May 11, 2009

nizar sah mb. syukur alhamdulillah


TERKINI : Pesan Musyidul Am PAS




KOTA BHARU : YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.

Kata Tok Guru :

" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.

Sumber: Idham Lim

hadiah teristimewa

1. Hari ni hari jadi gua, dan gua dapat hadiah istimewa dari Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim. Terima kasih!

2. Hari ni ulangtahun 'persatuan melayu rasuah', dan mereka telah dapat hadiah berupa Zambry dan Ganesan dalam bentuk asal yang lemah, lembab, lembik dan tidak berkuasa. KAH KAH KAH!


p/s: Awan mendung berarak lalu.

zambry sah menteri haram



Nizar menteri besar sah Perak - (malaysiakini)
Hafiz Yatim | May 11, 09 3:45pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

hari jadi yang macam hari isnin biasa biasa

Sempena hari lahir gua yang ke 27, gua ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada bonda tercinta yang berada di kampung (mungkin juga tengah baca tukartiub), dan juga semua ibu ibu di seluruh dunia kecuali geng geng bik mama. Amacam?

Oh. Agak mengecewakan kerana ada satu 'persatuan melayu bodoh kuat rasuah' juga berkongsi tarikh ulangtahun yang sama. Meh gua ludah dekat kek lu. Ptuih!

gua akan bertindak mengikut arahan