksa bercerita kepada teman serumah yang tak jemu jemu bertanya kenapa gua tak ceria seperti biasa biasa. Semua syak yang gua tengah gaduh dengan tunang gua. Untuk mengelakkan mereka fikir yang bukan bukan. Maka gua ceritakan segalanya.

Kisah kisah suka duka. Pahit manis. Rindu dendam. Tepuk tampar. Senyum tangis. Ketawa ria. Ketika arwah adik gua masih hidup. Sebelum dia. Meninggalkan gua. Dan kami sekeluarga. Buat selama lamanya.

Damailah. . .


Notasemut: Gua anak sulung. Walaupun jiwa berontak gua tinggi, suka lari dari roadblok, dan mampu terajang pintu sampai pecah, kalau gua sedih, mata gua tetap berkaca.

6 comments:

FdausAmad said...

lu jangan buat gua berkaca jugak wehh..

Alfatihah untuk adik lu jugak.
Semoga Rohnya dalam lembayung RahmatNya.

redspider crystal said...

jgnlah sedih2 semut...
Moga adik semut dan Yasmin Ahmad ditempatkan di syurga Allah.

Ahmad Azrin Aziz said...

al-fatihah..

aku said...

mata lu berkaca?
lu ada jiwa lagi bro..

Luca De Ketiak said...

dlm bln ni 2kali gua touching time bc blog.

1. blog vovin :: lepaskanlah belon itu.

2. entry lu yg ini.

TQ!

sEmut said...

henpon wokman soni erikson gua kalau tekan play otomatik gua set surah yasin. lena tido beb.