Apr 5, 2011

iodin radioaktif 7.5 juta kali ganda dikesan di dalam air laut sekitar fukushima!


* * * * * * * 

sekarang, ini sambungannya..

TOKYO - Penyelenggara penjana nuklear menyatakan bahawa tahap radiasi beberapa juta kali ganda melebihi paras yang dibenarkan undang-undang telah bocor ke laut selama beberapa hari.

Tokyo Electric Power Co mengatakan sampel yang diambil dari air laut berdekatan salah satu reaktor terdapat 7.5 juta kali ganda melebihi paras yang dibenarkan untuk iodin radioaktif, pada tarikh 2 April. Dua hari kemudian, angka turun menjadi 5 juta kali ganda.

Bacaan diambil lebih dekat daripada sebelumnya di kawasan yang bocor, dan tidak mencerminkan penurunan pencemaran baru-baru ini. Bacaan lain beberapa ratus meter lebih jauh dari loji telah menurun, ke tahap sekitar 1,000 kali ganda paras dibenarkan.

Sekumpulan pakar mengatakan bahawa radiasi menghilang dengan cepat di laut, tapi masih tidak jelas akan kesannya jika pencemaran tersebut dalam jumlah yang sangat besar. (apa jadah pakar pun tak jelas ni woi!)

Sumber : Yahoo News

* * * * * * *



No comments: