Apr 7, 2011

kes sarbani. ada unsur khianat?

dari malaysiakini..

Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.

* * * * * * *

sebenarnya dari semalam pukul 8.00pm waktu berita perdana lagi gua dah syak kes ni ada berbau ikan. ramai yang tertanya tanya, kes macam ni punya besar kenapa tak masuk sari berita penting?

gua siap tekan remote dari tv3 pergi ke tv9, balik ke tv1, next ke tv2, last sekali ntv7. tang ntv7 baru nampak, tapi tu pun tulisan kecik bergerak kat bawah tu bagitau. memang la gua dah tau jauh lagi awal, even sebelum sms dari keadilan masuk lagi gua dah tau. (cilakak, bazir je dia tolak RM0.30 untuk berita yang gua dah tau, kah kah kah) tapi masalahnya kenapa tak keluar dalam berita penting? kes tu tengah hari lagi dah kecoh! dah la berlaku di kuala lumpur!

bila cerita besar melibatkan penjawat awam yang berpangkat tinggi ditemui mati dalam keadaan mencurigakan, mesti la berita tu jadi panas. tapi di tv3 (channel faveret!) sepuluh minit pertama tayang cerita basi video seks made in thailand. lepas tu gilir gilir wartawan pergi interview katak katak yang melompat keluar pkr untuk mintak pandangan. lepas habis sepuluh minit, terus berita suasana hari penamaan calon di sarawak pulak yang naik. haih..

gua, secara auto, dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dalam kes ni. terus terang cakap. sumber belah sini cakap, arwah telah dipanggil untuk ke sana, sumber belah sana cakap arwah datang sendiri naik motor tanpa dijemput. tapi macam biasa la, last last majoriti melayu akan percaya cakap dalam tv semalam, iaitu arwah datang untuk 'mengubah keterangan'. nampak tak permainan perkataan 'mengubah keterangan' tu? perkataan mengubah keterangan tu sedikit sebanyak akan mencalarkan reputasi mangsa, nampak macam seolah olah ada yang tak kena pulak pada arwah. macam dia tak konsisten. kan?

ok tu cerita dari pihak sprm yang, err.. lu orang percaya ke? sejak kes teoh mati dan khir toyo yang lepas bebas macam tu je gua sikit pun tak percaya sprm. sepuluh dia cakap, sebelas gua tak percaya. kalau ikut pada sumber belah sini, arwah dipanggil. takkan dipanggil untuk mengubah keterangan. lagi la pelik bunyinya. yang polis pun satu hal, bila tak tanya dia cakap itu ini. bila wartawan tanya pasal cctv, dia enggan mengulas lanjut (tipikal jawapan taik). takkan tak belajar langsung dari kes teoh?

tapi walau berapa banyak khabar angin yang hinggap ke telinga gua, ada satu khabar angin yang paling tak masuk akal. mangsa dikatakan bunuh diri. ini paling bangang sekali. tak tau orang jenis apa reka cerita macam tu sekali. malah mewujudkan suasana tegang antara ahli keluarga, rakan rakan dan pihak media ketika sebelum arwah dikebumikan. sumber dari malaysianinsider.

cerita macam tu tak respek langsung pada keluarga mangsa. sebab dari input yang gua dapat, memang ramai yang puji arwah ni. kalau alviss kong bunuh diri tu lain cerita la. dia memang bermasaalah. kawan dia pun kutuk dia. ah, cerita banyak buat gua dahaga. sebelum pekena teh, gua letak la benda benda berkaitan untuk cuci mata. ni gua dapat dari fesbuk kastam diraja malaysia. boleh tengok sendiri dekat sana apa yang geng kastam komen pasal isu ni. sekali sekala menyibuk hal tepi kain orang apa salahnya.nak harapkan tv3? harktuih! wisma kastam port klang mogok semalam pun tak keluar berita woi!


notasemut: tahukah anda gua pernah dapat surat interview dari kastam? tapi sebab dia suruh bawak t-shirt, seluar trek dan kasut sukan untuk fitness test, gua campak surat temuduga tu dalam tong sampah.



1 comment:

Anonymous said...

hohoho .. aku sebenarnyer baca blog kau sebab aku google perkataan "jiwa kacau" hahaha .. dapat tiber2 blog kau plak nok .. ku redah lah baco entry ni, aku tak nak pun tau pasal sprm ker aper ker, sebab bukan apa, sebab dia tak kacau hidup aku, cuma aku nak tergelak besaw bila kau tulis pasal campak surat interview tu beb, cayalah beb!!!

berasap api jiwa,

pelarian gandus