Feb 19, 2009

kancil ae86

Sumpah. Satu dunia dah tahu betapa 'legend'nya kereta ini. Dari komik, anime, movie sampai ke kehidupan sebenar, kemunculan kereta Toyota AE86 ini di mana mana tetap berjaya menarik perhatian semua orang. Tak kira la kaki drift ke, kaki kereta standard modified tahap gaban ke, kaki sembang kencang kereta pun tak ada ke, malah budak budak yang kaki shuffle pun mengakui kehebatan kereta ini. Menurut pendapat pakar ketika berbual di kedai kopi, AE86 ni perfect untuk drift kerana weight distributionnya: 53:47 (%) front:rear. Tak paham sudah. Gua pun buat buat paham.

Sebelum ini banyak cerita tahyul yang gua dengar mengatakan bahawa Toyota akan keluarkan 'adik' AE86 tapi gua buat dengar tak dengar. Tapi selepas terbaca mengenai cerita yang sama di autoblog. Gua jadi teruja. Teruja baca je. Bukan nak beli pun. Beli sticker pun taknak. Baik gua beli Romlah The Untold Stories.

Selepas Toyota beli Subaru, diorang pakat pakat nak keluarkan 'adik' AE86. Kali ini mungkin lebih hebat. Takkan dah gabung dua nama besar, kereta jadi macam savvy pulak. Hish. Dipendekkan cerita, AE86 generasi baru ni diberi kod nama 086A dan dijangka akan dijual pada 2012. Ah. Baik gua layan bola Euro 2012 nanti. Silap silap anak dah tiga masa tu. Haha. Apapun, gua harap kereta tersebut berjaya. Berjaya seperti 'abang'nya juga. Jangan jadi macam bawah ni sudah. Sardin je gua potong sambil sms pakai tangan kanan, tukar cd pakai tangan kiri.