Apr 18, 2011

AKHBAR BAWA SIAL


budaya membaca akhbar di kedai kopi, di rumah atau di mana saja setiap pagi ni sebenarnya budaya yang sangat sihat. cuma masalahnya isi kandungan akhbar tu yang tak sihat. utusan sebagai contoh, penuh dengan artikel berunsur hasutan supaya membenci bangsa cina. gua paling anti benda rasis ni terus terang kabor.

walaupun ditegur berulang kali, namun, umno is umno. jenis bengap semulajadi barangkali. itu belum masuk cerita fitnah. cuba singkap balik sejarah. akhbar mana yang paling banyak kena saman di mahkamah, kalah, dan kena bayar gantirugi terhadap mangsa fitnah? ya, utusan. jadi atas dasar apa gua nak baca akhbar tahi sebegitu?

gua tak nafikan ada berita yang betul dan kadangkala terdapat juga artikel atau cerpen menarik hasil tulisan kawan kawan fesbuk. tapi, disebabkan tahi yang penuh di muka depan, maka jangan harap la gua nak beli. tengok contoh keratan akhbar yang gua letak di atas, gua masih boleh baca utusan walaupun tak beli, bukan? 

itu baru utusan, kalau metro pulak dah lain isunya. tak habis habis jual cerita berunsur lucah, mistik, skandal vip dan gosip artis untuk tarik pembeli. gua tak nafikan cara tu memang berjaya melonjakkan jualan, tapi bila dah selalu sangat, orang jadi muak. cerita pun makin lama makin tawar. boring.

benda yang paling gua benci bila baca akhbar di malaysia ni, sebenarnya, sebab tak telus. ini melibatkan semua akhbar, termasuk melayu, inggeris, cina, tamil dan lain lain. semua bangang. orang beli akhbar sebab nak baca berita, bukan nak tengok ayat 'artis terkenal kahwin lari', 'vvip ditangkap hisap dadah', 'anak menteri anjur parti liar', 'datuk berpangkat ketua setiausaha berkhalwat', 'kerabat lepas tembakan di kelab malam', blablablabla.. dan banyak lagi contoh bangang. ini semua sampah!

bila anak raja petra buat hal boleh pulak bagitau nama. siap nama penuh, umur, sejarah keluarga. semua ada. bila melibatkan pemimpin pembangkang pulak confirm keluar muka depan. gambar penuh hampir separuh page. dan diulang setiap hari walaupun sebenarnya kes tersebut masih samar samar. 'character assasination' lah sangat.

dah lama gua perhatikan benda benda taik ni. gua habis spm tahun 1999. sejak zaman tu scene paper memang macam gampang. walaupun gua bukan ahli politik, gua jadi auto-boikot. pada gua, perkara macam ni sangat mengecewakan. sebab dulu, masa masih duduk bawah ketiak mak, gua antara yang paling semangat kayuh basikal pagi pagi beli suratkhabar. tahu?

notasemut : anak muda nak baca berita. lu, orang orang tua nak perang politik pakai medium lain la. kalau parti pas ada harakah, keadilan ada suara keadilan, kenapa umno nak pakai utusan, berita harian, kosmo, metro, malay mail, the star, new straits times dan lain lain untuk kepentingan politik? bacul la woi! dah la berita tv semua channel duk tayang berita sama. bangsat!



2 comments:

Anonymous said...

dalam keadaaan emosi tidak stabil, elok benar istighfar dulu baru tekan papan kekucni anda dan beri komen. apa yg dikatakan oleh tuan ada benarnya, tp skiranya menggunakan bahasa lebih baik...pembaca lebih menghormati anda...tulisan anda lebih kepada gaya kedai kopi...

sEmut said...

memang itu lah tujuannya.

kah kah kah!

kalau nak baca ayat sopan pergila baca bernama.

kah kah kah!

ataupun blog orang kuat umno, parpukari

kah kah kah!