Apr 4, 2011

Hotel di Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400!

oleh sebab semua orang buat review, gua pun nak kongsi apa yang gua jumpa.

tertarik dengan review dari edyesdotcom di sini, gua pun terus pergi menyiasat.

Kedua, timbul persoalan - Rahim dan Eskay mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Tetapi tulisan di dalam video tersebut apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011"!!

Adakah video ini sebenarnya video lucah yang dikutip dari Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia? Mungkin atas alasan ini Eskay mengemukakan soalan "Bila kali terakhir DSAI ke Thai?" Kerana baru menyedari akan tulisan yang tertera dalam video tersebut!

Ini kerja gila! Kutip video CCTV hitam putih yang kebetulan pelakonnya adalah sama tapi tidak serupa dengan DSAI demi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim?

Atau, adalah Eskay yang menjadi pelakon seks tersebut memandangkan latarbelakang Eskay yang begitu sinonim dengan Thailand!!

google punya google, maka jumpa la hotel hotel yang berkaitan dengan tulisan siam pada video tersebut, yang apabila ditranslate berbunyi..
"Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400 (ini nombor poskod!), Copyright 2011"



Sumber : Siamhotel.net



Sumber : Tripadvisor (gambar atas dan bawah)


perlukah gua cerita lebih lanjut mengenai industri sex di thailand? perlukah gua cerita kenapa jabatan kerajaan suka buat lawatan ke thailand? perlukah gua cerita apa yang kawan gua cerita semasa geng jantan jantan sangap Lembaga Air Perak buat lawatan ke sana? dan rasanya satu dunia pun tahu macam mana heavennya industri sex di thailand ni. perlukah gua cerita? masalahnya gua jenis suka bercerita sambil letak gambar. karang jadi blog porno pulak. jadi pandai pandai la lu orang google sendiri

notasemut: masalahnya sekarang siapa nak sponsor gua ke thailand pergi cari bilik hotel yang dimaksudkan sampai dapat? kah kah kah! 

2 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yob,

Payah dok hotel kat Siam ni, terutama kalau jantan, pintu asyik kena ketuk jer sbb ada org offer ayam!

sEmut said...

pucuk dicita!