Feb 6, 2009

mengenal zambry kadeeeer




Mengenali Calon MB Perak Barisan Nasional yang Baru: Dr Zambery Kadeer

Dengan kata lain, amat kurang kualiti positif yang boleh dikaitkan dengan Dr Zambri berbanding Datuk Seri Ir Haji Muhammad Nizar? Dengan kata lain, susah saya hendak fikirkan satu alasan yang baik untuk menukar Menteri Besar sekarang dengan Dr. Zambery Kadir.

Telah diperkhabarkan kepada saya, bahawa sekiranya perancangan jahat Barisan Nasional berjaya, maka calon Menteri Besar Perak dari Barisan Nasional yang baru adalah Dr. Zambery Kadeer, Wakil Pos (bukan wakil rakyat) dari DUN Pangkor. Malahan, perkhabaran ini wujud sebelum PRU 2008 lalu seperti yang dilaporkan di sini.

Ini adalah dengan persetujuan Pak Lah sendiri yang menyatakan bahawa Tajol Rosli harus diganti natijah dari kekalahan Barisan NAsional tempohari. Lebih lebih lagi, Dr Zambri Abdul Kadir orang pertama mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO beberapa tahun yang lepas. Sekiranya, ditakdirkan BN menang dalam PRU lepas, nescaya, Dr Zambri telah menjadi Menteri Besar Perak Barisan Nasional. Khairy Jamaluddin amat terhutang budi kepada Wakil Pos Pangkor ini.

Perkara ini telahpun dimaklumkan kepada pembesar-pembesar UMNO Perak tetapi masih dirahsiakan bagi mengelakkan krisis dalaman UMNO Perak. Yang penting sekarang ini adalah menumpu segenap usaha untuk menawan kembali Perak dari Pakatan Rakyat dengan membeli ADUN2 Melayu PKR melalui barua mereka Ezam Mat Nor.

Beliau sekarang ini kehulu kehilir menjaja kononnya beliau adalah wakil rakyat BN yang mempunyai majoriti yang paling besar (5k+) berbanding ADUN2 BN yang lain. Kononnya ingin memberitahu secara tidak langsung atas sebab itu beliau layak menjadi Menteri Besar Perak.

Tapi, apa yang beliau tidak beritahu ialah undi pos dalam DUN beliau adalah lebih kurang 10k. Ertinya, ada kemungkinan orang biasa yang mengundi beliau tidak lebih 2k. Kalau ditolak undi Pos, sepatutnya Dr Zambery telah tewas di DUN Pangkor. Tapi dasar manusia lidah bercabang seperti Dr Zambery Kadeer tak tau malu.

Ini juga bermakna, Perak akan mempunyai Menteri Besar pertama yang bukan berketurunan Melayu. Ini kerana Dr Zambery Kadeer adalah seorang yang mempunyai silsilah bukan dari Tanah Melayu. Saya tidak tahu adakah ini diizinkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Harus ada seseorang yang memeriksa fakta ini.

Dr. Zambery juga satu masa dahulu adalah seorang penyokong Anwar yang setia. Malangnya, beliau telah ditangkap ISA dan sewaktu dalam ISA beliau telah berjaya di brain washed oleh Special Branch menjadikan beliau seperti orang mereng sekarang ini. Beliau juga telah menjual maruah serta prinsip perjuangan beliau apabila selepas dibebaskan dari ISA, beliau telah menyertai UMNO dan menentang Anwar Ibrahim.

Sebelum ISA beliau nafi Anwar meliwat, selepas ISA beliau sokong pula tuduhan Anwar meliwat. Memang la Dr Zambery ni lidah bercabang.

Juga sewaktu menjadi exco dalam kerajaan Negeri Perak dahulu, tiada apa kejayaan yang beliau bawa melalui portfolio beliau. Dengan kata lain, Dr Zambery tidak lebih dari seorang exco “mengabih boreh” seperti exco2 UMNO yang lain. Kerja dia ambik gaji dan datang mesyuarat sahaja. Kerja lain semua terbengkalai.

Mengikut Ketua Pemuda PKR Lumut, saudara Yusry Yaakub di dalam kenyataannya baru-baru ini, bahawa terdapat 18 kes rasuah yang melibatkan Dr Zambery yang bakal didedahkan sedikit masa lagi.

Soalnya sekarang mahukah rakyat negeri Perak Dr Zambery Kadeer sebagai Menteri Besar mereka yang baru?

Sumber: Kedahlanie