Apr 5, 2011

wan azizah sahkan bukan anwar di dalam video lucah

 petikan dari malaysiakini..
"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," jelas Wan Azizah.
lega sikit lepas dengar penjelasan daripada orang yang paling tahu pasal susuk fizikal anwar ibrahim ni. nak harapkan detektif conan melayu di luar sana, terlalu banyak versinya. tapi gua tak nafikan penyiasat penyiasat bebas ni semua sangat berbakat. lu orang memang power. at least lagi power dari pdrm. pdrm jadi tak power sebab kerja ikut telunjuk. kah kah kah! ada hujah hujah tertentu dari penyiasat bebas yang boleh diterima logik akal, iaitu benda yang paling mudah dihadam oleh minda tipikal melayu kita ni. keh keh

lepas ni apa pulak? dengan APCO sebagai penasihat, gua yakin isu ni takkan habis macam tu saja. APCO ni power beb, bukan level pemikiran genetik melayu depa ni. mesti ada perkara lain yang akan menyusul. cer tanya, anwar pernah tak hilang jam? ye la, anwar ni jenis senang kena tikam belakang, rekod telah membuktikan. jadi gua harap sebelum isu ni bangkit, cuba check balik. mana la tau ada mangkuk pernah rembat jam tangan 'omega' masa kerja dengan dia dulu. saiful bukhari tu bukannya boleh percaya sangat. kah kah kah!

notasemut: tahukan anda pendedahan sedutan video tersebut dibuat pada 4 April 2011 (semalam) iaitu sempena ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional?

sekadar gambar hiasan

1 comment:

netondaline said...

nih semua konspirasi datuk eskay. rujuk video nih-> youtube.com/watch?v=kEYAMs3Yzc0