Apr 16, 2009

teksi malaysia, sampai bila?


Dah la teksi hodoh, pemandu macam taik (majoriti di Lembah Klang). Ada meter tak pakai (Mentari Court pergi Sunway Pyramid cas sampai RM10 walhal jalan kaki 10 minit boleh sampai). Ada signal tak pakai. Lepas tu suka hati bapak dia jalan sehala yang sempit pun nak berhenti mengejut nak ambil atau turunkan penumpang. Bila kena hon bertalu-talu sekuat hati buat muka bengis. Koya gangster. Tak tau bawah seat kereta gua ada cota, dalam toolbox ada pisau Rambo cap ayam, dalam boot ada tukul, celah celah bawah carpet ada sekampung semut dan sepasukan lipas. Ingat gua takut? Lu amik lu punya enjivi kejar gua tengok...

Sebenarnya gua nak bagitau yang US baru-baru ni luluskan tuk tuk berada di jalanraya je. Sambil-sambil lepas geram pada teksi-iswara-merah-putih-umno-bodoh yang hari-hari mencacatkan pemandangan, menyakitkan hati, menyesakkan lalulintas dengan parking asal boleh secara berjemaah, menaikkan temperature enjin pengguna pengguna jalanraya (nasib baik kereta gua kipas direct hasil kerja tangan Anep Scoin palsu). Bila jalan dah jem, orang pasang penghawa dingin, kuatkan volume radio. Bahang enjin membahang, asap ekzos mengasap, pejalan kaki makin sakit dan makin tak larat jalan kaki, penumpang sakit kepala bila pemandu dah berangan jadi Faizal Tahir, gerai-gerai restoran-restoran tepi jalan tercemar. Tapi bila dah lapar, roti canai rasa habuk jalan campur molekul asap lori pun sedap.

Ah. Panas hati cerita pasal teksi 'Satu Malaysia' ni. Naik malas gua nak cerita pasal tuk tuk dekat US. Baca la sendiri dekat sini, sini dan sini. Gua nak turun minum barli. Kasi sejuk sikit. Harap-harap tak ada perisa habuk.