Apr 25, 2011

PERKASA MAHU MELAYU SOKONG UTUSAN SYAITAN

berahim
sumber : utusan hari ini

gua melayu dan gua boikot utusan. amacam? tak puas hati? berita penuh dengan fitnah. berita penuh dengan politik kotor. woi perkasa dan utusan bangang, kalau lu orang nak tau, melayu boikot utusan sebab berita dalam utusan tu sendiri, takde kaitan dengan perbezaan ideologi parti, bangsa ataupun agama.

kes curi pasir, lu orang kecoh burukkan kerajaan selangor. tapi orang selangor sendiri dah tau benda tu berleluasa sejak zaman khir toyo lagi. jadi, secara automatik orang kampung yang duduk berdekatan dengan kawasan lombong pasir akan dapat menilai sejauh mana kebenaran laporan dalam akhbar utusan. bila banyak bohong, jadi mereka boikot la.

kes banjir teruk di kedah, pungpangpungpang kata kerajaan pas kedah tak turun padang tolong mangsa banjir. padahal orang kedah sendiri tau siapa yang tolong siapa. jadi bila orang kedah tengok laporan dalam utusan banyak yang tak betul, depa pun boikot la.

kes rampas merampas tanah melayu, masih tak habis habis jadi isu di pulau pinang. kah kah kah! ini paling lawak. sejak 50 tahun, tanah luas cantik tepi laut tergadai dapat dekat cukong buat hotel resort berderet sepanjang pantai, angkara siapa? pakatan rakyat juga? tapi dalam berita utusan nampak seolah olah pulau pinang tergadai sebab lim guan eng. kah kah kah! selama ni apa paklah buat untuk perjuangkan nasib melayu pulau pinang sepanjang barisan nasional memerintah?

notasemut : sebenarnya masyarakat bukan boikot, tapi malas nak beli. ini kenyataan. buat apa beli kalau dah tau berita dalamnya mengarut. yang percaya dengan utusan pulak kebanyakannya orang kampung belah ceruk ceruk sikit. itu je la harapannya. selamat maju jaya utusan, selamat berjaya perkasa.

gua akhiri entri kali ini dengan laungan penuh semangat,

1 MELAYU, 1 BUMI !!!


gambar hiasan 1 melayu, 1 bumi , 1 malaysia

No comments: