Apr 13, 2011

tokoh pembangkang bahrain mati dalam tahanan

Seorang usahawan Bahrain yang merupakan anggota kumpulan pembangkang Muslim Syiah yang terkemuka di negara itu telah meninggal dunia dalam tahanan polis, menurut sumber.

Tidak ada reaksi langsung oleh media negara tersebut untuk melaporkan kematian Kareem Fakhrawi dan tiada sebarang komen dari pegawai di kerajaan Teluk Arab.

Fakhrawi adalah kematian keempat dalam tahanan polis dalam beberapa hari terakhir kebelakangan ini. Kerajaan Bahrain menyangkal adanya penyiksaan di Bahrain dan mengatakan semua tuduhan tersebut akan disiasat.

Mattar Mattar, seorang ahli Wefaq, mengatakan Fakhrawi telah meninggal dalam tahanan polis seminggu selepas dia tidak pernah pulang ke rumah. Kali terakhir dia pergi ke sebuah pejabat polis di mana dia cuba untuk membuat aduan tentang rumahnya yang dirosakkan oleh pihak polis.

"Sama ada dia sakit dan tidak menerima rawatan atau diseksa," kata Mattar.

Wefaq mengatakan pada Selasa, tiga doktor Muslim Syiah dan beberapa kakitangan dari kementerian pendidikan telah ditangkap sehari sebelumnya, sehingga jumlah tahanan kini berjumlah 453.

"Selepas kejadian ini, ramai yang takut untuk menghubungi kami," kata Mattar. "Saya menganggarkan jumlah sebenar tidak kurang dari 600."

Bahrain berkata, mereka telah membebaskan 86 tahanan sementara "tindakan undang-undang" telah diambil terhadap tahanan lain.



Baca selanjutnya di Al-Jazeera.

No comments: