Aug 6, 2009

jom mengundi di KDN!

Lepas terbaca berita dari malaysiakini, gua terus bergegas untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Dan ini keputusan pada masa itu.

Siapa siapa yang rasa nak mengundi, silalah melawat http://www.ikdn.org/ (tempat mengundi ada kat bawah tu)

rasuah di istana - nazrin

"Rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.

Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram."

-Raja Nazrin Shah, DBP, 6 Ogos 2009.

ni siapa pulak nak ganti?


Gambar dari: KAMI



Gambar dari: AMK Shah Alam


*****************************

Masihkah anda ingat?

MENTERI Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama
Presiden KAFA, Annuar Musa melawat Mohd. Huzaifah
Mohd. Nor yang buta mata kanan akibat terkena
kelongsong gas pemedih mata FRU di Kota Bharu.

***************************

"Sekiranya benar dia terkena kelongsong gas pemedih mata dari jarak dekat, kecederaannya akan lebih besar melibatkan seluruh muka dan jika dari jarak jauh, kelongsong itu tidak akan mencederakan kerana ia lembut," Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi. -10 April 2009
"lembut kepala bapak kau," - semut.

Utusan Syaitan: Nafi buta sebab kelongsong peluru

demokrasi, samseng, perlembagaan dan kehakiman

"Demokrasi tidak bererti apa saja boleh dilakukan. Tentu sekali ia tidak bererti pemerintahan secara samseng," titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda menegaskan dalam mana-mana perjalanan demokrasi, ada peraturan tentang bagaimana masyarakat harus diperintah, dan di Malaysia, peraturan ini termaktub dalam perlembagaan negara.

"Perlembagaan kita menjelaskan tidak saja hak-hak kita tetapi juga had terhadap hak-hak itu. Had ini menentukan bahawa keputusan tidak dibuat oleh mereka yang memiliki kuasa paling kuat, suara paling lantang dan bertindak secara paling kasar," ujar baginda.

Raja Nazrin menyampaikan syarahannya berjudul "Imbued with Integrity, Endowed with Ethics: Foundation for Managing Malaysia through Enlightened Value-Driven Leadership" di Syarahan Tunku Abdul Rahman ke-25 anjuran Institut Pengurusan Malaysia malam tadi.

Baginda menegaskan: "Jika kita berusaha untuk menyelesaikan pertikaian menerusi pemerintah samseng dan tidak mengikuti undang-undang, pertikaian kita tidak sesekali akan dapat diselesaikan".

"Di bawah sistem pemerintahan kita, kehakiman telah diamanahkan dengan tugas penimbangtara terakhir dalam perkara berhubung tafsiran perlembagaan.

"Bila mahkamah telah membuat keputusan, menjadi tanggungjawab semua mematuhinya. Keputusan kehakiman tidak dapat tidak berakhir dengan pihak yang menang dan yang kalah, tetapi kehakiman tidak harus sekali-kali dijadikan korban," ujar baginda.

"Adalah amat penting wujud kebebasan dan keadilan kehakiman. Tanpanya, kedaulatan undang-undang tidak dapat ditegakkan.

"Dan bila kedaulatan undang-undang tempang, ia mesti dipulihkan sepenuhnya," titah Raja Nazrin Shah.

Baginda bertitah sejak pilihanraya umum Mac tahun lepas, cabar-mencabar politik kerap berlaku dan lebih tegang, dan ini berkemungkinan berterusan buat beberapa waktu akan datang.

"Tetapi apa juga perbezaan kita, keprihatinan kita ialah untuk mewujudkan bentuk negara yang boleh kita banggakan.

"Kita mempunyai sistem pemerintah yang baik yang telah memberikan khidmat yang baik. Rakyat Malaysia hendaklah berusaha memperkukuh sistem ini".

Baginda menarik perhatian bila terdapat kelemahan, "kita perlu mengakuinya dan berusaha mengatasinya".


Sumber: Malaysiakini