Apr 12, 2011

jangan suka suka 'like' video atau app

berhati-hati fesbukers semua. jika perhatian anda dicuri oleh posting video bertajuk "Tornado Randomly Appears During Soccer Game", kemungkinan seseorang sedang cuba memecah masuk akaun anda.

posting video berjudul "This is the best April Fools' prank ever!", hanya akan meninggalkan pengguna merasa bodoh.

ahli keselamatan Symantec melaporkan bahawa aplikasi Facebook tersebar luas dengan tujuan mencuri password. mengklik pada mesej tersebut memaksa download script yang memaparkan mesej to login walaupun pengguna sudah login.

screen shots of malicious app
(courtesy of Symantec)
setelah butiran login dimasukkan, aplikasi jahat akan menghantar dua permintaan POST, yang pertama untuk Facebook, dan yang lain ke server berbahaya di mana alamat e-mel pengguna dan password disimpan. 

aplikasi palsu yang sangat terperinci akan menyembunyikan halaman asal, bahkan pengguna yang berhati hati mungkin menyemak URL dan hanya mendapati "apps.facebook.com" di bar maklumat. 

pengguna yang klik "suka" pada link tersebut akan posting secara automatik pada profil pengguna, sehingga menyebarkan kod jahat. 

selain klik dengan lebih berhati hati, Symantec menawarkan Norton  Safe Web percuma untuk aplikasi supaya dapat menghapuskan risiko bahaya.

kajian oleh para pakar keselamatan telah menunjukkan bahawa mencuri wang tunai dan butiran kad kredit tidak mendatangkan pulangan lumayan bagi pencuri online. sebahagian besar kini memilih untuk mencuri identiti dan menyasarkan laman rangkaian sosial popular untuk dijadikan korban.

artikel asal : Channel News Asia


notasemut: yang gua perasan kalau ada benda seksi semua nak klik play. lepas tu merebak. padahal benda tu bukan video pun sebenarnya. perangai serupa eskay.


3 comments:

-MsGoodNite- said...

salam singgah. thanks 4 sharing :)

-MsGoodNite- said...
This comment has been removed by the author.
sEmut said...

you are most welcome