Apr 5, 2011

pesawat PBB terhempas, 32 maut

32 orang maut dan seorang selamat ketika pesawat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhempas di Kinshasa, ibukota Republik Demokratik Congo, menurut jurucakap PBB.

"Kami mengesahkan hanya seorang terselamat dari jumlah 33 orang penumpang pesawat," kata Farhan Haq.

Pesawat itu jatuh pada hari Isnin ketika cuba untuk mendarat di sebuah lapangan terbang.

Ini adalah salah satu bencana terburuk yang pernah melibatkan pengangkutan PBB. Dua puluh pekerja PBB disenaraikan terlibat.

Pesawat itu membawa pasukan pegawai dan penjaga keamanan PBB dari bandar timur laut Kisangani ke lapangan terbang N'Djili Kinshasa, menurut kenyataan dari misi PBB yang dikenali sebagai MONUSCO.

Sumber PBB di Kinshasa, yang meminta tidak disebut namanya, mengatakan kepada wartawan Reuters: "Pesawat mendarat kasar, pecah menjadi dua dan terbakar."

Seorang wartawan Reuters di lapangan terbang berkata, pesawat itu hancur dan terdampar di hujung landasan.

PBB mempunyai lebih dari sedozen pesawat di negara tersebut dengan misi mengangkut anggota, wartawan dan kakitangan NGO antarabangsa dan tempatan.


Sumber : Al Jazeera 

No comments: