Apr 21, 2011

PELAJAR 6 TAHUN BAWA PISTOL KE SEKOLAH, 3 CEDERA

Pihak polis Houston berkata kanak-kanak itu membawa pistol berisi peluru ke Betsy Ross Elementary School, pada Selasa.

Penyiasat memberitahu 25 pelajar berada di kantin semasa makan tengah hari ketika pistol tersebut jatuh dari saku pelajar dan melepaskan tembakan.

"Berada di meja kantin, mereka duduk rapat di antara satu sama lain ketika pistol itu jatuh ke lantai. peluru dan serpihannya terkena pada kaki, dan bahagian bawah (dari badan)," kata Sam Sarabia.

Pejabat polis mengatakan bahawa tiga pelajar mengalami luka-luka akibat kejadian tersebut.

Para pegawai mengatakan 3 pelajar terluka di kaki. Tiada satu pun dari kecederaan itu mengancam nyawa. Ketiga-tiga mereka dibawa ke hospital kanak-kanak di Texas untuk rawatan.

"Mereka stabil dengan luka ringan," kata Dr David Delemos.

Pelajar yang membawa senjata ke sekolah antara mereka terluka di kaki, kata sumber polis.

Delemos mengatakan anak-anak tetap bersemangat walaupun luka-luka.

"Mereka dalam keadaan normal, bermain permainan video bersama-sama. Mereka sentiasa tersenyum. Mereka dapat mengatasi situasi buruk ini dengan baik," katanya lagi.

Berita asal : click2houston.com


No comments: