Mar 29, 2011

mana berita perhimpunan semalam? kah kah kah!

semangat gua pagi ni. sampai opis terus pergi bukak utusan, berita harian, the star dan lain lain berita arus perdana secara online, tapi hampa. haram takde sekor pun wartawan cerita hal perhimpunan solat hajat di stadium melawati shah alam, semalam. sebagai contoh berita dari bernama, lu orang tengok la sendiri ntah apa jadah dia merepek.


kenapa berita perhimpunan semalam tak dilaporkan? adakah solat hajat itu salah satu jenis perhimpunan haram bagi penganut agama islam umno-apco? kah kah kah! kenapa pekida, perkasa tak sampai 50 orang terkinja kinja berdemo mintak dna anwar diberi liputan meluas? kah kah kah! tapi mujurla malaysiakini ada cover cerita tu. laporan jimadie shah othman, update pukul 3.31am semalam (time gua tengah sedap tidur tu). nah, baca!


Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Malah, dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan. baca seterusnya>>

No comments: