Aug 12, 2009

FORMULA PEKAN!!! -TOP SECRET-

Dipetik dari msomelayu


Semua tahu, di balik kekalahan teruk BN dan kemerosotan semua undi di wilayah yang BN menang, Najib membuat kejutan yang bukan kepalang iaitu meningkatkan undi. Bukan kawasan parlimennya saja, malah keempat-empat kawasan Dewan Undangan Negeri yang dinaunginya. Ini bukan suatu kebetulan, tetapi sudah lama dirancang sejak hasil PRU10 yang dia hanya menang tipis.

Kalau orang seperti saya dapat menduga BN akan berdepan masalah dalam PRU12, bodohlah kalau percaya Najib hanya bergantung kepada nasib. Beliau menguasai Kementerian Pertahanan, segala kelengkapan risikan dan strategi gerak gempurnya. Dia tahu PM Paklah akan bermasalah besar di Pulau Pinang, dan sekarang terbukti. Dalam diam Najib telah menyusun stategi supaya undi untuknya tidak turun malah meningkat naik.



Menyusun strategi

Semasa PRU10 tahun 1999, saya tinggal di Pekan dan tahu bagaimana orang Pekan menolaknya. Dia hanya menang 241 undi. Dia menyusun strategi majority 10 ribu untuk PRU11 melalui kerjasama SPR. Sdr bayangkan kawasan tentera di Batu 10 Jalan Gambang berada dalam daerah Kuantan dan asalnya dalam Parlimen Paya Besar, tetapi dimasukkan dalam wilayah Parlimen Pekan. Sekarang kalau memandu di Jalan Gambang, sdr akan tiba di Batu 10 yang beralamat Kuantan dalam kendalian Majlis Perbandaran Kuantan tetapi itu wilayah undi Najib dari Pekan. Adakah semasa SPR membuat sempadan baru tidak ada campur tangan Najib? Bodohlah kalau kita percaya SPR benar-benar jujur membina kawasan baru di Pekan itu.

Sejak tahun 2000 lagi, semua sekolah mempunyai perisiknya sendiri. Umno benar-benar mahu pastikan semua guru di Pekan mengundi BN. Misalnya jika ada seorang ustaz sebelumnya memihak kepada Pas, dia akan dipanggil dalam majlis Umno sekurang-kurangnya sebagai pembaca doa selamat. Selepas itu ustaz berkenaan akan terus dipanggil dan diberi tugas keagamaan dalam aktiviti Umno. Ustaz ini seperti sudah terkepung dan akhirnya orang melihat ustaz berkenaan sudah berada dalam pihak Umno. Dan apabila bendera Umno dipacak di hadapan rumahnya, dia tidak mampu lagi menurunkannya.

Asalnya Pekan hanya mempunyai tiga kawasan DUN, tetapi sejak 2004 menjadi empat DUN, satunya untuk memastikan kem tentera Batu 10 Jalan Gambang masuk dalam kawasan Parlimen Pekan. Sebab itu dalam PRU12, dia mendapat majority lebih 26 ribu.

Dahulu sebelum PRU11, akhbar Harakah dan Sidang (keluaran Pas Pahang) ada mendedahkan penempatan orang luar ke daerah Pekan di Jalan Pekan-Nenasi. Harakah telah mendedahkan kira-kira dua ribu penduduk berasal dari Kedah ditempatkan dalam rumah panjang dan khabarnya dijanjikan kawasan tanaman padi. Mana ada kawasan padi baru di Pekan, tiadalah. Sekarang, kalau sdr menyusuri jalan ke Nenasi-Mersing melalui jalan pantai masih dapat melihat rumah berkenaan. Tidak tahulah apa nasib mereka. Kebanyakan orang yakin merekaturut menjadi pengundi di Pekan sejak 2004.

Dengan stategi itu, janganlah kaget dengan kenaikan kepada 26 ribu majoriti di Parlimen Pekan pada PRU12 ini. Akhbar Siasah juga telah mendedahkan kemasukan orang-orang yang dicurigai dan menjadi pengundi di Pekan. Di Pekan juga ada kawasan penempatan orang Kemboja yang diiktiraf oleh PBB sebagai pelarian politik sejak tahun 1975. Apa yang menghalang pihak Najib daripada memberi IC dan hak mengundi kepada mereka? Kawasan Pekan sangat luas dan petugas BA tidak mampu untuk mengawasi segala aktiviti Umno. Tambahan pula sesiapa yang dikenal pasti menjadi aktivis BA, pasti akan sentiasa diawasi oleh perisik Umno. Soal wang untuk membiayai kejayaan Umno menyekat pengaruh BA atau memastikan orang akur kepada Umno bukan masalah kecil pun. Tak mungkin kawasan bakal PM akan bermasalah. Membujur lalu, melintang patah.



* * * * * * *

Dan bawah ni pulak hasil siasatan gua dengan bantuan otai, pak lebai.

Ini tahun 1999 - keputusan parlimen

P80 - PEKAN (35,832- jumlah pengundi)
(M:90.9% C: 1.7% I: 0.9% L:6.5%)
1. Datuk Seri Najib Tun Razak (BN) [13148]
2. Ramli Mohamed (Pas) [12907]
Majoriti: 241 ni masa dia hanya tinggal seluar dalam tu (RUJUK SINI)

P78 - KUANTAN (70,438)
(M:54.5% C:38.7% I:6.6% L: 0.2%)
1. Tan Sri Khalil Yaakob (BN) [28497]
2. Fuziah Salleh (Keadilan) [21136]
Majoriti: 7361

sumber http://ujid.tripod.com/election/pahang99.html#parlimen


Ini pulak tahun 2008

P85 PEKAN
Jumlah Pengundi: 58,217 jumlah naik mendadak
Peratusan Kaum: M: 92.96% C: 2.88% I: 0.91% L: 3.25%
1. Datuk Seri Najib Tun Razak (BN) (36,262)
2. Khairul Anuar Ahmad Zainudin (PKR) (9,798)
Majoriti: 26,464

P83 KUANTAN
Jumlah Pengundi: 47,745 jumlah turun mendadak
Peratusan Kaum: M: 59.97% C:35.93% I: 3.88% L: 0.22%
1. Fuziah Salleh (PKR) (18,398)
2. Datuk Fu Ah Kiow @ Oh (Fu) Soon Guan (BN) (16,572)
Majoriti: 1,826

sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pilihanraya2008&pub=pilihanraya2008&pg=pahang.htm


APA SEBENARNYA YANG BERLAKU? ADA WAKIL SPR NAK JAWAB?



* * * * * * * 

Ini pulak komen forumer TKO pasal formula Pekan yang macam haram nih.
http://www.tranungkite.net/v9/