Aug 4, 2009

khairul azam abdul aziz tewas sebelum debat!

Ni apa yang mangkuk ni dok menyalak semalam.



Dan ini jawapan dari bongkersz.com

Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz seorang penipu besar yang bahlol. Meh lah debat dengan aku!


Ini entri mencarut. Saya perlu melepaskan geram yang terbungkam di dada. Sila jangan teruskan membaca sekiranya anda masih suci murni seperti Makcik Madonna.
Hoi Khairul!
Kau memang bodoh sial. Bercakap pun tergagap-gagap entah apa-apa entah. Dah muka sekali tengok macam muka Khir Toyo sebelum botox + tempe treatment, tengok lagi macam bapuk Lorong Haji Taib. Bercakap bergoyang-goyang kepala dan badan macam sotong, geli-geleman aku tengok.
Mari kita tengok betapa bodoh dan dungunya si Khairul, ‘hero’ Pro-ISA ini.
“..iaitu semasa berdemonstrasi, banyak harta benda milik orang awam dan milik peniaga-peniaga sekitar Masjid India, Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman dan sebagainya telah rosak. Harta benda awam telah rosak, aaa termasuk juga harta benda awamlah, tong sampah rosak, telefon awam rosak… “
Amende ko cakap tu hah? Ko Melayu ke aper? Cakap tak betul, beri malu bangsa jer.
“.. Saksi kejadian adalah 27 juta rakyat Malaysia dan 7.3 billion warga dunia
Kepala hotak kau 7.3 billion. Ko pandai pakai internet tak? Hah, pergi baca kat Wikipedia.
As of 4 August 2009, the Earth’s population is estimated by the United States Census Bureau to be 6.775 billion.
Mana ko dapat lagi lebih setengah billion? Bapak ko bagi?
Ko faham ke Keluhuran Perlembagaan itu apa? Kedaulatan Undang-Undang itu apa? Jangan main sebut jer. Artikel 10 Perlembagaan Malaysia ko pernah baca tak?
Artikel 10 bagi Perlembagaan Persekutuan di Malaysia
(1)Tertakluk pada Klausa (2), (3) dan (4) -
(a) setiap warganegara mempunyai hak dalam kebebasan untuk berkata-kata dan ucapan;
(b) semua warganegara mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata;

