Aug 20, 2009

mana satu berita betul ni wahai akhbar 1malaysia? (gambar bukti)

Link: UTUSAN SYAITAN

Kenderaan SUV milik SPRM Klang dilempar molotov cocktail

KLANG 20 Ogos – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang hampir hangus dipercayai akibat dilempar dengan molotov cocktail, awal pagi ini.

Kejadian disedari pegawai SPRM kira-kira pukul 7.12 pagi di kawasan tempat letak kereta pejabat suruhanjaya itu yang sebelum ini merupakan Pejabat Tanah dan Daerah Klang di Jalan Kota, di sini.

* * * * * *

Link: BERITA HAIRAN

Pejabat SPRM Klang dibaling bom molotov

KLANG: Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PRM) di sini dibaling dengan bom molotov yang dipercayai dilakukan awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kerosakan teruk berikutan bom itu hanya meletup berhampiran sebuah kenderaan milik SPRM yang diletakkan di situ.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata polis masih menyiasat bila kejadian itu.

Katanya, kenderaan berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil.? u
tusan kata hampir hangus!

* * * * * * *


Link: mSTAR

Kenderaan SPRM musnah akibat Molotovt cocktail ??? dah musnah pulak

KLANG: Sebuah kenderaan pacuan empat roda kepunyaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) musnah dipercayai selepas dibaling dengan Molotovt cocktail awal pagi tadi.

Pegawai SPRM yang datang ke pejabat mereka di sini pada pagi ini mendapati bahagian hadapan kenderaan Nissan X-Trail yang sering digunakan oleh oleh pegawai penyiasatan mereka telah musnah.

Pegawai SPRM menyifatkan ia sebagai "tindakan pengecut" dan percubaan untuk menakut-nakutkan Suruhanjaya itu daripada menjalankan siasatan terhadap ahli-ahli politik dan orang-orang perseorangan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad berkata, pegawainya akan membuat laporan kepada pihak polis Klang berhubung insiden itu.

"Kita tidak akan berundur daripada penyiasatan kita hanya kerana insiden ini.

"Ini hanya menunjukkan mereka yang terlibat dengan rasuah berasa bimbang dan cuba untuk menakut-nakutkan kita dengan melakukan tindakan jenayah.

"Biar polis menyiasat jenayah ini sementara kita di SPRM akan meneruskan siasatan kita untuk memerangi rasuah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat secara terperinci insiden itu.

"Ada banyak perkara yang berlaku di negeri itu pada masa ini dan kita akan bekerjasama rapat dengan SPRM dan pihak-pihak yang berkaitan.

"Kita berharap orang ramai akan tampil membantu siasatan," katanya.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, insiden itu dipercayai berlaku antara pukul 2 dan 3 pagi.

Katanya, enam Molotov Cocktail telah dicampak ke arah kenderaan itu.

* * * * * * *

Link: SINAR HARIAN

Kenderaan SPRM dirosakkan

KLANG - Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Malaysia,Selangor rosak setelah terbakar di bahagian sisi kenderaan itu.

Ia yang terbakar setelah dibaling sebiji botol menyerupai bom 'molotov' ketika diletakkan di Pejabat Daerah Klang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad mat Yusop berkata, kereta jenis Nissan xtrail itu dibaling dengan botol yang berisi petrol awal pagi tadi.

"Kejadian yagn berlaku di Pejabat Daerah Klang itu hanya disedari petugas SPRM sekitar jam 7.45pagi sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Klang.

"Siasatan awal mendapati ia dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan pihak polis akan mengesan individu yang bertanggungjawab melakukannya," kata beliau tadi.

* * * * * * *

korang teka berita dari mana yang hampir tepat?
dan berita mana paling jilat?


KAH KAH KAH!!!


gambar hiasan pada yang tak tau apa itu molotov koktel
jangan jadi bengap macam rais yatim nak sekat internet



No comments: