Apr 29, 2011

selain anti umno, gua juga anti budak slow dalam pakatan

kenyataan yang paling gua setuju menjelang PRU13

gua paling menyirap bila orang tanya gua, "apa cerita RPK?" (sambil buat gaya angkat angkat kepala). bertambah bengang bila gua tanya, "lu baca penjelasan dia dalam malaysia-today tak?" dan dia jawab, "hmm..tak" (dengan muka selamba). 

woi melayu, come on la. lu sembang lu pas, lu sembang lu pakatan, orang 'takbir' lu 'takbir', orang 'reformasi' lu 'reformasi', tapi bila sekali tv3 tunjuk clip interview sekerat, lu terus telan bulat bulat. sebenarnya orang macam lu tak jauh beza dengan makcik pakcik felda yang senang kena tipu dengan permainan media. tahniah gua ucapkan.

tahniah sebab apa? tahniah sebab lu lagi slow dari makcik pakcik di ceruk ceruk kampung sana. diorang tu bukan ada internet, jadi gua sengih jela. masalahnya lu ni hari hari mengadap internet, tapi internet lu tak lari daripada fesbuk. semua nak harap orang suap ikut fesbuk. usaha cari sendiri la woi. kata 'reformasi', kata 'lawan tetap lawan'. ptui!

Apr 28, 2011

cuti empat hari

ntah betul ke tidak carta ni

ok gua tengah siap siap. satgi gua nak pi pusing pusing belah utara nun. kalau hangpa masuk blog ni takdak update, jangan panik. hangpa pi la main main iklan yang ada kat tepi tepi tu. sesungguhnya masa depan lauk pauk gua terletak pada iklan iklan tersebut. keh keh keh

VIDEO SEKS PALING HANTU DALAM DUNIA




gambar gambar dari blog milosuam

terima kasih milosuam kerana terer membongkar benda benda macam ni. gua nak download pun tak sempat sebab banyak sangat kerja semalam. patut la datuk T tak berani siarkan video lengkap pada semua orang ye dak? mesti kantoi punya. kah kah kah!

kalau betul niat umno nak jatuhkan anwar, kenapa tak tunjuk full clip terus macam geng MCA buat masa nak jatuhkan chua soi lek dulu. terus letak jawatan mamat tu takde cakap banyak. sebab tu memang dia! kah kah kah!

dah jangan buang masa, pergi tengok sendiri edisi siasat video PART 1 dan PART 2 oleh milosuam di [SINI]


* * * * * * *

ok, tambah lauk. ini dari ek-ele.net pulak. steady, lu orang memang steady. thumbs up! gua pantang jumpa memang terus kongsi punya takde cerita banyak. baca ulasannya di [SINI]


gambar gambar dari blog ek-ele.net

surat beranak obama


source : whitehouse.gov


77 juta info pengguna PlayStation Network bocor


Sony Corp menyatakan bahawa maklumat peribadi 77 juta pengguna yang menggunakan PlayStation Network di seluruh dunia mungkin telah digodam, termasuk nombor kad kredit, dan meminta pengguna untuk memantau bil kad kredit mereka secara teratur.

Kuasa besar elektronik itu turut mengatakan "tidak boleh menafikan kemungkinan" bahawa data kredit kad pengguna adalah dalam bahaya akibat daripada penggodam rangkaian talian pemain game PlayStation dan perkhidmatan musik video Qriocity, dalam apa yang dikatakan kes kebocoran maklumat terburuk yang pernah melibatkan sebuah syarikat Jepun.

Sementara masih tidak ada bukti kukuh maklumat kad kredit pengguna telah bocor, syarikat mendesak pengguna PlayStation Network atau Qriocity supaya menukar nama user atau password akaun digital yang lain.

Sumber : Kyodo News

Apr 27, 2011

GADIS MUSLIM MUKA DEPAN PLAYBOY

sumber : cari sendiri

Seorang pelakon wanita muslim telah menimbulkan kemarahan kumpulan fanatik Islam apabila beraksi bogel untuk majalah Playboy. Wanita tersebut dicap sebagai "pelacur" setelah tampil dengan aksi ghairah di muka depan majalah Playboy edisi Jerman.

Dan kumpulan fanatik Islam telah mengeluarkan mesej ancaman di internet.

Dibesarkan di Jerman oleh orang tua Turki konservatif, mengatakan bahawa dia takut "diaibkan" golongan tertentu pada masa akan datang. Sila, 25 - bintang iklan sabun di Jerman - mendakwa sesi fotografi itu merupakan reaksi terhadap "perhambaan" dari zaman silamnya.

Dia menambah: "Yang ingin saya katakan dengan foto-foto ini adalah, kita tidak harus hidup dengan peraturan yang ditujukan ke atas kami (para gadis)".

Namun laman web Islam sedang dipantau oleh badan perisikan Jerman - selepas mengeluarkan ancaman tentang "memalukan perempuan muslim" dan "melacurkan diri untuk wang".

Salah satu poster di laman Watch Jihad menulis: "Dia harus sangat berhati-hati ..." Lain-lain hanya mengatakan: "Dia perlu membayar."

Sebuah pemilik kedai kebab, ketika ditanya di TV Jerman apa yang akan dia lakukan jika Sila adalah putrinya, menjawab: "Aku akan membunuhnya, itu tidak sesuai dengan budaya kami ..."

Komuniti Islam Jerman telah menyeru untuk memboikot Sila.



SKANDAL SOFA PUTIH


pergi la siapa siapa yang rasa macam nak pergi. konsert justin bieber boleh pergi takkan pesta buku tak boleh pergi. justin bieber tu bukannya membaca pun. sebab tu masa konsert dia selamba jerit "hello manila!" padahal pada masa tu dia berada di malaysia. nampak? nampak tak padahnya bila kurang membaca? 

gua? gua confirm tak boleh pergi. siapa siapa yang pergi, sambil belek belek buku tu ingat ingat la dekat gua yang tengah tunggang terbalik menangkap gambar pengantin bersanding di kedah sana. tahukah anda nama kedah diambil dari kadaram, perkataan Tamil (Hindu) yang merujuk kepada kerajaan Hindu lama yang pernah menakluk kawasan tersebut?

cukup. rasanya tak perlu gua politikkan perkara ni dengan lebih lanjut. kalau jumpa mahathir kutty, kirim salam xoxo. selamat membaca!


TAHUKAH ANDA TRICUBES LAMBAT 3 TAHUN ?

sumber : tricubes (hari ini, tak tau la kalau esok esok dah tukar pulak)


notasemut : dah la lambat 3 tahun, ada hati nak mintak 50 sen pulak! kah kah kah! kompeni lembab macam ni yang diberi kepercayaan untuk manage email 1malaysia? jahanam beb.. jahanam...



Pelopor Harakah, Ustaz Mashhudi Bunyani meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 27 April: Salah seorang pelopor akhbar Harakah, Ustaz Mashhudi Bunyani, 68, meninggal dunia sekitar jam 8.30 pagi ini di rumahnya di Kampung Sungai Penchala, di sini.

Allahyarham yang menghidapi strok sejak beberapa tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anaknya di rumahnya setelah mengadu sesak nafas secara tiba-tiba.

Kematiannya di luar jangkaan isteri dan anak-anaknya kerana sebelum itu Allahyarham kelihatan sihat, malah rancak berbual-bual dengan ahli keluarganya.

Pemergian Allahyarham ke rahmatullah bukan sekadar mengejutkan seluruh ahli keluarga dan seluruh kakitangan Harakah, malah kesemua rakan-rakan yang mengenalinya.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu, Selamah Hussain, 59, dan 9 orang anak merupakan petugas awal akhbar Harakah sejak akhbar itu mula diterbitkan, manakala jawatan terakhirnya di Harakah adalah sebagai Pengarang Rencana.

Beliau berhenti dari berkhidmat sepenuh masa di akhbar Harakah sekitar empat tahun lalu kerana menghidapi strok, tetapi masih terus terlibat sehingga ke akhir hayat bagi pengisian kolum 'Mauidzah' Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semasa hayatnya, Allahyarham turut menyumbangkan masa, tenaga dan kebolehannya bagi kerja-kerja penyusunan buku, terutama buku-buku Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terbitan unit buku Harakah.

Jenazah Allahyarham dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz, Sungai Penchala dan dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Sungai Penchala.

Selain kakitangan Harakah dari kesemua bahagian di ibu pejabatnya di ibu negara, antara pemimpin PAS terawal yang menziarahinya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Subky Latif.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut mengimami solat jenazah.

Anak ketiga Allahyarham, Nasrullah, 35, menjelaskan, kematian Allahyarham diterima dengan reda oleh kesemua ahli keluarganya kerana ia sudah termaktub dalam ketentuan Allah.

"Walaupun pemergiannya merupakan satu kehilangan amat besar kepada kami, tetapi kami bersyukur kepada Allah kerana arwah ayah meninggal dunia dengan senang atau dalam keadaan mudah," jelasnya.

Sumber : Harakahdaily


SUPER STORMS AND TORNADOES HIT CENTRAL U.S [VIDEO]


notasemut : kita doakan yang baik baik sahaja hendaknya untuk rakan rakan yang berada di sana.

Apr 26, 2011

ULANGTAHUN KE 25 MALAPETAKA CHERNOBYL [VIDEO DAN GAMBAR]


25 tahun yang lalu, bandar Pripyat adalah tempat yang diimpikan oleh rakyat Soviet : gaji tinggi, hidup mewah dan infrastruktur moden - sebuah bandar khas buat pekerja loji tenaga nuklear Chernobyl. Segalanya berubah pada tarikh 26 April ketika reaktor Chernobyl meletup.


* * * * * * *


Beds sit in disarray in a kindergarten in the ghost city of Pripyat on April 4. (Sergei Supinsky/AFP/Getty Images)

Seventy-two year old Natalia Makeenko (left) hugs eighty-two year old Galina Shcyuka in the abandoned village of Savichi on April 21, close to the 19-mile exclusion zone around the Chernobyl nuclear reactor. (Viktor Drachev/AFP/Getty Images)

Viktor and Lydia Gaidak in their apartment in the Desnyanskiy district at the outskirts of Kyiv, Ukraine on April 27, 2007. Viktor Gaidak worked for 24 years as an engineer at the Chernobyl plant, including nine years after the 1986 accident. In 2004 he had surgery for colon cancer. (Michael Forster Rothbart)

Olya Podoprigora, 13, and 18-month-old Parvana Sulemanova, recover in the ICU one day after open-heart surgeries in Kharkiv, Ukraine. Both girls had congenital heart defects, and every year, 6,000 children in Ukraine are born with genetic heart disease. Radiation is suspected as the cause, but is not proven. (Michael Forster Rothbart)

Ornithologist Igor Chizhebskiy holds a nestful of newly hatched chicks on a wooded hilltop above the Chernobyl cooling pond. His research compares birth and survival rates of birds born in highly radioactive sites to those in less contaminated areas within the Zone. Surveys of birds, insects, and spiders by Igor and his colleagues indicate that many species are either absent or exist in very low numbers in the Chernobyl region. The diminished bird populations could be caused by radiation directly or may be due to a decrease in food sources such as insects. (Michael Forster Rothbart)

Vehicles contaminated by radioactivity lay dormant on November 10, 2000 near the Chernobyl nuclear power plant. Some 1,350 Soviet military helicopters, buses, bulldozers, tankers, transporters, fire engines and ambulances were used while fighting the nuclear accident. All were irradiated during the clean-up operation. (Efrem Lukatsky/AP)

Schoolchildren wear gas masks during nuclear safety training lessons in Rudo, Ukraine near an isolated zone around the Chernobyl nuclear power plant April 3, 2006. (AP Photo/Sergey Ponomarev) 

ANTI TOL 1MALAYSIA

sumber : harakahdaily

* * * * * * *

REASONS WHY WE OPPOSE TOLLS - NoTolls.Org

Tolls are a regressive tax, i.e. the charge doesn't vary according to income, and thus affects roads users on low incomes more than it does those who are better off.

Tolls are inefficient - a very large proportion of what is paid in tolls goes into the cost of collecting it.

Tolls are wasteful - apart from the cost of a collection and enforcement bureaucracy, authorities that operate tolls tend to be overmanned and looking for ways in which they can use up the money as fast as it comes rolling in.

Tolls are unfair - in most countries, tolls are paid on top of other taxes on roads users - so drivers are paying twice.

Tolls don't encourage fuel economy or distinguish between cars with different fuel consumption or using "greener" fuels. They lead to more wasted fuel as drivers detour and take longer routes to avoid tolls. It is better to charge for roads through taxes on fuel as this helps to conserve fuel supplies and reduce emissions by encouraging drivers to be more careful with their use of fuel and to car share etc.

Tolls cause some drivers to make longer journeys on less suitable roads which increases congestion and the risk of accidents.

Toll collection causes vehicles to slow down or stop. This is annoying for drivers. It also wastes more fuel, and leads to more accidents as the vehicles approach the tolls trying to get into a lane with the smallest queue and fumbling for cash. Fully electronic tolls reduce these harmful effects, but do not remove them; and in many cases there is a mixture of electronic and cash tolls which can cause more delays and accidents as drivers detour to get into the correct toll lane.

Where toll collection is electronic (using or backed up by cameras), then many drivers are treated as criminals with substantial numbers fined when they fail to pay for any reason.

Tolls are often privately run, and even where they are not there is a great temptation to cash in by selling the toll money making machine. Private operators and their bankers usually make large profits. It is cheaper to pay for roads through either taxes or Government borrowings (which are eventually repaid through taxes).

If there are two areas, one with tolls and the other without, then businesses, potential employees and tourists will prefer the area without tolls. Tolls reduce beneficial "agglomeration" effects as they divide people and businesses.

Tolls, particularly on river crossings, divide communities and create a "wrong side of the tracks".

* * * * * * *

Regressive Tax

What Does Regressive Tax Mean?

A tax that takes a larger percentage from low-income people than from high-income people. A regressive tax is generally a tax that is applied uniformly. This means that it hits lower-income individuals harder.

Investopedia explains Regressive Tax

Some examples include gas tax and cigarette tax. For example, if a person has $10 of income and must pay $1 of tax on a package of cigarettes, this represents 10% of the person's income. However, if the person has $20 of income, this $1 tax only represents 5% of that person's income.

Sales taxes that apply to essentials are generally considered to be regressive as well because expenses for food, clothing and shelter tend to make up a higher percentage of a lower income consumer's overall budget. In this case, even though the tax may be uniform (such as 7% sales tax), lower income consumers are more affected by it because they are less able to afford it.


notasemut : baca dan hadamkan. gua sibuk takde masa nak translate. selamat membayar tol!

DUA RAKYAT MALAYSIA DI GUANTANAMO [INTERACTIVE DATABASE]

Dari Fail Guantanamo : kesemua 779 tahanan - database interaktif

Dokumen yang bocor ke Guardian memberikan butiran penangkapan dan pemindahan 779 orang ke Guantanamo, di antaranya dalang 9 / 11, di mana kebanyakan mereka adalah petani Afghanistan. Ketahui siapa, bagaimana mereka ditangkap, dan mengapa. Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.



* * * * * * *
Dua rakyat Malaysia yang ditahan. Diletakkan di bawah kumpulan High Value Detainee. Serius gua tak kenal. 



notasemut : siapa ada database lengkap tahanan ISA kamunting? mintak kongsi.. gua nak study sikit


Apr 25, 2011

UMNO : Dulu, Kini, Selamanya.. sampah!



PERKASA MAHU MELAYU SOKONG UTUSAN SYAITAN

berahim
sumber : utusan hari ini

gua melayu dan gua boikot utusan. amacam? tak puas hati? berita penuh dengan fitnah. berita penuh dengan politik kotor. woi perkasa dan utusan bangang, kalau lu orang nak tau, melayu boikot utusan sebab berita dalam utusan tu sendiri, takde kaitan dengan perbezaan ideologi parti, bangsa ataupun agama.

kes curi pasir, lu orang kecoh burukkan kerajaan selangor. tapi orang selangor sendiri dah tau benda tu berleluasa sejak zaman khir toyo lagi. jadi, secara automatik orang kampung yang duduk berdekatan dengan kawasan lombong pasir akan dapat menilai sejauh mana kebenaran laporan dalam akhbar utusan. bila banyak bohong, jadi mereka boikot la.

kes banjir teruk di kedah, pungpangpungpang kata kerajaan pas kedah tak turun padang tolong mangsa banjir. padahal orang kedah sendiri tau siapa yang tolong siapa. jadi bila orang kedah tengok laporan dalam utusan banyak yang tak betul, depa pun boikot la.

kes rampas merampas tanah melayu, masih tak habis habis jadi isu di pulau pinang. kah kah kah! ini paling lawak. sejak 50 tahun, tanah luas cantik tepi laut tergadai dapat dekat cukong buat hotel resort berderet sepanjang pantai, angkara siapa? pakatan rakyat juga? tapi dalam berita utusan nampak seolah olah pulau pinang tergadai sebab lim guan eng. kah kah kah! selama ni apa paklah buat untuk perjuangkan nasib melayu pulau pinang sepanjang barisan nasional memerintah?

notasemut : sebenarnya masyarakat bukan boikot, tapi malas nak beli. ini kenyataan. buat apa beli kalau dah tau berita dalamnya mengarut. yang percaya dengan utusan pulak kebanyakannya orang kampung belah ceruk ceruk sikit. itu je la harapannya. selamat maju jaya utusan, selamat berjaya perkasa.

gua akhiri entri kali ini dengan laungan penuh semangat,

1 MELAYU, 1 BUMI !!!


gambar hiasan 1 melayu, 1 bumi , 1 malaysia

KHAS BUAT ZAHID HAMIDI : DARI ANAK MUDA

denyut nadi geng pijak kepala lembu. harktui! (sumber : utusan)


* * * * * * *

JANGAN LUPA MINGGU DEPAN, ISNIN 2 MEI 2011




Tunjuk Rasa Hari Kebebasan Media

Tarikh: 2 Mei, Isnin, jam 5 petang

Tempat: Pejabat Utusan Malaysia 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur, Malaysia


Sempena Hari Kebebasan Media tahun ini, jom makan nasi lemak beralaskan suratkhabar Utusan sambil membaca Utusan terbalik di hadapan pejabat Utusan

Mari makan nasi lemak beralaskan Utusan!

Muat turun poster di blog platform-anakmuda

Pilih media yang anda punya dan cara yang anda suka:

a. Online:

1. Tambahkan blog http://platform-anakmuda.blogspot.com/ di link blog anda
2. Anda juga boleh posting karya kreatif anda (tulisan, foto, video, illustrasi dan sebagainya) tentang Protes Media!
3. Ganti foto profil akaun Twitter, Facebook, Plurk, Tumblr dan lainnya dengan poster Protes Media!
4. Follow akaun Twitter @platform_am atau bergabung dengan kami di Facebook,http://www.facebook.com/platform.am
5. Tweet atau tulis status Facebook anda dengan idea-idea dan pendapat anda tentang media kita dengan memasukkan hashtag kata #protesmedia dan tag di page Facebook kita serentak mulai jam 5 petang tanggal 2 Mei
6. Demonstrasi Four square dengan beramai-ramai check in pada jam 5 petang di sekitar pejabat Utusan Malaysia dan tulis "Protes Media!"
7. Bantu dan sebarkan idea tentang Protes Media! di semua akaun online anda

b.Offline:

1. Flash mob membaca akhbar terbalik di depan pejabat Utusan sambil menyantap nasi lemak beralas Utusan pada pukul 5 petang dan juga di seluruh negara

Dokumentasikan kegiatan Protes Media! versi kelompok atau komuniti
Upload foto kegiatan itu melalui
Twitter (mention @platform.am atau gunakan #protesmedia
Tag di facebook Platform.am (Page)
Emel ke platform.anakmuda@gmail.com
Aksi ini boleh dilakukan di mana-mana anda berada pada 2 Mei 2011, lebih afdhal bermula serentak jam 5 petang

platform.anakmuda @ gmail.com

Protes akan berlangsung tanpa pimpinan rasmi kerana Platform tiada pemimpin!

Platform juga lahir untuk mengakomodasi anak-anak muda peduli negara dan politik tetapi lemas dengan permainan politikus dan parti-parti politik yang ada



ARTIKEL BERKAITAN : AKHBAR BAWA SIAL

AC MIZAL DAN MAMAT KHALID JOIN UMNO? [ANALISIS GAMBAR]

semalam kecoh satu ipoh, satu negeri perak, dan satu malaysia bila dikatakan ac mizal, bini dia emylia rosnaida dan mamat khalid join umno. ac mizal tu orang tak kisah sangat. semua orang tau dia penipu. penipu memang layak masuk umno. masa depan pun cerah nak naik pangkat. kah kah kah!

kenapa gua kutuk ac mizal? sebab majoriti rakyat malaysia dah tahu pasal bisnes gelang magnet bangang dia tu. kah kah kah! ada yang tak tau lagi? nah, baca dua daripada beratus ratus blog yang membongkar penipuan gelang bangang tersebut.

Gelang AC Mizal - Bayang Bala Di Ufuk Timur - Aididleaks

Gelang AC Mizal, Fakta Atau Auta? - BeautifulNara

sumber : peraktoday
KAH KAH KAH!


ok. kita tinggalkan ac mizal dengan gelang dia, kita balik pada tajuk. memang semalam ada program Jom Sertai Umno anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat yang berlangsung di Restoran Simpang Tiga Greentown Square. berikut adalah antara blog yang buat liputan event tersebut.

GEMPAR! PENGARAH KITE BAKOR JOIN UMNO! YIHAAAAA.... - PARPUKARI

Dato AC Mizal, Datin Emylia Rosnaida dan Mamat Khalid sudah sah menjadi ahli UMNO - YB Dato Hamidah Osman

Mamat Khalid, Datuk AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida antara 500 ahli baru UMNO Ipoh Barat

AC MIZAL, EMEILDA & MAMAT KHALID SERTAI UMNO

PANAZZZ : HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH SERTAI UMNO - LAGI ARTIS MASUK UMNO

keh keh keh. ok puas hati? ke malas bukak? bagi yang malas dan rasa jijik nak bukak blog umno, di sini gua kongsikan gambar gambar sepanjang program yang gua kutip secara random.

ac mizal dengan emylia je pegang borang?

ac serah borang keahlian

emylia serah boang keahlian

sidang media

ac mizal bercakap

takde nama mamat khalid?

makan

makan makan

ok. tu antara gambar gambar penting yang gua kutip dari blog blog umno. penat gua cari gambar mamat khalid serah borang keahlian, tapi tak jumpa. gambar mamat khalid join sidang media pun takde, padahal dia yang paling top dikalangan media sekarang ye dak? kalau tengok video yang diupload oleh sungairapatonline pun tak nampak kelibat mamat khalid. video dia umumkan masuk umno pun takde? takkan wartawan taknak tanya mamat khalid kot?


gua bukannya larang mamat khalid join umno, itu hak dia. dan bila tengok tajuk blog blog umno di atas, semua ada mention nama mamat khalid, nama kak limah pun ada! kah kah kah! tapi mana gambar dia serah borang? sejarah ni weh, jangan main main.

anyway, tahniah la pada semua yang join umno. dengarnya 500 orang semuanya, tapi yang gua dapat tahu orang kuat umno ipoh barat dan geng hamidah je dah berapa ratus yang join makan makan. kita bersangka baik, mungkin yang lain makan kat meja luar atau bungkus bawak balik. kah kah kah!

kepada brader mamat khalid, selamat maju jaya. kalau betul join umno, jimat sikit duit gua tak payah tengok wayang filem hang dah lepas ni. gua bukan apa, gua ni ahli ASALKAN BUKAN UMNO. terus terang kabor. tapi kalau ada maklumat terbaru, bagitau la dekat blog ye. keh keh keh

komen terakhir dari blog mamat khalid :)

sumber : bernama


p/s: kalau ada gambar atau video mamat khalid serah borang keahlian umno mintak share ye, gua tak larat nak google semua.


Apr 24, 2011

SETAHUN SELEPAS BENCANA MINYAK BP [GAMBAR]



Bencana minyak BP yang bermula pada 20 April 2010 menyembur sekurang-kurangnya 4.9 juta barel minyak ke Teluk Mexico, menyebabkan kemalangan tumpahan minyak laut terbesar dalam sejarah - dan bencana alam sekitar yang terbesar dalam sejarah AS.

Deepwater Horizon Rig meletup, mengorbankan 11 pekerja, terbakar selama dua hari dan kemudian tenggelam ke dasar Teluk Mexico.

Kesan bencana terhadap persekitaran Teluk, khususnya di sekitar tanah paya Louisiana, adalah sangat buruk. Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Center for Biological Diversity bulan ini: "Sekitar 6,000 penyu, 26,000 ikan lumba-lumba dan ikan paus, 82,000 ekor burung, ikan-ikan lain dan invertebrata yang tak terhitung jumlahnya mungkin telah menjadi mangsa."

Dr Ed Cake, 70 tahun, seorang biological oceanographer, mengatakan kepada Al Jazeera bahawa kita masih dalam tahap awal dari bencana ini, dan berkata: "Saya tidak mungkin sempat hidup untuk melihat Teluk Mexico pulih. Tanpa pembiayaan dan komitmen serius, hal-hal [ekologi / pemulihan hidupan laut] tidak akan kembali seperti keadaan asal selama beberapa dekad. "

Sumber : Al-Jazeera


TERKINI : POLIS NAK SIASAT RAJA PETRA ATAS LAPORAN PALSU PULAK !

UPDATE : polis nak siasat raja petra atas kesalahan buat laporan palsu, bukannya nak siasat AKUAN BERSUMPAH (JUN 2008)! kah kah kah! dah mati akal ke? pusing sana, rosmoh. pusing sini, najib. last last kita tangkap RPK je la ye dak? kah kah kah!




* * * * * * *

 cerita pukul 8.00 malam tadi



UNTUK MAKLUMAT TERKINI - SILA LAYARI [MALAYSIA-TODAY]