Aug 3, 2009

jawapan dari tentera selepas zahid yahudi menyalak

Darurat : Menteri Pertahanan Di Ingat Usah Timbulkan Kegelisahan Dikalangan Rakyat
Berikut artikel yang disiarkan...

Darurat - klik

BALING: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kerajaan tidak teragak-agak memohon perkenan pengisytiharan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong jika pihak tertentu bertindak keterlaluan sehingga mencabar pihak polis dan tentera.
"Jangan sampai polis dan tentera terpaksa bertindak. Saya sanggup jumpa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat," kata beliau yang juga Naib Presiden UMNO.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai tindakan penyokong Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengingkari larangan polis apabila meneruskan perhimpunan haram di ibu negara semalam.
Menurut Ahmad Zahid, kerajaan memang berhasrat meminda ISA tetapi tidak akan menghapuskan akta itu sama sekali.
Sebaliknya, kata beliau, kerajaan mahu sesuaikan akta tersebut dengan keadaan zaman untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.
Beliau turut mengibaratkan kumpulan menyertai perhimpunan haram itu 'kuda tunggangan' pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.
Katanya, kumpulan itu mahu mencontohi penunjuk perasaan di negara tertentu yang menggunakan tunjuk perasaan di jalanan sebagai cara bantahan.
Menurutnya, pihak tersebut juga menuntut akta tersebut dihapuskan kerana mereka takut dengan undang-undang itu. / Utusan

*Usah menimbulkan kegelisahan rakyat yang mungkin akan menimbulkan lagi huru hara di kalangan masyarakat Malaysia. Armed Forces FC membantah keras kenyataan ini memandangkan pihak polis masih boleh mengawal perhimpunan rakyat yang di jalankan.

Jika di lihat, rakyat berhimpun dengan tenang dan tidak menimbulkan huru hara. Apa salahnya biarkan mereka berarak dan Polis akan bertindak bila mereka lakukan provokasi. Setelah di amati, tindakan pihak Polis "menyerang" mereka membuatkan keadaan bertambah huru hara.

Tentera adalah di bawah naungan Yang Dipertuan Agong berbanding Polis di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Tentera hanya akan bertindak jika benar-benar keadaan tidak dapat di kawal sepenuhnya dan atas arahan YDP, Harap Maklum*

Sumber: Armed Forces

No comments: