Aug 26, 2009

salah tetap salah walaupun lu polis

Polis diarahkan Bayar Ganti Rugi Kepada Dr Hatta

KUANTAN, 26 Ogos: Mahkamah Tinggi Kuantan sekali lagi mengesahkan tangkapan kerana mengadakan ceramah di rumah persendirian adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Untuk itu, polis diminta membayar gantirugi kepada Dr Hatta Ramli dan dua lagi yang menyaman polis kerananya.

Kes ini diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini. Dr Hatta, Bendahari PAS Pusat dan dua lagi telah menyaman polis dan kerajaan kerana menangkap beliau serta dua lagi kerana mengadakan ceramah di Rompin, Pahang pada 10 Jun 2005 lalu.
Beliau akan mengadakan sidang akhbar khas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut jam 3 petang ini bagi menjelaskan lagi kes ini.

Sumber: Harakahdaily


sultan kedah power!



Sultan Kedah perkenan Adun Lunas digugurkan daripada jawatan Exco

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lepas, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa semalam.
Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Sumber: mStar