Apr 28, 2011

77 juta info pengguna PlayStation Network bocor


Sony Corp menyatakan bahawa maklumat peribadi 77 juta pengguna yang menggunakan PlayStation Network di seluruh dunia mungkin telah digodam, termasuk nombor kad kredit, dan meminta pengguna untuk memantau bil kad kredit mereka secara teratur.

Kuasa besar elektronik itu turut mengatakan "tidak boleh menafikan kemungkinan" bahawa data kredit kad pengguna adalah dalam bahaya akibat daripada penggodam rangkaian talian pemain game PlayStation dan perkhidmatan musik video Qriocity, dalam apa yang dikatakan kes kebocoran maklumat terburuk yang pernah melibatkan sebuah syarikat Jepun.

Sementara masih tidak ada bukti kukuh maklumat kad kredit pengguna telah bocor, syarikat mendesak pengguna PlayStation Network atau Qriocity supaya menukar nama user atau password akaun digital yang lain.

Sumber : Kyodo News

No comments: