Apr 23, 2011

LINDSAY LOHAN DIPENJARA 4 BULAN

LOS ANGELES: Seorang hakim menjatuhkan hukuman 120 hari penjara terhadap Lindsay Lohan pada hari Jumaat kerana melanggar tempoh percubaannya, termasuk denda khidmat masyarakat di bilik mayat Los Angeles County dan pusat jagaan wanita.

Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles County Stephanie Sautner memutuskan bahawa Lindsay Lohan telah melanggar tempoh percubaan bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan di bawah pengaruh dadah pada 2007, dan kali ini dia dipercayai mencuri kalung bernilai $ 2,500 dari sebuah kedai barang kemas di persekitaran pinggir Venice Beach Los Angeles berhampiran tempat tinggalnya.

Peguam Lohan mengumumkan akan membuat rayuan, yang turut meliputi 480 jam denda khidmat masyarakat.

Dia dijangka akan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $ 75,000.

Sumber : AFP

No comments: