Feb 11, 2009

gua ramai kawan orang asli

Gua tak tau apa. Gua hanya tau BN celaka. Mana mana port rumah bujang gua lepak. Mana mana kedai mamak gua mengeteh. Mana mana gelanggang futsal gua beraksi. Surau masjid tak payah cakap la. Memang spesis gerombolan tak nampak bayang punya. Semua tempat tempat tersebut hampir majoriti umatnya akan kata kerajaan BN macam babi. Ya. BN babi.
Walaupun begitu bukan maksudnya nak hina babi. Babi pun makhluk ciptaan Allah. Tapi gua paham standard rakyat Malaysia kalau dah bengang maksima mesti perkataan babi keluar secara automatik. Sejak pra-sekolah lagi. Member cina gua masa sekolah rendah pun penah maki gua babi sebab gua kutuk dia pakai seluar pendek tak pakai seluar dalam nampak 'burung'. Selamba dia babi kan gua. Tapi gua sengih je balik. Balik rumah baru gua terfikir rupanya semua orang kalau marah sebut babi tak kira bangsa. Nampak ada kesepakatan di kalangan masyarakat.
Ah babi. Ape gua melalut ni. Tujuan asal gua hanya nak copy paste jasa jasa MB Nizar yg gua petik dati malaysiakini tadi. Kesian orang asli Perak dianiaya BN selama celaka tu memerintah dulu. Gua nampak orang asli cool je. Rupanya diorang pun teruk ditindas. Ye la. Mana gua tau. Orang asli takde medium untuk luahkan masalah dan perasaan. Mungkin ada. Tapi tak sampai ke telinga gua. Balik balik cerita orang asli tokey petai kat kampung gua beli Evo 7 je yang budak budak rempit ni hebohkan. Jeles la tu. Hahah gua pun panas jugak. Kaler hitam evonya. Gua syak dia orang asli paling berjaya di Tapah ni.
Nah fakta di bawah ni saja gua paste sebab gua rasa berita ini cool. Kawan kawan orang asli masa sekolah rendah dulu gua rasa paling cool sebab diorang tak pernah mengeluh. Tak pernah mengumpat. Tak pernah busuk hati walaupun komuniti melayu biasanya memandang rendah pada mereka. Sekali lagi, Terima kasih PR Perak...
Kerajaan Pakatan Perak berjaya selesai isu-isu tertunggak...

Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak. Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:

- Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.

- YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.

- Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.

- Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.

- Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.

- Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.

- Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.

Ambiga berkata, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.

"Kita berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini..

"Malah, kita menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik," katanya.
Ini Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga kata. Bukan gua reka. Gua tak tau apa. Gua hanya tau BN celaka...