Apr 4, 2011

UPDATE: Korban banjir Thailand meningkat kepada 51 orang


View Thailand Flood Map in a larger map

45 orang kini disahkan terbunuh dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang disebabkan oleh badai hujan lebat yang melanda sepuluh wilayah selatan sejak 23 Mac 2011, menurut Menteri Kesihatan Awam Jurin Laksanawisit.

Seorang mangsa juga dilaporkan hilang, mengikut laporan dari Institut Perubatan Kecemasan Thailand.

19 dilaporkan maut di Nakhon Si Thammarat, 10 di Surat Thani, 9 di Krabi, 3 di Phatthalung dan 2 masing-masing di Chumphon dan Trang, menurut menteri itu lagi.

* * * * * * *

TERKINI: Isnin 4 April, 5.30PM - Jumlah mangsa yang disahkan maut meningkat kepada 51 orang.

21 dilaporkan maut di Nakhon Si Thammarat, 10 di Surat Thani, 9 di Krabi, 6 di Phattalung, 2 masing-masing di Chumphon dan Trang dan satu di Phangnga. Lemas adalah punca utama kematian, menurut Dr Paijit.

Manakala lebih kurang 30,000 orang mangsa berhadapan dengan penyakit susulan banjir, terutama masalah pernafasan dan foot fungus, katanya.

Sumber: Bangkok Post






No comments: