Apr 11, 2011

radiasi meningkat, jepun perluas zon evakuasi

susulan daripada cerita sebelum ini - Fukushima Is Horrifically Worse Than You Have Been Told, hari ini kebenarannya semakin terserlah. 

* * * * * * *

Reuters - Jepun merancang untuk memperluaskan zon evakuasi sekitar kilang nuklearnya kerana tahap radiasi yang sangat tinggi, media tempatan melaporkan pada Isnin, dengan jurutera dilihat seakan tidak mampu untuk kembali mengawal enam reaktor bermasalah akibat gempa dan tsunami raksasa bulan lepas.

Berikutan kegagalan Jepun mengatasi krisis nuklearnya, disebabkan oleh gempa bumi 11 Mac dan tsunami, Perdana Menteri Naoto Kan dan parti pimpinannya menderita kekalahan memalukan dalam pemilihan tempatan pada Ahad manakala jiran China dan Korea Selatan terus menyuarakan kritikan.

Jurutera kilang Fukushima Daiichi di utara Tokyo menyatakan bahawa mereka masih belum dapat memulihkan sistem pendinginan reaktor yang terjejas teruk.

Mereka berharap untuk berhenti mengepam air radioaktif ke laut hari Isnin, hari berikut dari apa yang dirancang.

Empat minggu selepas krisis nuklear terburuk di Chernobyl sejak suku abad yang lalu, kerajaan bergerak untuk memperluaskan zon evakuasi 20 km (12 batu) kerana radiasi pada paras tinggi, surat khabar Asahi melaporkan.

Kerajaan sebelum ini menolak untuk memperluaskan zon, walaupun didesak oleh Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Australia menyarankan warganya untuk berada 80 km jauhnya dari kilang tersebut.





gambar dan berita asal - reuters

No comments: