Jul 22, 2009

esok hari jadi musuh ketat gua, najib

Maka, tepat pukul 12.00am 23 Julai (tengah malam ni), gua akan pakai pakaian hitam selama 24 jam sebagai tanda kebencian yang teramat sangat terhadap beliau.

Hark ptuih!


60 lelaki bengap dihalau

Kira-kira 60 penyokong Umno dan parti komponen BN menyertai demonstrasi di hadapan pusat membeli belah Ampang Point untuk menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock dan tidak mahu ianya dipolitik oleh parti pembangkang.

Perhimpunan selama kira-kira 15 minit diketuai oleh ketua Umno bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Ia disertai ahli Umno dari bahagian Ampang, Gombak dan Pandan. Manakala ahli MCA, MIC, PPP dan Gerakan pula adalah dari bahagian Ampang.

Perhimpunan itu berlangsung selama 15 minit. Mereka membawa kain rentang yang bertulis 'Umno bahagian Ampang yakin kredibiliti SPRM dan polis untuk teruskan siasatan' dan 'Umno bahagian Ampang menyokong tindakan SPRM dan polis".

Mereka juga membawa poster yang antaranya bertulis 'Jangan ganggu tugas SPRM dan polis, teruskan siasatan' dan 'Pembangkang jangan alihkan isu!!!'. Mereka turut melaungkan 'Hidup Umno' dan 'Hidup Melayu'.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ismail menegaskan sokongan kepada SPRM yang menurutnya mempunyai imuniti sewajarnya dalam menjalankan siasatan.

Katanya, mereka juga memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada polis dalam menjalankan siasatan secara adil dan profesional.

Polis arah bersurai. Lembu lembu balik kandang masing masing.



Cerita penuh: Malaysiakini