Apr 21, 2011

RADIOAKTIF BOCOR KE LAUT 20,000 KALI GANDA PARAS DIBENARKAN

Air mengandungi radioaktif tinggi yang bocor ke Lautan Pasifik dari kilang nuklear Daiichi Fukushima yang dilanda krisis pada awal April lalu adalah 20,000 kali ganda melebihi paras yang dibenarkan bagi setahun untuk kilang, menurut Tokyo Electric Power Co pada Khamis, yang menambah bahawa kebocoran adalah sebesar 520 tan.

Ini adalah pertama kali pihak TEPCO mengeluarkan data tentang kebocoran yang berlaku. Tetapi jumlah sebenar dari tumpahan mungkin lebih besar kerana pencemaran telah dikesan di laut sejak akhir Mac.

Krisis nuklear terburuk negara itu, berpunca dari gempa besar 11 Mac dan tsunami, juga turut memberi kesan terhadap penduduk berhampiran kilang di Wilayah Fukushima, dengan kerajaan memutuskan untuk menetapkan zon tidak-boleh-masuk dalam radius 20 kilometer dari kilang.

Berita asal : Kyodo News

gambar sebelum gempa 9.0

ARTIKEL ARTIKEL BERKAITAN FUKUSHIMA [DI SINI]


No comments: