Jan 16, 2009

polis dan vvip punca kemalangan

VVIP Menyebabkan Kemalangan 13 Kereta di Kuantan ! (berita semalam)

Akibat kerakusan seorang polis escort menteri yang menahan kenderaan membabi-buta, bagi memberi laluan kepada VVIP menyebabkan sebuah kemalangan besar berlaku. Kemalangan ngeri tersebut melibatkan 13 kenderaan dan 2 daripadanya terbakar.

Kemalangan ini menyebabkan kerugian yang amat tinggi dan tidak sepatutnya berlaku sekiranya polis escort terbabit mengutamakan keselamatan orang ramai. Tindakkan polis itu juga mencerminkan nyawa VVIP jauh lebih bernilai dari nyawa orang kebanyakkan.

Menurut Sumber, VVIP tersebut berkemungkinan adalah Najib.

Gambar akan disiarkan kemudian oleh sumber yang merupakan salah seorang mangsa yang terselamat. Polis itu juga dimaki oleh mangsa tanpa balas.