Mar 31, 2011

blogger umno (gambar dulu, kini, selamanya)

gua tengok dah ramai geng blogger taruk gambor ni dekat blog masing masing dua tiga hari lepas. mungkin ramai yang tertanya tanya. siapa dia ni? orang ke big foot? kah kah kah! betul ke blogger umno? 

yang baru start baca blog blog politik, mungkin tak berapa kenal. tapi gua dah ikut secara serius aktiviti geng cybertroopers umno ni sejak 2008 lagi. hari hari berperang di forum tranungkite.net. berhujah, berdebat, mengecam, mengutuk, kena basuh dengan orang agama, kena maki, kena ban dengan admin yang perasan bagus dan banyak lagi kenangan yang tak dapat dilupakan. zaman tu kalau ada prk memang bn takde harapan. dah ujung ujung ni je diorang buat comeback. gua steady, gua ok!

di pendekkan cerita, hari ni gua selongkar balik gambor lama lama yang minaq_jinggo simpan, dan akhirnya terjumpa la koleksi lama gambor geng cybertroopers. lu orang bandingkanla sendiri. keh keh keh



 gambar blogger melayu umno yang tengah 'panas' sekarang

*

*


flashback : gambar masa sesi rais yatim bertemu blogger, april 2009

*

*



flashback : gambar masa pelancaran bloggers patriot, ogos 2009

*

*

tambah lauk : parpukari akan jadi beban kepada zambry dan UMNO
(thanks naim for the link)

tambah lauk lagi : siapa parpukari?

tambah kicap sikit : fesbuk parpukari?

dapatkan CEWAH sekarang!


Andai bila dah habis baru nak terhegeh-hegeh tanya, "ada lagi tak? Ada lagi tak?". Gua tak layan. Gua buat sombong sambil bagi makan burung merpati. - Pipiyapong


Setakat ini CEWAH boleh dibeli di:


1. Stall Burger Rokes, Wangsa Walk (18:00 hingga 02:00)
2. UYA Distro SS15 Subang Jaya
3. Rumah Agam Pipiyapong di Ukay Perdana (02:00 hingga 16:00)
4. Secara Online


* * * * * * * * * * * *

apa yang gua dapat tolong promote CEWAH ni? takde, tak dapat apa. gua ikhlas, seikhlas datuk T buat tayangan porno percuma di carcosa. gua cuma balas balik apa yang dia dah tolong gua. cewah!


tahukah anda kenapa gua selalu membebel pasal nuklear dan radiasi?

nah ini jawapannya. dua keping label ni gua baru terima dari supplier sejam yang lepas. selama ni, memang gua tau ada tempat tempat tertentu di plant ni yang beradiasi, tapi kenapa baru sekarang nak order dan tampal label! waddehe! anyway, terima kasih pada bos bos yang alert pasal benda ni (sebab fukushima?) dan diharapkan pemantauan berterusan secara serius dilakukan supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.


notasemut: tahukah anda gua sebenarnya mutant?

1000 mayat terbiar tanpa disentuh berhampiran loji nuklear fukushima

kebimbangan terhadap radiasi telah menghalang pihak bertanggungjawab dari mengumpulkan sebanyak hampir 1000 mayat korban gempa dan tsunami dari dalam 20 kilometer radius zon evakuasi, menurut jurucakap polis.

sumber mengatakan bahawa mayat telah 'terkena radiasi tahap tinggi selepas kematian'. pandangan ini disokong oleh pengesanan kadar radiasi pada tubuh yang ditemui di okuma, wilayah fukushima, sekitar 5 km dari stesen tenaga nuklear fukushima daiichi.

pihak berkuasa sedang mempertimbangkan cara untuk mengumpulkan mayat tersebut, kerana dibimbangi bahawa polis, doktor dan keluarga mangsa akan terkena radiasi semasa proses menguruskan mayat.

baca selanjutnya >> 

 

makan . tulis . menang !

anda seorang blogger?
anda seorang fotografer?
suka jalan-jalan makan-makan?
suka makan sambil tangkap gambar?
suka kongsi pengalaman makan sedap di blog?

kalau ya, maka anda sekarang berada di landasan yang benar!
tourism selangor akan menganjurkan pertandingan makan.tulis.menang sepanjang bulan april dan menawarkan hadiah yang sangat lumayan! 

dan kepada mereka yang ada masa lapang, boleh la join Selangorlicious! "Foodster Competition" Official Launch di ;

        Fullhouse Lifestyle Store and Cafe (map here)
        C-2 Sunway Giza Mall, Kota Damansara
        7:00pm - 9:00pm (sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut)






link link berkaitan:

https://www.facebook.com/pages/Selangorlicious
http://twitter.com/#!/Selangorlicious
http://www.youtube.com/user/Selangorlicious
http://about.me/selangorlicious

Mar 30, 2011

blog agama agama

tak sangka pulak baru 3 hari gua buat comeback ke arena blogger, blog gua diiktiraf sebagai blog agama agama. gua saja try google 'fatwa perak', tiba tiba blog gua naik top 3. keh keh keh


klik kasi besor

diharap dengan pengiktirafan ini, gua akan terus berkongsi benda benda yang real, dan tidak sekali kali mengeluarkan video lucah seperti rahim tamby chik dan si eskay. amin..

iodin radioaktif 3355 kali ganda dikesan dalam air laut!

radioaktif iodine-131 pada kepekatan 3355 kali ganda paras maksimum yang dibenarkan telah dikesan dalam suatu sampel air laut, diambil pada petang selasa berhampiran fukushima nuclear plant.

hidehiko nishiyama, jurucakap nuclear and industrial safety agency, berkata penyebab konsentrasi iodin tinggi masih belum diketahui tetapi data yang diambil oleh operator TEPCO menunjukkan radiasi tersebut bocor dari loji semasa krisis yang dihadapi sekarang. dikhuatiri fuel rods yang sedang mencair tersebut meleleh dan terus bocor ke lautan pasifik.

beliau menegaskan bahawa air laut tercemar tidak akan menimbulkan risiko kesihatan kerana aktiviti nelayan tidak akan dilakukan di daerah evakuasi pada jarak 20 kilometer.(faking hell ayat cover) katanya lagi, radiation-emitting substances akan 'dicairkan' pada saat ia dimakan oleh spesis laut dan kemudian oleh manusia.

ok senang cerita macam ni la. gua dah malas nak translate. baca seterusnya di kyodo news >>


 notasemut: tahukah anda iodine-131 ni boleh menyebabkan kanser tiroid dan mutasi?

Mar 29, 2011

kabinet syria berundur! kerajaan baru dibentuk!

presiden syria, bashar al-assad menerima pengunduran kerajaan negara itu susulan daripada protes besar besaran yang berlanjutan selama hampir dua minggu.

assad dikatakan akan memansuhkan undang undang darurat, menghapuskan sekatan keras lain dalam kebebasan sivil dan kebebasan berpolitik. lebih daripada 60 demonstran maut sepanjang tunjuk perasaan tersebut, lapor human rights watch.



berita penuh : al jazeera , huffingtonpost dan banyak lagi

armand ketua wira perkasa letak jawatan, ahli pulak meroyan!

confirm, armand dah letak jawatan. sumber malaysiakini, Ketua Wira tinggalkan PERKASA. jenis letak jawatan pun dekat kedai kopi je. keh keh keh. elok la, tak payah membazir macam di carcosa. sebelum ni Ketua Wirawati Raihan Sulaiman letak jawatan, sekarang Ketua Wira pulak. ape ke he? wallahualam. hanya mereka yang tahu. tapi masalahnya sekarang apa masalah ahli perkasa tak habis habis nak meroyan ni? diharap si armand ni dapatla nasihat sikit budak budak perkasa ni. pergi jahanam la dengan perjuangan bangsa. tak ke mana punya. kalau ketua bangsa lu tu tahap agama super power berakhlak tinggi lain la cerita, ini, ibrahim ali. KAH KAH KAH!

update: armand letak jawatan je. bukan keluar perkasa. maknanya dia masih lagi secebis tahi. sekian.

sumber: fesbuk si armand

mana berita perhimpunan semalam? kah kah kah!

semangat gua pagi ni. sampai opis terus pergi bukak utusan, berita harian, the star dan lain lain berita arus perdana secara online, tapi hampa. haram takde sekor pun wartawan cerita hal perhimpunan solat hajat di stadium melawati shah alam, semalam. sebagai contoh berita dari bernama, lu orang tengok la sendiri ntah apa jadah dia merepek.


kenapa berita perhimpunan semalam tak dilaporkan? adakah solat hajat itu salah satu jenis perhimpunan haram bagi penganut agama islam umno-apco? kah kah kah! kenapa pekida, perkasa tak sampai 50 orang terkinja kinja berdemo mintak dna anwar diberi liputan meluas? kah kah kah! tapi mujurla malaysiakini ada cover cerita tu. laporan jimadie shah othman, update pukul 3.31am semalam (time gua tengah sedap tidur tu). nah, baca!


Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Malah, dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan. baca seterusnya>>

Mar 28, 2011

LIVE program solat hajat dan pidato khas dari stadium melawati shah alam!

LIVE DARI STADIUM MELAWATI SHAH ALAM!!!



kredit gambar : mR

untuk yang tak berkesempatan ke sana, macam gua..
jangan risau. gua tolong setakat termampu.
tonton live, sekarang, 

fatwa perak 2011 : poco poco haram





notasemut: first lady dan isteri dah boleh start training pole dance la nampak gayanya. kah kah kah!

Mar 27, 2011

myanmar selepas gempa

selepas gempa bumi dan tsunami melanda jepun, kita dikejutkan lagi dengan gempa di myanmar. jepun sememangnya terletak di dalam lingkaran api pasifik, dan kejadian gempa adalah perkara biasa di kawasan tersebut. cuma bezanya kali ini impaknya sangat teruk. walaupun gempa di jepun jauh lebih kuat dan mengorbankan lebih 10,000 penduduk, gempa di myanmar pula sangat mengejutkan kerana ianya sangat jarang berlaku. dah la rare lepas tu agak hampir pula dengan malaysia. jadi adalah normal bagi kita untuk mempunyai perasaan risau. berikut adalah gambar kesan daripada gempa di myanmar.





kredit gambar : Noppatjak Attanon


Mar 26, 2011

earth hour 1malaysia

malam ni earth hour. dan sebagai tanda sokongan, satu dunia sepakat untuk matikan segala lampu, kipas, air-cond, tv, komputer dan semua jenis peralatan yang menggunakan tenaga elektrik. earth hour ni bermula sejak 2007 di sydney, australia. negara kafir yang kalau ikut fahaman melayu umno, semuanya negatif, semuanya tak elok. dan sekarang, aktiviti padam lampu selama sejam ni dah jadi ikutan satu dunia. tahniah dan terima kasih diucapkan.

tapi, trend earth hour di malaysia ni tak semurni yang disangka. hasil pengalaman gua sendiri tahun lepas, gua rasa malaysia ni tak payah la support earth hour. kenapa?

earth hour start pukul 8.30 malam kalau tak silap. lepas tu kena time malam minggu pulak, kalau kerajaan, mungkin dah gaji rasanya hari ni. macam tahun tahun lepas, ngam 8.30 malam boleh nampak lampu rumah padam satu persatu. kalau apartment, nampak cantik tengok dari jauh sebab lampu padam secara random. lepas tu, nampak ramai keluar rumah dengan bau wangi wangi, rambut tersisir rapi. diorang nak pegi mana ramai ramai? diorang nak keluar pusing town! dan pada gua, earth hour di malaysia fail seawal 8.35 malam. earth lebih suffer selepas 5 minit rakyat malaysia padamkan lampu!

yang berkereta dah start enjin kereta. yang start kereta terus pasang air-cond malam malam pun ramai, itu lagi bangang. yang budak budak bujang pulak dah start motor masing masing, kalau satu rumah duduk 5 orang, confirm semua keluar, asing asing. apa barang malam minggu keluar kongsi motor ye dak? itu baru satu rumah. kalau satu blok apartment tu ada 100 biji rumah? dah jadi berapa? kat sunway tu yang ada beratus ratus blok apartment, dah jadi berapa? itu baru sunway, belum masuk puchong, subang, petaling jaya, bangsar, shah alam, cheras, ampang dan lain lain kawasan berkepadatan tinggi. ini merupakan malapetaka yang maha dahsyat!

kalau baru 5 minit dah fail, yang seterusnya paham paham sendiri la kalau kat lembah klang ni. jalan sesak, kemalangan, tayar pancit, kereta overheat, polis cari makan, kucing kena langgar dan lain lain lagi. kesimpulannya, hasil dari support earth hour, bumi akan lebih menderita dengan peningkatan asap secara mendadak, terutamanya dari malaysia. thanks malaysian. yang untung masa earth hour ni tak lain tak bukan, kedai mamak.

earth hour ni tujuannya baik, tapi takde siapa nak didik masyarakat yang pencemaran karbon dioksida ni sangat tidak baik, especially waktu malam. tak tau? pergi tanya pokok!

notasemut: harap kerajaan guna la media yang ada untuk mendidik, bukan untuk menyebarkan fitnah. dengor dak menteri rogol amah? nak gua cerita pakai siku?

opis gua sendiri pun tak support earth hour! kah kah kah!

*lagi cerita earth hour - Ironi Earth Hour.

hari ini dalam sejarah


          1. sebab hari ni gua buat comeback
          2. sebab hari ni first lady kena maki. kah kah kah!

          nak tengok? nah KLIK SINI!!