May 6, 2011

perpaduan umno + pas = sudah kencing jilat balik [gambar kencing]

sumber : bernama hari ini


Mahfuz: Usah samakan isu Umno-PAS bersatu dengan Fatah-Hamas
May 06, 2011 - MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata usaha mahu menyatukan parti mereka dengan Umno, komponen teras BN, tidak boleh disamakan dengan kesediaan Fatah dan Hamas untuk bersatu demi rakyat Palestin.

Kata beliau, kedua-dua Fatah dan Hamas bersatu untuk menghadapi keganasan Israel yang menjajah bumi Palestin.

“Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?

“Pertamanya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.

“ Penjajahan yang zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Mahfuz (gambar) memberikan pendirian PAS ini ketika timbul semula isu syor penyatuan Umno-PAS, yang sebenarnya berlarutan sejak pasca-pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Dalam komen balasnya semalam, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertahankan kenyataannya sambil berkata, mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.

“Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Malah kata beliau, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai di Mesir pertengahan minggu ini, “kenapa tidak (PAS-Umno) di Malaysia?”

“Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk,” katanya lagi.

Selain itu, Juanda menyifatkan Islam di Malaysia memerlukan banyak pembangunan dan PAS boleh menyumbang ke arah pembangunan tersebut.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyoal bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan “Umnolah yang menjajah” bumi dan rakyat Malaysia, bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia, mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

Kata beliau, bagaimana boleh “kami PAS bersatu dengan golongan, yakni Umno yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan mempersendakan hukum Allah s.w.t.”

Kata Mahfuz, PAS akan terus memperjuangkan usaha untuk meminda perlembagaan dan undang-undang agar badan keadilan dan perundangan benar-benar bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen.

Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

“Kesimpulannya 'kembalikan 'supremacy' Parliamen yang telah dinodai oleh kerajaan Umno dan BN semenjak merdeka lagi.

“Jika Umno jujur, dia bentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang. Kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Kata Mahfuz, PAS menentang Umno bukan kerana ia Umno tetapi kerana mereka “merompak negara dan mereka (parti Umno, bukannya ahli-ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara.”


 * * * * * * *

notasemut : ok, dah jelas kenapa idea perpaduan ni idea bangang? kalau tak jelas lagi sila lihat gambar dibawah. lu nak berpadu padu, terpulang, itu hak masing masing. tapi ingatlah, umno adalah sebuah parti melayu kaki kencing dan gua taknak kena kencing. kah kah kah!


Klik gambar dan perhatikan betul betul apa yang setan umno 3 ekor ini lakukan.

10 comments:

Luca De Ketiak said...

beb! teruk puak2 ni main isu perkauman skang!

FizA aLwi said...

perangai macam cilakak! nasib xkenal...

FdausAmad said...

Moga tuhan bakar kote mereka dengan api neraka sakhor!.

Lagi satu,
melayu seksyen 23 tak bising pulak kahar anjing main blog??,

ohh yaa..kahar anjing tak bina kuil..dia tak kacau melayu islam seksyen 23..

sEmut said...

gua punya komen maki kahar sebelum sebelum ni semua kena delete. siapa jumpa blog ayah pin roger gua cepat cepat. tak payah bgtau polis. diorang memang sama sesat

TBO said...

ha ha teman doakan kote deme benkak dan bernanah

Anonymous said...

lu tgk dia py bj. Wa npk dacing. Klu dh ank buah kencing lbh hina dari hanjing, bos2 depa xth la cmne dia py kencing.

aidilruslan said...

sedare semut, ni ade lagi gambar bangsat... copy link bwh ni...

http://i456.photobucket.com/albums/qq288/aidilruslan/l_75ac9913a76147b4a2aae1d9bf29b0e8.jpg

http://i456.photobucket.com/albums/qq288/aidilruslan/l_580cffaee9ab4670bc5fc688eeec62bd.jpg

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sEmut said...

terima kasih aidil.

anon said...

saya tak menyokong mana2 pihak...tp pd saya perbuatan mereka ber3 ni mmg tersangat kurang ajar. tak terpikir ke yang orang dlm banner tu semuanya lebih kurang sebaya dgn bapa dorang? dunia2..walaupun tak hormat sbg ahli politik pun, hormatlah krn mrk org tua..