Apr 11, 2011

wartawan omega


rasanya tak perlu gua ulang balik apa yang wartawan perkakas umno ni dah buat semalam. hampir semua siaran berita perdana semalam tunjuk kebebalan dia bertanyakan kenapa anwar tak serahkan jam omega pada polis walhal pihak polis pun tak pernah mintak. kah kah kah! kes video pun sampai sekarang masih samar samar, pihak polis masih belum sahkan siapa sebenarnya yang terlibat dalam video tersebut. yang semua tau, ketua polis kata 'rakaman' itu tulen. jadi buat apa nak serahkan jam pada pihak polis?

betul kata anwar, wartawan perkakas umno ni kalau dilayan hanya akan membantu akhbar utusan untuk spin cerita pada keesokan harinya. tengok muka depan utusan syaitan hari ni. betul bukan? kah kah kah! padahal gua tengok semalam anwar cuma jawab soalan. cuma masa dia tengah jawab tu si wartawan perkakas umno ni potong cakap dia dengan tanya macam macam soalan merepek. bukan sekali tapi banyak kali. etika kewartawanan tak dipersoalkan? anwar berang pulak yang jadi bahan. kah kah kah!


notasemut: jualan jam omega di malaysia dijangka merosot pada suku kedua tahun 2011 berikutan daripada kes bangang video made in thailand ini. sekian.

No comments: