Jul 16, 2009

Gua di SPRM Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

Setibanya gua di tempat kejadian, Plaza Masalam sesak teruk. Nasib baik gua berjaya dapat parking port cantik tiada gangguan hasil dari pengalaman gua pernah bekerja di kompleks ini selama 2 tahun pada satu masa dahulu.

Gua terus menangkap gambar bukti yang Pejabat SPRM berada di tingkat 14.

Tingkat 14, yang ada lampu menyala kat atas tu. Mayat ditemui di bawah. Gua diberitahu oleh suara suara angin yang mayat masih berada di tempat kejadian. Dan ahli keluarga serta pemimpin pemimpin pakatan masih tidak dibenarkan masuk untuk melihat.

Geng geng forensik yang gua perati tak macam CSI langsung. Sembang sembang, sengih, sembang sembang, sengih, kejap hilang, kejap muncul. Gua syak diorang curi curi hisap rokok.

Drivernya mula mula pandang kerek dekat gua buat gaya macam nak tangkap. Tapi gua selamba 'tangkap' gambar dia dulu. Lepas tu dia blah. Mungkin pergi mengadu pada pihak atasan.

Lilin yang dipasang secara sukarela oleh orang ramai yang hadir.

Gua tak tolong susun lilin. Tapi gua tolong nyalakan balik lilin yang padam ditiup angin.

Ahli keluarga mendiang dikerumuni wartawan bebas dan orang ramai. Tapi gua tak dengar apa sebab suasana bising dengan bunyi ringtone yang bukan bukan dan suara orang bersembang di sekeliling. Gua lepak luar balik tenangkan fikiran.

Gua dapat feel yang raya dah makin dekat masa snap gambar nih. Haih.

Ya, gua datang pun sebab nak tau kenapa.

Ketibaan Menteri Besar Selangor. Gua tak dengar apa dia cakap sebab slow sangat. Sponsor la speaker time macam ni.

Lexus yang pernah dijadikan isu oleh si lanun Khir Toyo satu ketika dahulu.

Polis buat muka anj!&*% macam biasa biasa. Tapi selamba gua pegi depan tangkap gambar.

MACC = SPRM = Umno = Pembunuh

Teoh Beng Hock. Damailah.

Suasana muram ketika balik. Tapi masih ramai yang belum mahu bersurai kerana mereka dahagakan jawapan dari pihak yang bertanggungjawab.

20 comments:

Anonymous said...

komen org bodo..

kesian kat lu..

lu pon jd kapir main2 lilin

sEmut said...

main lilin je kapir. tuan guru alnajibultuya ajar ke?

paiseh said...

ekselen..!!
tapi si exco tu betul ke ada mafia?? ke saja2 dia main mafiawars fesbuk..?

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam semut..ummi mintak izin ambik gambonye ye...

Jeragang said...

TKasih atas gambar2 dan komen2 Semut....

Jgn ambik hati sgt dgn komen puak-puak UMNO.... Tuhan lebih tahu kenapa dia orang tu diciptakan sebagai manusia, bukan sebagai binatang!

Anonymous said...

yang saya nampak yang untungnya kedai mamak Pelita,penuh orang sampai awal pagi.

sEmut said...

paiseh, hahagua syak macam tu jugak.

ummi, amik la belake. mmg tujuan untuk disebarkan.

jeragang, tak amik ati pun. puak puak ni dah lama sangat dibodoh bodohkan. asal masuk gereja haram. main lilin kapir. baca bible murtad. pegang salib tak boleh. wtf!

anon, pelita tu port gua jugak kalau bosan bosan pukul 3-4 pagi. wifi free. tapi starbucks punya. haha.

Anonymous said...

... dengar cerita bpr lagi ganas dari polis masa soal siasat. Geng2 polis pun tak boleh ngam dengan puak2 bpr nih. tunggu lah sebab mati pakar bagi tahu nanti, sebab terjun atau sebab lain...

Luca De Ketiak said...

lu turun tak 1 ogos ni?

Luca De Ketiak said...

utk komen atas sekali,

lor.. main lilin pun jd kapir? kalo main pompuan jadi ape plak? lagi2 main bunuh2 plak pastu? ape cer?

sEmut said...

luca, confirm turun punya. lu ada lobang google murah? itu jam baru selamba redah gas pedih mata

FdausAmad said...

Luca lu kecoh kecoh esok malam tak datang Prince Court memang lahanat gua bagi lu..

Pyanhabib said...

muka depan surat khabar: `jatuh atau lompat?' sepatutnya `jatuh atau ditolak?'

Luca De Ketiak said...

semut: lu try usha kat downtown. tpun lu pakai google renang sudah. jgn lupe berbikini sekali. pasti tak kena sembur

fdaus:
mcm lu slalu ckp kat gua. insyaallah!

bro pyan:
dia dok main lompat tali tepi tingkat dgn pegawai2 pstu terjatuh.
msti la dia buat sesuatu yg fun. itu psl lepas kena siasat, dia lepak chill kejap kat situ, xterus balik umah.

Luca De Ketiak said...

wah! gua baca komen dan jawap. sori semut. gua igt blog gua td! serius gua xde niat nak jd yahudi nak rembat lu punye tanah jajahan.

sEmut said...

haha. lantakla korang. gua tetap syak ada orang bunuh teoh. yang si lanun bermuka penyapu, khir toyo beriya bela sprm ada apa apa ke?

Luca De Ketiak said...

bodek beb. boleh dpt byk pengundi antu election dpn!

redspider crystal said...

semut, nak copy jab komen si hantu ni:-

"Anonymous said...
komen org bodo..

kesian kat lu..

lu pon jd kapir main2 lilin"

SEMUT, NI SIAPALAH HANTU YANG TAK PUAS HATI DENGAN SEMUT NI KAN?
SUKATI MAKBAPAK DIA JE CAKAP SEMUT KAFIR...
WAH...ISLAMNYA SI HANTU YANG BAGI KOMEN NI YE...SAMPAI LAYAK MENGKAFIRKAN ORANG YANG TOLONG HIDUPKAN JE LILIN YANG PADAM.
KALAU MACAM TU RAMAINYA YANG KAFIR TIME BLACK OUT KAT RUMAH WAKTU MALAM..OO, SI HANTU NI TERKECUALI OK, SEBAB HANTU MEMANG TAK HERAN NAK GUNA LILIN TIME BLACK OUT...
WAAKAKAKAAA!

sEmut said...

biasa la spider. dah la pakai anonymous. baka pondan la tu.

Anonymous said...

your websites are truly great!!!