Aug 1, 2009

dari lensa semut. gerakan mansuhkan ISA!


Gua sampai awal. Senang nak parking. Lepak dalam kereta layan CD Rage Against The Machine kasi spirit naik.



Gua lepak minum di Restoran Jamek. Port cantik. Unit K9 bawak 2 ekor anjing. Tak sampai 15 minit, unit K9 balik. Mungkin khidmat anjing K9 tidak diperlukan sebab dah terlalu ramai anjing bertopi merah standby di situ.



Polis sedang memujuk orang ramai supaya bersurai. Nyaris kena tumbuk dengan brader sebelah dia yang pegang kamera tu.



Belum pukul 12 tengah hari otai otai dah kena tangkap. Cubaan melemahkan semangat para demonstran. Tapi gagal.



Rugi gua tak sempat snap masa FRU belasah sorang pakcik sampai luka luka, koyak rabak pakaian. Bangsat.



Keadaan di Dataran Merdeka. Monyet atas trak merah terpekik pekik minta kami bersurai.


Datang dari jauh untuk melihat Dataran Merdeka yang tak merdeka.

Gua join geng dari Masjid Negara pulak. Geng Masjid Jamek dah ubah haluan terus pegi ke Sogo.


Mula mula steady. Tapi lepas berpuluh das tembakan, gua tewas. Gua muntah. Tapi keluar air je sebab pagi tadi gua tak sarapan. Ramai adik adik kecil meraung, menangis. Lepas keadaan dah tenang gua tengok semua mata dah merah. Termasuk gua.


Sesi berlindung dan menenangkan diri selepas dihujani gas pemedih mata.


Nampak air je dari jauh. Sebenarnya ramai gila geng Masjid Negara teperangkap di sebalik semburan air puaka yang gua bersyukur sangat sangat gua tak kena.



Masa ni gua dah bergerak menuju ke Sogo pulak. Terjumpa geng sindiket. Si naga cakap polis tu tengah bancuh air sabun baru.



Gua perasan FRU buat kerja bodoh. Asap gas pemedih mata tu patah balik ke barisan FRU kat depan tu. Gua sengih tengok FRU balik ke trak masing masing dalam keadaan terbatuk batuk. Muka kelat. Cuci muka pakai air botol. Padan muka.


Gua syak brader ni ada asma. Teruk keadaannya. Ramai yang datang membantu.


Senyum yang tak berapa nak gembira mengenangkan masa depan negara yang kelam dan penuh dengan kezaliman.



Keadaan hampir tenang. Tapi masih kedengaran bunyi tembakan gas pemedih mata di lorong lorong tikus. Dan sesekali ketawa melihat polis beruniform lengkap berkasut kilat terhegeh-hegeh mengejar kumpulan kecil demonstran yang happening. Jerit je lebih. Lari terkepit kepit. Kah kah kah.

Siri demonstrasi ditamatkan dengan sesi mengeteh di port biasa, Pelita KLCC bersama-sama kutu Lipis yang dah siap siap nak pergi tengok konsert Amy Search malam ni. Gua tak pergi. Kepala dah berdengung. Esok pagi pagi kutu Tapah datang Bukit Cherakah ada 'game' paintball pulak. Arghh.


***************************

Hadiah istimewa dari FRU.


***************************

Laporan tergempar: Himpunan ratusan ribu Pro ISA yang menewaskan kumpulan Anti ISA.


Macam taik.