(c) semua warganegara mempunyai hak untuk menubuhkan persatuan.
*Klausa (2), (3), dan (4) adalah sekatan-sekatan yang boleh dikenakan ke atas hak-hak dalam klausa (1) jika dianggap perlu untuk keselamatan negara.
“Eh, you seorang anak minta RM10 dengan bapak you, wajib ke bapak…”
Woi bodoh, polis bukan bapak rakyat, polis tu kuli rakyat lah! Rakyat yang bagi duit dengan polis suruh jaga keselamatan rakyat. Apa pulak rakyat yang jadi anak? Otak ko letak kat kepala lutut ke, Khairul?
“..Menteri tiada kuasa untuk menangkap orang di bawah ISA”
Seksyen 8 dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 membolehkan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun, tanpa melalui proses perbicaraan, terhadap mana-mana individu bagi tujuan mencegahnya daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam dan memudaratkan keselamatan negara.Nampak sangat kau ni bahlol tahap keldai, Khairul. Keldai pun lagi pandai dari kau.
“Perompak dan penyamun di Malaysia berpesta sebab polis semua sibuk menjaga..”
“Hello polis, tolong ada orang curi rumah saya. Sorry lah polis semua sibuk”
Lawak ke? Apa tugas polis? Pukul orang awam yang berdemonstrasi secara aman? Tangkap penjenayah? Mana yang patut jadi keutamaan? Otak ko lembab macam span cuci pinggan mana lah tau ye? Er, macam mana nak ‘curi rumah’ tadi? Angkut?
“Saya dengan ini mengumumkan saya selaku (semua title haprak entah) saya dengan ini mencabar one by one debate dengan DS Anwar Ibrahim”
Yang ini memang lawak. Kalah lawak Zizan, kalah lawak Nabil Raja Lawak. Ukur kain di baju sendiri lah, Khai. One by one debate? English macam taik ada hati nak ’speaking’ seh! tak payah berdebat dengan DS Anwar Ibrahim, kalau menteri Umno macam Shabery Chik boleh berbuih mulut terkena penangan DSAI, aku rasa ko mesti muntah balik nasi kandar yang ko makan semalam. Tak pun tercirit terberak terkencing dalam seluar.
Tapi kalau hendak sangat berdebat, meh sini, berdebat dengan aku kalau rasa hebat sangat. Aku takder title-title hebat macam ko, tapi setakat berdebat dengan sotong kurap picisan macam ko ni bring it on!
“At the first place, kenapa engkorang ni semua, makcik-makcik tua, yang pakcik-pakcik..”
Kurang ajar betul engko ni Khairul. Ada mak bapak engko ajar macam mana nak bahasakan orang-orang tua macam makcik-makcik, pakcik pakcik? Sukahati ko jer panggil ‘engkorang’. At the first place kepala hotak ko. Sudahlah nak ’speaking’ tu, nampak terencat lah hoi!
“Sebelum tembak polis kena beri amaran..”
Kalau dah dasar penipu tu, memang tak boleh percaya.
Ada ke beri amaran?
“Saya pun perlahan-lahan pergi masuk balik dalam CM beli t-shirt Visit Malaysia RM1o”
Wah wah, nak temberang cakap pakai t-shirt Visit Malaysia lepas sekatan polis serah memorandum di Istana Negara. Penipu besar!
Polis nafi pro ISA berjaya lepas ke Istana Negara
03 Aug 2009 11:20AM
KL: Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) sama sekali tidak menyerahkan memorandum mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Istana Negara sebagaimana didakwa oleh kumpulan pro-ISA kelmarin, kata polis semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menjelaskan penasihat undang-undang Magaran, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz telah ditahan polis kira-kira 7 petang kelmarin ketika mendekati kawasan Istana Negara.
Sehubungan itu tegas beliau, tahap kawalan keselamatan di kawasan Istana Negara juga tidak pernah dicerobohi.
“Memorandum kumpulan pro-ISA tidak pernah diserahkan (kepada Istana Negara), wakil Istana Negara juga tidak hadir untuk menerima memorandum,” katanya.
Jelas Wan Abdul Bari, apabila Khairul cuba untuk melepasi sekatan jalan yang dikenakan, beliau telah dibawa ke pusat subtaktikal berhampiran dan maklumat peribadinya diambil.
Katanya lagi, Khairul telah dilepaskan kemudian kerana beliau tidak memperlihatkan sebarang ciri-ciri mengancam keselamatan.
Kelmarin kumpulan pro-ISA berkata pihaknya bangga kerana berjaya menyerahkan memorandum kepada Istana Negara melalui pintu masuk belakang.
Memang kaki putar belit, siapalah yang bodoh sangat nak percaya kat ko ni Khairul? Sudah merepek tu, bagus balik rumah peluk bini. Sekarang, 1Malaysia dah tahu bahawa Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz ini merupakan seorang pengkhianat parti, penipu, bodoh perasan pandai, bodoh tidak bertempat, bodoh dungu, bodoh keldai, bodoh tolol dan yang sejenis dengan yang bodoh-bodoh.
ps: Pheewwww, I’m feeling better now. Must be the haze.
pss: Yes, I stoop low to hit him below the belt. Er, must fight at same level no?
pss: FAQ on Internal Security Act (ISA) (in Bahasa Melayu)

1malaysia tiru 1israel

One Israel (Hebrew: ישראל אחת‎, Yisrael Ahat) was an alliance of the Israeli Labour Party, Meimad and Gesher created to run for the 1999 Knesset elections.

One Israel was formed by Labour Party leader Ehud Barak in the run up to the 1999 elections with the aim of making the Labour Party appear more centrist and to reduce its secularist and elitist reputation amongst Mizrahi voters (Gesher was led by prominent Mizrahi politician and former Likud MK David Levy whilst Meimad is a religious party) modelled on Tony Blair's transformation of the British Labour Party into New Labour.

Source: One Israel