Jun 24, 2009

pengumuman babi

Semalam gua terjumpa seorang member lama yang tengah makan sorang sorang. Disebabkan beliau tergolong dalam kategori 'kepala ngam' masa kerja Toyota dulu, gua terus order teh, lepak, borak, gelak, maki, umpat, tepuk, tumbuk, kencing, kutuk kerajaan sampai lebih kurang tiga jam bersama beliau. Bukan apa, seronok kongsi pengalaman sebab dia sekarang sibuk dengan projek TRD. Kejap ke Thailand, kejap ke Indonesia, kejap ke Taiwan, dan kadang kadang ke Jepun. Macam macam info gua dapat. Dan macam macam info jugak gua kasi. Cuma, ada satu masalah. Dia dah 'sound' awal awal lagi sebelum gua tarik kerusi duduk sebelah dia. Member gua ni sebenarnya kena kuarantin H1N1 sejak dia balik dari Taiwan itu hari.

* * * * * * *

Kalau apa apa jadi dekat gua. Tolong cakap dekat mak gua yang gua sayang sangat dekat dia.


Update: Ada seketul jerawat baru timbul. Harap harap bukan tanda kena selsema babi