Apr 27, 2011

SKANDAL SOFA PUTIH


pergi la siapa siapa yang rasa macam nak pergi. konsert justin bieber boleh pergi takkan pesta buku tak boleh pergi. justin bieber tu bukannya membaca pun. sebab tu masa konsert dia selamba jerit "hello manila!" padahal pada masa tu dia berada di malaysia. nampak? nampak tak padahnya bila kurang membaca? 

gua? gua confirm tak boleh pergi. siapa siapa yang pergi, sambil belek belek buku tu ingat ingat la dekat gua yang tengah tunggang terbalik menangkap gambar pengantin bersanding di kedah sana. tahukah anda nama kedah diambil dari kadaram, perkataan Tamil (Hindu) yang merujuk kepada kerajaan Hindu lama yang pernah menakluk kawasan tersebut?

cukup. rasanya tak perlu gua politikkan perkara ni dengan lebih lanjut. kalau jumpa mahathir kutty, kirim salam xoxo. selamat membaca!


No comments: