Feb 13, 2009

bakal jadi datuk paling muda

Alfie Patten, 13 tahun (baju hitam) bersama anaknya

Keluarga 'mini'

Cepat sikit susu anak tu. Kerja sekolah tak siap lagi!


Gila. Gua masa umur 13 tahun dulu pun tengah kuat main jugak. Tapi takde pulak sampai main buat anak nih. Ish. Paling jahat pun gua main bola atau main basikal 'cross country' sampai terlajak waktu maghrib. Balik rumah kena sebat. Tu pun gua dah dicop menjadi paksi kejahatan dan secara automatik perbandingan antara sepupu, saudara mara, anak anak jiran, dan budak budak baik seluruh tanah air akan berlaku. Nikmat makan malam juga hilang sekelip mata.

Gua tak dapat bayangkan kalau masa umur 13 tahun gua balik rumah cakap "awek along dah pregnant, pregnant tu mengandung, cikgu BI ajar..". Gua yakin mungkin gua tak dihukum mati. Tapi peluang untuk pekak sebelah telinga seumur hidup atau benjol 3-4 tingkat macam shin chan adalah cerah. TV pecah, tali pinggang putus, rotan patah, meja terbelah dua, almari hancur juga pasti berlaku pada hari hari berikutnya. Mujur awek gua masa tu hanya pandai flying kiss sahaja. Tak ghairah langsung!

Budak Alfie Patten ni memang hati kering. Lu orang boleh baca sendiri kisahnya di sini. Oh. Rekod bapa termuda di Britain masih lagi dipegang Sean Stewart, masa tu umurnya 12 tahun. Bininya Emma Webster, 15, anak jiran sebelah. Tapi dah berpisah 6 bulan kemudian.