Jun 11, 2009

jalan jalan ke maran

Sori lama tak update. Gua pergi bertapa di kawasan yang bebas internet, bebas wireless dan kadang kadang line talipon pun malu malu nak masuk. Atas permintaan kawan kawan, gua post la jugak aktiviti makan free di Chenor itu hari walaupun asalnya gua ingat nak simpan je koleksi gambar gambar ni sampai berkarat dalam cakera keras gua. Budak yang kawin ni namanya Pudin. Member paling riuh dalam kelas tapi bijak. Beliau juga merangkap cikgu tuisyen gua tatkala last last minit sebelum peperiksaan. Fizik kimia biologi metematik tambahan semua dia expert. Gua expert bab fly atau lepak asrama puteri je.


Selepas sarapan pagi di Gombak, gua bergegas mencari pam angin berhampiran dan mengepam keempat empat tayar mengikut standard yang telah ditetapkan supaya perjalanan jauh lebih selamat dan menjimatkan minyak.


Jauh perjalanan luas pemandangan.



Ya. Orang sebelah tidur. Maka dia sampai lebih cepat dari gua. Cis.



Gua yakin gua berada di landasan yang benar setelah terjumpa papan tanda ini. Alhamdulillah.



Disebabkan sampai awal, gua lepak lepak sambil menikmati keindahan sungai Pahang. Sempat juga gua balut tembakau sempena memboikot rokok rokok yang berada di pasaran kerana ada gambar yang bukan bukan.



Gua pegi rumah pengantin ngam ngam masa pengantin sampai. Gua terpaksa berlakon jadi ahli keluarga pengantin perempuan. Hanya Pudin yang tau gua sebenarnya ahli keluarga orang lain.



Gua terpaksa juga bergambar dengan pengantin sebab Pudin ugut pakai keris. Takpe hari ni hari dia. Turut serta ialah Liza, Faiz, Chot dan isteri bersama anak mereka.



Rasa macam pegi kenduri zaman P.Ramlee. 



Member member sekolah yang turut hadir. Gua dah nak balik baru diorang sampai.



Geng perempuan kalau tak bergossip tak sah.



Masa nak balik jalan sesak lain macam. Gua seperti biasa biasa mengambil jalan alternatif. Dalam poket dah standby lima enam ratus kalau kalau kena tahan polis. Tapi polis takde. Gua tak tau nak puji polis tak makan rasuah hari tu atau nak kutuk sebab polis goyang kaki tak buat kerja.


* * * * * * *


Gambar anak kucing super nakal takeover meja komputer ni takde kaitan dengan kenapa gua malas nak update blog.


Harap maklum.