Aug 14, 2009

umno johor bawah tempurung


Cerita petang tadi...


Ahli Umno khianati Umno Johor

Ahli Umno, termasuk pemimpin kanan parti bertindak "mengkhianati" Umno Johor dengan memulau perhimpunan di Batu Pahat petang tadi untuk mengutuk Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim yang dituduh sebagai pengkhianat Melayu.

Program anjuran UMNO itu diwar-warkan akan menghimpun 10,000 orang tetapi hanya dihadiri oleh kira-kira 400 orang, antaranya pelajar dan warga tua.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melontarkan tuduhan pengkhianat terhadap Anwar dijadualkan hadir pada perhimpunan itu di Dataran Penggaaram.

Namun pemimpin Umno Johor itu sendiri dikatakan menarik diri apabila diberitahu mengenai sambutan dingin terhadap perhimpunan itu.

Ramai daripada mereka yang hadir bertindak menyisihkan diri daripada perhimpunan berkenaan apabila beberapa pemimpin UMNO memberi ucapan berbau perkauman dalam keghairahan menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Antara yang berucap ialah Ketua Umno Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid; Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi dan Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz.

Hadirin juga kelihatan terkilan dengan ungkapan-ungkapan kesat dan biadap terhadap Anwar pada pemidang-pemidang Umno yang direntangkan.

Ramai yang meninggalkan perhimpunan itu dan meluangkan masa bersiar-siar dan beriadah di dataran berkenaan tanpa menghiraukan ucapan pemimpin Umno Johor.

Jumaat adalah cuti umum di Johor dan perhimpunan itu diadakan hari ini dengan harapan dapat menarik penyertaan ramai.

Namun sambutan hambar adalah tamparan, bukan sahaja ke atas penganjur tetapi yang lebih besar, terhadap Muhyiddin sendiri.

Ia juga bukti terbaru bahawa politik fitnah dan serangan peribadi yang dibawa oleh Muhyiddin ditolak oleh akar umbi parti.


Sumber kisah benar: TVAntara




* * * * * * * 

Cerita pagi semalam...

ARKIB : 13/08/2009

Perhimpunan laungkan Anwar pengkhianat esok

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan raksasa bagi melaungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa di Padang Merdeka Batu Pahat, dekat sini Jumaat ini.
Perhimpunan anjuran bahagian-bahagian UMNO Johor itu juga bertujuan menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.
Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid berkata, UMNO Bahagian Batu Pahat dan UMNO Bahagian Sri Gading bersetuju menjadi tuan rumah perhimpunan yang bermula pukul 5 petang itu.
"Batu Pahat dipilih kerana di situlah pejuang kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar pertama kali mengumpulkan orang Melayu untuk keluar beramai-ramai membawa sepanduk untuk menentang Malayan Union," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Adam berkata, beberapa pemimpin masyarakat termasuk Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi dan Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz akan menyampaikan ucapan.
"Kita menjemput semua pihak untuk menyertai perhimpunan itu untuk sama-sama melaungkan Anwar pengkhianat bangsa dan kita lihat berapa ramai pula yang Anwar hendak saman," katanya.
Adam menambah, perhimpunan itu juga bertujuan memberi isyarat bahawa UMNO sangat mementingkan kestabilan politik dan keselamatan negara berbanding kepentingan politik individu tertentu.
"Apabila Anwar berada dalam penjara, suasana lebih aman tetapi sejak kebelakangan ini, wujud demonstrasi jalanan dan orang menunjuk kuasa di jalan, keadaan ini mesti kita bendung,'' katanya.

Sumber kisah dongeng: Utusan syaitan

4 comments:

benludin said...

peniaga taknak saman ke?

mungkin peniaga buat stok banyak sbb menjangkakan ramai org sertai demo 'aman'...belakang mereka sudah rugi banyak wooo

FdausAmad said...

malam ni gua kat shah alam..hantar kambing akikah smalam kasi lu rasa sket..hahaha

路見要鳴 said...

brother,
boleh bagi saya, email u?
email saya-
mda7lim@yahoo.com
nak jadi kawan sama u. ok?

sEmut said...

benludin, peniaga rugi sebab depa dah masak untuk 10000 orang. yang datang ciput. habis semua basi.

daus, jumaat gua balik tapah. tadi gua lalu tg malim. tapi ikut hway. gua nak cepat balik s.alam.

路見要鳴, why not. wa kawan semua orang. semutmalaysia@yahoo.com